Friday, July 25, 2008

sediH...

hmmm.... 25 JulaI 2008

tarikh yaNg patut dikenaNg oleh Hub Halal JAKIM...telaH pon selamaT dibubaRkan...
Mana-mana staFF yang 'kena PAKSA' ke HDC akan mula menjalaNkan tugas di HDC...keje yaNg menimBun tapi tak setaraF dgn tenaga keJe yaNg ada...
Untuf staFF lain yang tak ke HDC, akan memulakaN tugas baRu di bermacam-macam tempat...ke sabaH pon ada, ke Labuan pon ada, di'cader'kan ke Kementerian pon ada...

setiaP staFF hari nie, ada bermcm3 ekspresi di wajaH memasiNg...mungkIn ada yaNg suka bekerja di TempaT baru...tapi sebenaRnya ramaI yang beraT nak tinGGalkaN hub haLal nie...

antara beberaPa nama yaNg memaNg aku sendiri teraSa dieorG takde... sepUl, adik taqeem, us.zabidi, Lia, Fida, kaK ana, faraH, us.haKimaH, us.AsmawI...antaRa org-org yaNg baik haTi di Hub Halal Nie...driver plaK mcm haRish, waK, en.raFie, herry...dieorg nie raJin gaK lepaK tempaT aku...menceriaKan tempaT aku dgN lawaK dieoraNg...aper pon taNggapaN org laIn terhadaP mereka, dgn aKu dieorG still baIk...mcm us.zabidi, sepul, taqeem banyaK baNtu aku dlm bhgn proses...willingly to tunjuk ajar, berikan ilmu...tak terNilaI tu semua...
us.zaBidi baRu jer pesaN sebelUm dia baLik... "buKtikaN yaNg pegawai kerajaaN nie boleh bekerja"... us.saadi, pon ada beri nasihat...baNyakkan bersabaR dlm buaT keje baRu.... sepuL pesaN, jangaN stress-stress... taqeem pesan, taKe caRe....
sediHnyaaaa raSa...walaUpon akan jUMpa juga dieorg di mana-mana satu haRi nanTi...taPi, tak saMa sepeRti kiTa bekeRja di bawaH saTu bumBUng...

ramaI yaNg sayaNg hub halaL...memaNg perpisahaN itu menyedihkaN...kdg-kdg hidup nie perlukan perubahan untuK mendapaTkan sesuaTu yg lebiH baIk...tapi, akU kuraNg yaKin dgn perubahaN yaNg 'satu' nie...taPi, kiTa cuba...

kawaN-kawaN food tecH yaNg laIn...yaNg sama-sama berjuaNg dlm halal Nie...kiTa adalaH majoriti...gunakaN segaLa kepakaraN yaNg anda ada...ada masalaH keNa salIng membaNtu...bawa berbiNcang...jaNgan menghentaM antara saTu sama laIn...kiTa keNa bersaTu walaU aper pon yaNg berlaKu...

untuK rakan-rakaN yaNg tidaK dapaT bersaMa kaMi memperjuaNgkaN halal ini, doakaNlaH kaMi...agaR seGala perjuaNgan kaMi tidak sia-sia...

Thursday, July 24, 2008

haRgaiLah aper yaNg kiTe ada sekaraNg...

jusT naK shaRe saTu ceRita yaNg kawaN aku emaiLkaN...
Mula-Mula akU baCa taJuk, aper yg MenarIk eh...taPi, BIla Baca memaNg sedIh...
peNgajaraN untuK kite sebenaRnya...

haRgailaH apa Jua dan siaPa jua yaNg berada di sisi aNda sekaraNg...
jaNgan MenyesaL biLa mereKa dah Tiada...


