Sunday, May 10, 2009

alhaMdulillah,,,ariL is goiNg to finaL...

Pengumuman tiada penyingkiran pada malam ini nyata cukup menggembirakan. Ini bermakna, kesemua pelajar yang beraksi pada malam ini akan melangkah ke Konsert minggu hadapan. Aril yang diserap semula berdasarkan undian AFMASUK menjadikan lima (5) pelajar akan beraksi di Konsert Akhir Akademi Fantasia 7

Pada konsert kesembilan ini, pelajar masing-masing diuji dengan dua buah lagu tugasan, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Kesemua mereka bagaikan menggunakan peluang terakhir sebaik mungkin dengan mempamerkan persembahan terbaik sebelum melangkah ke konsert akhir.

Isma tampil dengan aura tranformasi membuka gelanggang minggu ini dengan lagu Aku Pasti Datang nyanyian asal Bunga Cinta Lestari. Namun pengkritik tetap malam ini, Edrie Hashim, Ning Baizura dan Adlin Aman Ramlie jelas lebih menyukai persembahan kedua menerusi lagu Hot & Cold nyanyian asal Katty Perry

Yazid meneruskan momentum dengan lagu Where The Street Have No Name nyanyian asal kumpulan u2 sebelum tampil sekali lagi dengan lagu Aku Skandal nyanyian asal kumpulan Hujan. Walaupun kurang menyerlah, dia dikatakan jauh telah berubah daripada persembahan di minggu-minggu terawal AF7

Lagu Laskar Pelangi nyanyian asal kumpulan Nidji dikatakan tidak mencabar kemampuan Hafiz sepenuhnya walaupun dibantu oleh kanak-kanak di atas pentas. Namun, dia berjaya membuktikan kemampuan sebenar dengan menggamatkan Dewan Sri Putra menerusi lagu I Believe I Can Fly nyanyian asal R kelly

Kedudukan pelajar sebelum undian ditutup:

PELAJAR dan PERATUSAN (%)

YAZID – 32
HAFIZ – 28
ISMA - 25
AKIM – 16

Kedudukan pelajar selepas undian ditutup:

PELAJAR dan PERATUSAN (%)

HAFIZ – 34
ISMA - 25
YAZID – 22
AKIM – 18

Kedudukan pelajar undian AFMASUK setelah undian ditutup

PELAJAR dan PERATUSAN (%)

ARIL - 52.45
AISHAH - 26.6
ZIZI - 6.87
SIDI - 5.84
CLAUDIA - 4.59
QHAUD - 1.71
RINI - 0.86
RUBISA - 0.48
OBRI - 0.34
ADILA - 0.26

Masa berjalan begitu pantas. Tanpa sedar, AF7 kini berada di minggu terakhir. Seorang 'superstar' pasti akan lahir setelah mengalami proses transformasi sepanjang berada di Akademi. Kini, andalah yang berhak sepenuhnya untuk memilih Juara AF7...


sumber berita dari laman web astro :
http://www.astro.com.my/akademifantasia


sekarang, barulah ada semangaT baru nak tengok AF semula...
baruLah syoK tengok diaRi...
tak sia-sia aku AFMASUK ari-ari...
pasni kena kerja keras untuk AFUNDI plak...
terbaik woKK!!

2 comments:

Su3y said...

A'skum kak...
Hehehe...
I'm here once again :)
Oh ye ker?
Aril dapat ker final?
Baguslah,sukelah akak yer...
Mesti akak tengah happy ni...
Alhamdulilah,tak kisahlah janji akak happy suzy pun tumpang happy :)

Anonymous said...

dadar, semoga x sakt ibu jari, bersms mengundi aril.

;)