KALAU TAK SUKA PULANGKAN

Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah.
Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta dihalakan ke dalam garaj.
"Horey! Papa balik!" Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.
"Tepi! Bahaya tau tak?" Jeritnya. Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.
"Aimin bawa adik ke belakang." Arahnya pada anak yang sulong.
Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.
"Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita," pujuk Laila.
Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.
"Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!" Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya.
"Asal saya balik rumah mesti bersepah. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?" sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu.
"Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye. Mama dah siapkan kat taman." Balas isterinya lembut.
"Fail saya kat depan tu mana?"
"Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan."
"Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi." Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu. Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya.
"Laila" Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.
----------------------------------------------------------------------------
"Saya nak ke out station minggu depan."
"Lama?" Soal Laila.
"Dalam seminggu."
"Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?"
"Budak-budak? "
"Ikut jugalah."
"Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana . Tengok masa kat Legacy dulu tu&"
"Masa tu Amirul kecik lagi." Balas Laila. Wajahnya sayu. Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi.
" Bolehlah Pa ! Lama sangat kita tak ke mana-mana."
"Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung,"
Muktamad! Demikianlah seperti kata-katanya. Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama. "Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar abah ambik bagi kamu!"
"Manalah saya ada masa.." "
Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!"
Dia tersentak dari khayalannya. "Kalau tak suka pulangkan balik!"
Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir. Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu?
Bukan..bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma..
"Mizi, makan!" Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu.
"Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah."
----------------------------------------------------------------------------------
"Papa! Makan!" Jerit Aiman , anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya. "Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?" Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal.
Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur."
Awak masak apa?"
"Mama masak sup tulang dengan sambal udang!" jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut.
"Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang selera!"
"Papa nak ke mana?" Soal isterinya perlahan.
"Keluar!"
"Mama dah masak Pa!"
"Awak saja makan!"
"Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!"
Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan. "Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?" Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi.
"Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan."
"Abang tak suka tengok papa marah-marah. ."
"Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan ?" Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling. Di hati kecilnya turut terguris.
Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?
Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.
"Laila.." serunya
"Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti." Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.
"Sunyi pulak rumah ni mak,"
"Lama-lama kau biasalah."
Airmatanya menitis laju.
"Kalau tak suka pulangkan!" Dia rasa terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat.
----------------------------------------------------------------------------------
"Papa beli apa untuk Aiman?" Soal Aiman sebaik dia pulang dari outstationnya.
"Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu."
"Tak ada lah?"
"Ingat papa ni cop duit?" Aiman termangu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang. Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya.
"Awak tak sihat ke?"Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.
"Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi." Aimin mencelah di antara perbualan kedua ibu bapanya. Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat. "
"Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah tak sah!" Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap.Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman di pukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya.
"Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!"Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak.
"Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-bukan. " Ujar Laila perlahan
"Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana , pecah barang. Gila apa?" Omelnya kembali.
Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka.
-----------------------------------------------------------------------------------
"Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni." Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang. Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah.
"Celaka betul!" Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja.
"Abang!"
"Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan! Perangai satu-satu macam tak siuman!" Getusnya kasar. Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja.
Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan.
Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran pada anak-anak.
"Pak Ngah, Eddie nak balik!" Shamizi terpana. Dia mengangguk.
"Kak Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti."
Alangkah mudahnya.
Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila.
Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A.
"Laila"
-------------------------------------------------------------------------------------------------
"Papa nak ke mana hensem-hensem gini?"
Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat.
"Wangi-wangi lagi. Dating ye?"
"Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk staff." Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.
"Ikut boleh?"
"Dia tak ajak family. Staff only!" Terangnya sedangkan difikirannya terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang.
"Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak kami."
"Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat itu ini. "
"Papa pesanlah.."
"Nantilah besar sikit." Dalihnya.
"Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut pergi mana pun."
"Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,"Laila terdiam.
"Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki."
"Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik."
"Mama tanya sikit boleh?" Dia mengangguk
"Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?"
Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya.
"Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik," ujar Mr. Kwai, tuan rumah. Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan.
"Kalau tak suka pulangkan!" Kata-kata itu semakin keras di fikirannya.
Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan perkelahian.
"Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada. Menyusahkan! "
Laila merenungnya dalam..
Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil. Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa..
"Kalau tak suka pulangkan,"
Kali ini dia benar-benar menangis.
Laila dan anak-anak terus tak pulang selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak. Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena.
Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu.
Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga. Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya.
Laila.
Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya.
Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah.
Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu laju.
Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya.
Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi..
Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan isterinya.
Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah.
Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandangan harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya Laila dipulangkan............................................................

it's thuRsdaY agaiN...

well...



it's thursday agaIn...hari yang memang ditunggu....

sebaB malam nie ada macam-macam aznil...my favourite show...



dah beberapa hari tak update blog nie...busY sikit lah, tak sempat...

lepas nie, tak taHulah...taPi, i will try my besT untuk update blog nie selalu...



ingaT tak, before this dlm my previous post, ada nak bgtau pasal ending cite cina yang aku tengok kat aec tu? honour and passion... dah habis dah hari isnin yang lepas...memang bestlah endingnYa...saNgat suka... wenJing dgn PeiPei, wenzhOng dgn XiaoNuo, wenWei dgn Picasso...yang best tu, ayaH dieorg dgn kekasiH lama dia jugaK...dia cerita drama siNgapore...aku lebih suKa tgk draMa cina siNgapore berbaNding malaysia...1stly, sebab drama series kat sinGapore guna Mandarin tapi Malaysia guna Kantonis...mandarin bunyInya lebih sopan drpd kanTonis...pasTu dulu-dulu [masa sekolah lagi aku dh tgk drama serial chinese] ada subtiTle engLish...so, daRi situ belajar englisH word dgn cHinese sekali...sikit-sikit tu taHulaH...so, bila kat AEC tayaNg cite cina from singaPore, mmg suKa sanGat...




so, kat atas nie lah gambaR teraKhir cita tu...haPPiLy maRRied...

huJung minGGu nie, aKu kena baLik kaMpung jugak...asaLnya taKnak baLik, sebaB duriaN pon dah nak aBIs...taPi, kesian kaT embaH aku...che Nit tepoN kata embaH nak sangaT baLik kaMpung...so, aku pon voluntery nak hanTar embaH aku baLik [duiT minyaK embaH sponsor]...hehehe...baLik saBtu paGi, ahad tghaRi ker aku baLik laH baNgi semUla...

aKu agaK blUr laH haRi nie...mcM-maCm beNda ada di fiKiraN aku sekrG...

haRi Nie, daH dapaT aper keJe baRu aku...maK aii! beraTnYa taNggungJawaB...rasa caM naK rebeH dua-dua belaH baHu aku Nie...Boleh ker aKu? risaU pon aDa...taKut taKleh haNdle pressure...dgN penaTnya laGie...but, i wiLL try my besT, maNa yaNg mamPu laH...kalaU taK perform, terpuLang pada dieoRg laH naK nilaI camne...keJe yg sebelUm nie 100 over ppl buaT, tetiBe sepaRuh jer yg buaT...taPi workLoad masih saMa, bukaN berkuraNg...makin bertaMbah...org jer yg berKuraNg...actuaLLy, yaNg mereka-mereka taK naMpak is, all the wOrkload sangaT baNyak...verY few peoPle jer yg keNa handle...silaP-silaP bleH gila diBuaTnya...dieorG taKleh lah naK compaRe dulu-dulu...kalau dulu-dulu, berapa sangaT compaNy yg buaT applicatioN...nowadaYs, dah maKin baNyak...bukan sikit, beribu...all over Malaysia...plus this tIme interNationaL pon buaT juga...belUm keje laGi, aKu dah Rasa bebaNnya...cuba tenangkaN irfaH, taPi diri seNdiri pon taK tenteraM sebenaRnya...aPa yg perLu aKu buaT agaKnya sekRg???

cuMa boleH Berdoa kepaDa Allah SWT agaR beri aku kesihataN yang baIk dan semaNGat yg leBih cekaL dan TabaH...insyaAllah...

Dah pukuL 6 leBih sekraNg, aKU masih kaT ofis...raSanya aku keNa baLik duLu...TenaNgkaN fikiraN...

................................................................................................

Monday, July 21, 2008

my deaR friend nuruL...

nuruL...

kiTe saJe buaT satu posT kaT sinie sebaB nak ucaP thaNks a Lot for all the coMMent in my bLog...

kiTe saNgat appreciaTe semuer commenT tu...

for blOggers, theY will appreciate and sUke if all visitors leave commenT on their blOg...

kalaU nuruL tak coMMent by posT, kaT ruaNGan yaNg ada forum for chat tu pon bleh leave comment...kiTe akan baca gaK any coMMent kat situ...sometimes, i leaVe commenT for u alsO in thaT foruM box...

by the waY nuruL, thaNks for all the suPPorT...

to aLL my otHers frieNds, u are mosT welCome to leave any coMMenT for me..

Friday, July 18, 2008

not feeliNg very weLL...

aku tak berapa sihat sejak semalam...
badan rasa mcm nak demam, hidung tersumbat...mmg rasa tak selesa...
badan rasa dedar jer....

arini, jumaat 18/7/08...dah berakhir lah status aku kat jakim nie...
starting next week, will be different job...
aper yg aku perlu buat?

1st, mentally prepared...
kena start thinKing postive, kalaU tak, bleh jadi lebiH paraH jiwa dan raga...
for starting, aku fikir aku dgn member-member lain [u knoe who u are], adalah org-org yang berani nak berjuang dan memikul satu tggjawab yg berat...berbanding mereka-mereka yang belum pergi berjuang, tapi dah kalah...kalau nak cakap pasaL suasaNa kerJa, saPer aJer yg sUka keNa pegi keJe yg baRu nie? taPi, kami-kaMi nie pergi jugaK...kalau betul-betul nak berjuaNg, kenalaH sama-sama berjuang...beranikaN diri, takkaN nak tunGGu org paNggil baru pegi? kenalaH beraNi nak taMpilkan diri sendiri... aper pon orG naK kata, i don caRe...go to heLL!

2nd, kena belajar cari motivasi lain atau terapi lain untuk mengatasi stress yg akan dtg...kalau mcm aku, kena lah selalu tgk mma, tu lah therapy yg paling mujarab...of course the most important thing, kena sentiasa berdoa kepada Allah SWT, bnykkan membaca al-Quran...dpt tenangkan diri...hanya Allah SWT sahaJa tempaT untuk kiTer berdoa dan berharaP, agaR dipermudahkaN segala urusan kita di duNia ini...

lasTly, keNa belajaR praKtis senYum depaN cermIn...tgK mcm anwaR ibrahim, kena tahaN dgn polis pon senyUm....baGus betuL die tu...siaP aNgkat tangan lambai-lambai pd org ramai [mmg suka publisiti]... kat rumah aku, ada cermin besar... [kalau sazly, mesti perli aku dgn besar tu...hehehe]... bolehlah praktis senyuM hujuNg minGGu nie...samping tu, kena BelajaR kuraNg bercakaP...cakaP benda-benda yg peNtiNg jer...

lagi saTu, keNa caRi and survey mana-mana pakar sakit jiwa yg bagus kat malaysia nie...kalau rasa dahsyat sgt pakar sakit jiwa tu, kita cari pakar kaunseling pon ok... *khusa-khusa-khusa*....buat teraPi untuK mentaL sebulaN sekali ker...suPaya muKa kuraNg berkeduT dan tak naMpaK tUa...

aku IngaTkan zamaN aku keje mstime dulu dah berakhir...keje di mstime is my worst experience...setiap hari rasa tekanan...boleh dikatakan dalam seminggu paling2 kurang pon mesti sekali menangis...pegi keje susaH nak senyum...setiap hari pegi keje rasa mcm nak pegi perang...kena standby segala peluru yg ada...staff bawah ok, tapi staff-staff atas mmg susaH nak di describe kan...mmg satu pengalaman ngeri keje di mstime...baru 2 minggu keje, dah demam teruk...doktor kate aku penat sangat, stress...tu yg demam...mana taknya, selama 2 minggu tu hampir everyday aku balik kul 9-10mlm...kena maraH dgn maK lagi balIk lambaT, belUm kat ofis lagie keNa tortured...walau dibayar berpuluh ribu gaji pon, aku takkan balik ke mstime...NEVER...

tapi, aku tetap bersyukur...di sebalik segala kesusahan, penderitaan jiwa yg aku alami di sana byk mengajar aku erti sabar dan kemahiran-kemahiran lain...tapi kebanyakkannye, staff bawah aku yg raJin ajar aku... maklumlaH belajar food, tapi keje bhgN cRane, skylift, forkliFt...zamri, abg salleh, abg is, dzul, hasnol, hairudin, shah, hailil, azni, ahad, asri, tamin, pak daud, shukor, shaiful, zainuddin, syawal, mat sobri, jamri, yunus, zulkifle...itu antara operator, supervisor, mechanic, co-ordinator yang mmg banyak bantu aku masa keje mstime dulu...aku takkan luper jasa korang semua... kalau di pihak atasan, sorg jer yg lekat dlm kepala aku...sheiKh...dia lah GM yang raJin gak tnjuK ajaR aku, kalau aku salaH tak sengaja, he will forgive me with a warning...tapi, senaNglah keje dgn sheikh...yg laIn-laIn tu sorry to saY, i can't remember any good deeds...pressure was always u all giVe to me durinG my tIme 1 1/2 year at mstime....

hOpefuLLy my new Job taKkan jadi mcm aKu kaT mStIme...taK taHu setakaT mana ketahaNan aku leh bertahaN...mudah-mudahaN Allah SWT berikan aku kekuataN yaNg leBih...sama-samalah kita berdoa...

Wednesday, July 16, 2008

jasOn behR...daH laMe taK tgk dia...




kawan-kawaN...
sapeR pernaH tgk ciTe ROsweLL?
kenaL taK this Guy...?

Nama dia Jason Behr...gambaR yg atas zamaN dia berlaKon RosweLL [aku rasa masa tu aku sek men]...
gambaR yg bawaH Jason BehR sekrg [hero dlm cite War of The Dragon @ Dragon War]...

masa dia berlakOn cite RosweLL tu, mmg minaT gila kat dia...sebab handsome seh... [atau lebih spesifik alien yg handsome]... RosweLL tu cite pasaL alien atau UFO...Roswell tu nama teMpat di maNa 1st time they discover itulaH adalaH tmpt utk UFO mendarat [wallahualam, tak taHulah betul ker tak]...kalau sebUt RosweLL, mesti dikaitkaN dgn UFO atau aLieN... so, Jason Behr tu is one of the aLien UFO yang mendaraT kaT ROsweLL tu and livinG with otHer humaNs witHout org laIn taHu dia ada speciaL kuasa as alien...dieorG bertiGa [Jason sebagaI Max, ada adIk dia naMa isaBel dgn sorg laGi kawan dieoRg Michael], seboleh-boleHnya meraHsiakan identiti dieorg sebab taKnak org laIn taHu...

ishhh...rindUlah naK tgK RosweLL...besT sangaT ciTe tu...Ops! Luper plaK naK cakaP...RosweLL tu bukaN moVie,taPi draMa serieS...dUlu zamaN sekolaH, kalU pegi sekoLah mesTi cIte pasaL RosweLL, sebaB Jason Behr laH...taPi, taK ingaT endIng dRama tu caMner sebaB susaH sikit naK tgk Tv sampaI kul 12t/mlm...makLumler, masa Tu zamaN remaJa lagie...ciTe rosweLL tu daHlah kul 11.00mlm, 1 Jam...tu yg susaH nak lepaS utk Tengok...

so, bile tgK waR of the dRagon baRu-baRu nie, dpt tgK jason behr semula,terus teringaT RosweLL...tapi, sekrg dia tak hensem laH cam masa RosweLL dulu...saTu taRikan dia masa cite RosweLL dulu, MATA dia...his EYES...menusuk kaLbu seh...aku raSa sekRg pon sama gaK...the saMe eyes...cuMa tak se-feeliNg masa roswell dulu...hehehe...

nie yg tetIbe rasa naK caRi ciTe rosweLL dlm you-tube...kalaU adalaH...hehehe...



waR of the Dragon ataU DragoN waR?




haaa....
apeR pon taJuknyer, ceRitanYa tetaP yaNg sama...
bezaNya, waR of The draGon versi Malaysia yaNg baRu keluaR sekRg...
Tapi...Dragon War tu daH releaseD 14/9/2007, last year...castiNg yang saMa, cite yg saMa, PengaraH yaNg sama...

peNgarahNyer aku raSe daRi korea, Hyung-rae Shim...cRite pasaL lagenda ulaR daRi korea yaNg bereBut naK jadi naGa [beza ulaR dgn naGa, ulaR takde kaKi, naga ada kaki konTot dan Mulut kluaR fire-fire, ulaR takleh kuaR fire, bleH jelir lidah yaNg bercabaNg jer] dan dapat masuk syuRga...

Ular-ular nie digelar IMOOGI...ada imoogi baik dan ada imoogi jahaT...tp yg pelikNya, imoogi jahaT ada nama Baruki tapi imoogi yang baIk takde nama...imoogi nie perlu dapaTkan satu kuasa Yuh-yi Joo namanya di mana kuasa nie menjelma sebagai manusia perempuan [nak cari, kena cari perempuan yang ada tatoo naga sejak lahir di bahu kiri]...ethaN adalaH kelahiraN kedua untuk Haram, saraH adalah kelahiran kedua untuk Narin...Haram&Narin adalah hero-heroin yg mati masa zaman di Korea, Ethan&Sarah adalah 500 tahun kemudiannya...Imoogi yang Baruki tu [yg jahaT tu] nak sangat Yuh-Yi Joo tu, so masa Narin adalah Yuh-Yi Joo dia tak dapat nak miliki, so Bila SaraH adalah Yuh-Yi Joo 500 thn kemudiannya, Baruki cari semula...Haram adalaH penjaga kePada Yuh-Yi Joo sehinggalaH imoogi yaNg baIk kluaR utk dptkaN Yuh-Yi Joo, tu zaman di Korea...Bila zaman sekraNg, EthaN adalaH penjaGa saraH...

cite nie actiOnNyer OklaH, tapi mmg bleH naMpak comp graPhic...but, bleh dipuji dari segi tekNik [eventhouGh kekdg teringaT LOTR, esP paRt naK peraNg, ada teNtera bertopeNg & binataNg yg besaR dan ada saTu bgunaN yg kaT Grand Cave tu kot, mcm MInas TiritH dlm LOTR]...tapi, raseNyer keNa lebih gunaKan imaGinasI...penaT gaK naK tunggU bile draGon naK muncuL...paTutNYa dah taJuknyer Drawon War [ataU War of the Dragon], so mestinYa melibaTkaN baTtle antaRa dua dragon...taPi, battlenYe haNYalah antara UlaR dan draGon [yg semesTinya dragon yg Menang sebab dia dah dapaT Yuh-Yi Joo]...endiNgnya pd aku taK besT, sebab saraH @ Yuh-Yi Joo tu terkorban juga akhirnya dan jd eterNity go to heaveN sekaLi dgn imoogi yaNg baIk tu...walaUpun kite taHu yg Yuh-Yi Joo tu akaN terkOrban juGa,tp ingaTkaN adalah speciaL kuasa ker yaNg bleH buaT saraH tu jadi maNusia normaL...taPi biLe fikir baLik,mmg taKleh pon...sebab Yuh-Yi Joo tu dijelmaKan sebagaI manusia...bukaN dimasuKKan ke dlm manusia...so, mmg confirm manusia tu akan mati...

aku rase saTu peNGajaran yg bleH dapt dari cerite nie, aper pon TAKDIR bukan kite yg tenTukaN...sebagaI umaT Islam keNa percaya Takdir adalaH di TangaN Allah SWT...so, kita tak berhak mempertikaikan tadkir yang telah ditentukaN ke atas kite...Kita haNya maMpu meraNcaNG, taPi Allah SWT yang lebih mengetahUi...

so, dalaM cite nie, taKdir saraH @ Yuh-Yi Joo tu mmg akan terkorban untuk imoogi...cuma antara imoogi yang baik atau jahat, terpulang pada imoogi mana yg akan dapat...tapi, biaserlah cite...kite mesti nak yg happy kan...so, imoogi yg baiklah dapat...demi menyelamatkan dunia...









for this moVie....

Tuesday, July 15, 2008

ubaT saPu laGi...

hai semuer...

hmmm...aper nak cite hari nie?...ok, memula pepagi tadi aku pegi klinik kesihatan kat putrajaya...nak check balik sakit kulit kat jari aku nie...aku sampai klinik awal, 7.30 dah sampai...tapi, bila dipanggil untuk jumpa doktor tu yg lambat...dekat sejam lebih jugak aku tunggu...masuk tak sampai pon 10minit...doktor bagi lagie ubat sapu dgn ubat makan, tapi ubat sapu tu jenis oily sikit... bile sapu mula-mula tadi, rasa pedih sikit...tapi, taklah rasa kering sangat...nmpak mcm okey...mudah-mudahan bleh lah kurang sakit tu...munGkin jugaK Allah SWT nak uji aku, tengok aku leh sabar ker tak...

tapi sekrg nie, aku rasa aku dah mula belajar bersabar...aku rasa untuk masa akan dtg, SABAR tu penting...so, kenalaH belajaR sabaR dari sekaraNg...jiwa yaNg tenaNg penting untuk mengHasilkaN mutu kerja yaNg berkualitI... HAHAHAHAA...boleH pakai ker falsafah tu?? okLah kot...hehehe...

ariNi mood rasa Biase jeR...taKde aper yg InteresTing pon haPpen...cuMa kepala ada rase peNing-peninG sikit...mungkIn sebaB terleBih sangaT kot tidur...tapi, malaM tadi mmG maTa mengaNtuk sangaT...ntaH biLer terlelaP pon tak sedaR...taHu-taHu tv masih lagi terbukak puKul 3 paGi...tutuP tv theN sambunG tido baLik..hehehe...

Ptg nie nak singgaH pasaR malaM jap on the waY baLik rumaH...naK kena basUh baJu ptg Nie, rasa malas plaK naK masaK arini...tu yg naK singgaH pasaR malaM...

mmm...malaM nie ada sindaRela...best..CSI New York...pun best... sekRg antaRa ketiga-tiGa CSI tu, yg palIng besT CSI NY...dulu, aku rasa CSI Vegas plaing best, taPi sekrg CSI NY yg plg besT...CSI Miami pon Ok jugaK...aKu nie hantu CSI...tengOk ulaNg-ulaNg kali pon sanGGUp...suKa sebaB suka teNgok cara dieoRg beRfikir aLL the possibiliTies utk setiaP kes...maCmane nak koreK sedlm-dlmnyeR raHsia peNipuaN dieoraNg nie...ada juGak kes yg Bunuh taK sengaJa...yg Tu laGi kesiaN...taK sengaja buNUh taPi taKut naK mengaKu...yerlaH, kalaU jadi kaT kite pon, maHunyer beraNi naK mengaKu...taPi, hiduP pon taK tenteram...bLeh ker hiduP dlm keaDaan bersalaH mcm Tu???....

OklaH, stOp siNi dulU laH...esoK kiTe samBung laGie...

Monday, July 14, 2008

paKniL dah baLik...

haa...

sepatutNya aku tulis yang nie mula-muLa tadie...
tapi, terluper plak...

haPpy sangat hari nie sebab paKnil dah baLik...
so, boleh taHu perkeMbangaN dia...
bersyUkur jugaK dia daH selamat balIk ke tanaH air kite...dari mengerjakaN umraH...
naMpak wajaH dia, leBih tenaNg dan cerIa...

hopefuLLy, dapaTlaH jugaK aku tempias unTuk dapaT semaNgat baRu nak bekerJa...
daH lama sebenaRnya semangaT ni taKde, tapi kuatkan juGak semangaT yanG dah nak haMpir puPus nie...

esoK, aKu naK pegi kliNik..keNa checK jugaK sakit kuLit kaT jari aKu nie...
amIk ubaT kliniK aritu pon maKin teroK...so, keNalah pegi laGi...
bukaN malas naK pegi, tapi sebenaRnya lebih kepaDa malaS naK menunggu...

OklaH, tetIbe aku rase Mood aku ilaNg lak ptg nie... ada Lak maNusia yang pass the lIne kat aKu...aku taK kisaH nak aNGkat kalaU mmg ofis hour, baru pukul 5 ker, aku akan angkat...tapi, nie dah 5.30ptg...aku stayback pon sebab ada keJe laIn...taPi, kalaU betul-betuL naK minta Tolong aKu jawaB, cakaP jerlaH... "da, minta tlg jawaB leh?"...nie selaMba jer pass line dah lepas wakTu keje...kalaU caLL baNk waKtu lepas ofis Hour, ada taK dia layaN kite? walauPun sebenaRnya dieorG bekerJa lagi wakTu tu...

so, 1st lessOn, naK minta tolonG org laIn, kena ada Budi bahaSa...aKu tak kisaH nak Tolong, taPi jgN sebab aku muda, bleh buaT sesuKa hati...kalaU aku bleh hormat dieoraNG, tapi kenaPa dieoraNg takleh nak hormaT sikit jer, taK perlU banyak pon...jusT ckp naK minta tlg, i wiLL helP...

Manners is impoRtanT sebenaRnye these daYs...taPi, laTely naMpaknya dah makin banyaK org yaNg luper tentaNg nie semUa...

embaH masiH lagi di umaH che Nit

hmmm...
semalaM kak ros, kakak sepupu aku bagitau..embah masih di rumah che nit, pakcik aku...

Ya Allah! serius Luper yg embaH aku ada kat siNie..sebaB kalaU mak aKu tepon ker, maK aku tak cakap pasaL embaH...ingaTkan che niT dah haNtar dia baLik kaMpung...kak ros pon pegi semalam tak ajaK aku...daH laH embaH aku pi taNyer die pasaL aku...pastu cik eLly kaTa, embah nak duduk terus kat umah che nit...

aku terus tel mak aku mlm tadie...cakap kat dia, betul ker embah nak duduk umah che nit? mak aku pon tak tahu...ayaH aku sibUk, belUm sempaT caLL embah aku...tapi, kalaU betul lah dia naK duduk teRus, oK gaK lah... embaH aku tu daHlah duduk kaMpung asyik kena kemurungan jer...sebab rindukaN anak dia, pakcik aku che nit nie... mmg anak kesayaNgan...masalaHnya bukan paKcik aku taKnak jaga, tapi nak suruH duduK kat kampuNg...susaHlah sikit...paKcik aku life kat sinie...takkan naK duduK kampunG...kalaU nak cuti pon, beraPa lame jer...solutiOnnYa, embah aku yg kena ikut anak-anak...ayaH aku pnh offer gak nak jaga dia, tapi dia taknak...dia nak pakcik aku jugak...

uisHhh!! susaH nak jaga embah aku nie skrg...dia dah macam luper-luper sikit...pastu cerewet gila...itu tak kena, ini tak kena...anak-anak yg jaga, kena banyak sabar... tapi, che nit aku tu penyabar...sebab tu embah aku sayang giler kat dia...aku pon suker dengar kalau embah aku nak duduk dgn che nit...taklah embah tu asyik kena kemurungan jer...

mak aku ada cakap, najwa nak nikah 17/8 hari ahad...majlis hari rabu 20/8...hmm,mak tanya aku nak balik yg mana? rasanya most probably balik time majlis, meriah sikit...ramai sedara...tapi tulah, kena korban cuti 2 hari...masalaHnyer kalau cuti kerajaaN, aku leh tahaN lagie..ni swasta, kenalah simpan cuti...dah macam keje mstime dulu, kena jimat cuti... dulu takperlah lagi, dok JB...nie nun jaUh, kan leceH...

but, try my besTlah eh...cUba adapt dgn situasI baru yg bakaL menjeLma...bosan tahaP mana pon, keNa keje gaK untuk caRi rezeKi untuK diri seNdiri...yaNg laIn-laIn aku seraH pada Allah SWT sahaja untuk meneNtukaN...

maraThon 2 MoviEs




hai...

weLcome baCk on mondaY morning yg tak berapa Ok nie...

taPi, taKnak crite yang tak best tu...meh kite cite aper yg best sepjg weekends lepas...

lets start wiTh saturday 12/7...

saBtu yg lepas, aku dgn ellen (2 orG jerK..hehehe..) buat maraThon 2 movies berturut-turut...as in kuar satu house pegi house yg berikutnya...kiteorG tgk cite wanted dgn journey to the center of the earTh..

aku nie tak pandai nak mengulas filem-filem nie...hehehe...tapi, personally, suka lebih kat cite wanted...jalan ceriter dia menarik, tak boring, bleh faham...action mmg best,cuma kekdg tak logik sikit...but, yg penting tak rugi bayar tiket...tapi, aku rasa nak jadi pembunuh yg profesional, mmg kena alert gile-gile...kena lebih advance dari mangsa yang kite nak bunuh...one step ahead...salah step, mmg terkorban...tapi, hopefully org yg tgk cite nie jgn terpedaya dgn falsafah yang dia pakai tu...kononnya fate org yg mati tu di tangan Sloan...but,kite sebagai org Islam kena fikir...ajal maut tu di taNgan Allah...kite sebagai manusia tak bleh nak menghukum...pakai falsafah mcm dlm cite LOTR, mungkin yg perlu mati tu tak patut mati, tapi yang kite rasa tak perlu mati tu adalah org yg patut mati...so, jangaN mudah Menghukum maUt dan ajaL org laIn ok...

untUk cite Journey to the center of the earth tu plaK, menarik dari segi sains fiction...tapi, logIk rasanYa tak berapa nak Logik...ade ke laUtan dan semua-semua tu (dinosour, birds, dll...) kat center of the earTh???? kdg-kdg kagum dengan owg putih nie dari segi imaginasi dieorang...bleh fikir tahap mcm tu...but, risau jugak if budak-budak yg tgk akan percaya lak ada benda-benda mcm tu...kalau mcm magma, lava, geiser tu semua betullah...mmg wujud...so, mak bapak yg bawak anak-anak mereka kena terangkan betul-betul...sebab tayaNgan tu klasifikasinya 'U'...

best jugaK sekali sekala buaT marathon Mcm tu...siap staNdby beli poPcorn and air untuK 2 movie kan...daHlah 2-2 moVie penuH dgn actiOn...beraT jer rasa kepala dan jiwa...hehehe...tapi, memang really2 enjoy...

eLlen, thaNks for maKing my saTurday an enJoyable weekenDs...

Friday, July 11, 2008

2 dayS for weekend...

alaaa...

2 hari cuti tak dapat tulis blog...sebab aku tulis bila kat ofis jer...so, 2 hari blog aku takkan di update...
tapi takper, monday nanti mesti ada cite best yang aku bleh crita...

hopefully, weekends nie taklah membosankan...tapi, selalunya tak pernah boring pon...
walau pon duduk jer kat rumah tapi best lah duduk rumah...hehehe...

minggu nie, plan nak tgk wayang dgn ellen...cite the wanted...baru nak tengok...
cite hancock pon aku tak tengok lagie...last movie aku tengok, kungfu panda...2 kali tu tengok...sebab best gile crite tu...kelakar and rasenye tgk movie nie buatkan aku gelak kuat kat wayang...sampai rasa senak perut, sebab mmg kelakar giler...hehehe...

oklaH, so see u moNday nie...
mmuuaahh...mmuuaahhh...miss u...

aper yg berlaKu semalam...

hai korang...

nak tahu tak aper yg berlaku semlm?

masa aku nak balik keje semlm, biasalah mesti ada satu jambatan yg aku kena lalu dkt dgn simpang nak kluar dari jalan menghala ke sek tek sepang tu...depan aku ada satu keta vIVa...depan viva ada satu lori low loader bwk excavator (yg mcm JCB tu, tapi rodanYa berantaI)...syok jer berangan bwk lori tu, sebab slow kan...
sampai kat jambatan tu, rupernyer lori tu tak lepas lah...buat main kuat bunyi excavator atas lori tu tersangkut kat jambatan...siap ada serpih batu jambatan tu jatuh...baik gak tak kene keta viva depan aku...aku pun cepat-cepat brek...nasib baik, aku pon takde aper-aper...cuma ntah minyak dari mana ntah, sama ada jambatan atau lori tu terpercik kat atas cermin keta dgn body keta bhgn atas...sampai jer rumah, jenuh gak nak mengelaPnya...

mlm tadie tak sabar-sabaR tunggu pukuL 9 nie...sambil tu, masak pon cepat-cepat jer...mlm tadi aku masak sambal nugget dgn sup sayur...tak tahu nak masak aper best...tu jer yg tekak aku selera nak makan...heheh...

shaRp pukul 9, dah tercongok depan tv dengan makanan...sambil makan, sambil tgk mma... kelakar gak malam tadi, tapi takleh lawan yg minggu lepas masa ada shamsul ghau ghau tu...kelakar gila...hehehe...mlm tadi yg kelakar masa aznil terpengsan konon-konon salam dgn bakal mak mertua...pastu buat aksi bomoh menurun...siap pi buat eksen dikentutkan budak yang konon2 tgh kena rawat dgn bomoh...masa part joget tu, makcik yg dgn rashid sibir tu sporting gila...pakcik yg dgn rai tu pon boleh tahan...bini dia siap ckp, sepjg 40thn kahwin, baru tu dia tgk husband die menari...hehehe...oklah mlm tadi, aku gelak gak...tapi tak guling-guling sebab tgh makan...hahahaha

lepas tgk mma, aku pon kemas2 dapur...maklumlah, mlm tadi kan buang tebiat pi masak...hehehe...
aku pon lepas kemas aper yg patut, aku masak nasi goreng plak...nak buat bekal sarapan untuk hari nie...
pastu, terus solat isyak then stand by utk tido...

kat channel 109, tiap2 weekdays ada macam-macam aznil yg lama...aku rajin gak tgk walaupon channel 109 tu kecik kan, tapi yg penting aku leh gelak...tu yg best...rerupernya, mma tu pukul 5.00pgi sampai 6.00pgi pon ada...so, aku dah jumpa motivasi nak bgun pukul 5.30 pagi....bangun jer, terus bukak tv tgk mma...hehehe...pelik kan? sebab pukul 5.30 tu slot anak-anakku...tu yg cergas jer nak bangun pepagi..

so, aku stop kat sini dulu lah eh...
nak pg alamanda naik keta mama nurul...
yea yea !! (nurUl suruh ckp camtu..hehehe)

nanti ada cite best, aku sambung lagie eh...

Thursday, July 10, 2008

peLik kan cinta Nie...

ok...



lagie 5min aku nak balik...
tapi, nak crita sikit pasal satu series drama cina kat channel 301 AEC astro...
tajuk crite tu, Honor & Passion...


crita pasal cinta...
tapi, cinta yang tak berbalas...


contoHnya mcm nie tau...

Si A suka kat si B, tapi si B tak suka kat si A...
si B ni suka kat si C...tapi, si C plak tak suka kat si B...

faham tak aku punya example??
kiRe macaM cinta taK berbalas...

tapi, yang peliknya...masing-masing bertegas nak pertahankan perasaan masing-masing...
memang bagus mcm tu...berusaha bila nak kan sesuatu...
tapi, yang tak bagusnya akhirnya nanti akan melukakan banyak pihak...
banyak perasaan yang akan terluka...tu yang tak best..
aku yg tengok nie pon...walaupun tahu itu adalah drama jer, tapi feeling terlebih plak...hehehe

tak sabar nak tunggu kesudahannya....

ok, dah pukul 5.08 nie...si taqeem nie tadi sempat kaco aku nak tulis post nie...
dah lambat dari yang biasa...
aku balik dulu...
esok jumpa lagie...

assalaMMualaikum...

***eeee...excited nak tgk mcm-mcm aznil mlm nie...nanti esok kite cite eh***

it's thurSdaY...

yea...yea....

ari khamis telah pun tiba...ari khamis memang hari-hari yang ditunggu setiap minggu...
nak tahu kenapa????
sebab nie lah ====>
MACAM-MACAM AZNIL

tak sabar nak gelak sebenarnya...macam-macam aznil adalah terapi gelak untuk aku...hopefully malam nie best tahap nak guling-guling kat lantai...hehehe...


sekrg nie aku kat ofis lagie...jap lagie dlm kul 5 nak balik...kena balik awal sikit arinie sebab jalan nak masuk ke kawasan rumah aku tu ada pasar malam...so, hectic sikit...tu yg kena balik awal sikit...tak tahu nak masak ker tak malam nie...perut tgh kenyang lagie nie, lepas makan keropok roda yg banyak diberi oleh kak biq...hehehe...kalau rajin, aku masaKlah yer...menu aper agakNyer eh mlm nie...


-----------think---------------


ariNi keadaaN ofis nie nampaK mcm tenang...but annoying with segelintir people...tak tahu kenapa...tapi, memang rasa sangat distracted...kdg-kdg aku rasa, aku nie pon bukan baik sangat kan...bukan innocent sangat pon, tapi still rasa menyampah dgn certain people....taknak tak suka tak suka kat org nie, tapi keadaan memaksa...aku try lah kawal diri sendiri dari terus-terusan tak suka...


hopefully, my laughter therapy will work out...


takmo tensen-tensen sangat...


nanti rasa tak best...


hidup kena ceria kan...barulah enjoy!!...




Wednesday, July 09, 2008

aper Lah nak jadi ni...?

hmmm...aper perasaan aku arini?

this lately, byk memendam rasa dan mengawal diri dari marah kot...
minggu nie aku berazam "aku taknak marah"...

sebenarnya sakit hati gak bile mengenangkan hal yang 'satu' nie...
menyampah pon ada...
kenapalah wujudnya manusia-manusia yang tidak bertanggungjawab?
cakap mcm yer yer oh jer memula dulu, lama-lama berubah pendirian...
aper pon alasan dieorang, pada aku 'mereka-mereka' ini adalah org yg mementingkan diri sendiri...
cakap tak serupa bikin...

tengok kat berita tv3 mlm tadi, pasal isu wakil-wakil rakyat kita di dewan rakyat...
kluar perkataan "bodoh" plak sekrg...
kalau tgk suasana dlm dewan rakyat sekrg, dah mcm pasar borong...
cakap sebarang jer...takde budi-bahasa dah...

manalah tak sekrg nie, manusia-manusia sekrg dah takde budi-bahasa...
tak tahu hormat org lain...
tengok contoh kat dewan rakyat tu jer dah cukup...
kalau org berpangkat besar pon dah mcm tu, lagie lah kite yang pangkat tak berapa nak ada nie...

biarlah kita nie kaya dgn duit...kaya jugak dgn budi bahasa...
barulah berkat kaya kita tu...

------think--------

my JournaL to Be....

to all my dear friends...

well, at last...my own blog have been released... legaNya rasa...dapat buat Blog sendiri...walaUpon tak secanggih mana, but tujuaN blog nie is just for me to write a little journal abt myself....

hoPefully it will be my "best friend" ever....
and all of my friends out there, enjoy reading my blog...
ada ape-ape nak comment, good or bad, silakan...dialu-alukan...
i will read and try to make it a note...
kalau nak kritik tu, biarlah yang membina yer...

that's all for the beginning...

assalaMMualaiKum....