Friday, April 02, 2010

Al-Fatihah....buat Allahyarham Din Beramboi..

Din Beramboi meninggal dunia

KUALA LUMPUR 2 April - Pelawak popular dan penyampai radio Era, Mior Ahmad Fuad Mior Badri meninggal dunia di Hospital Selayang, lewat malam tadi.
Allahyarham yang dikenali sebagai Din Beramboi menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) pukul 12.30 malam.
Menurut adik Allahyarham, Rozana Mior Badri, semua ahli keluarga berada di sisi Allahyarham kecuali ayahnya yang tidak dapat hadir.
Katanya, Allahyarham meninggal dunia akibat demam denggi berdarah yang menyebabkan beberapa organ badannya gagal berfungsi.
‘‘Jenazah abang saya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ehsan, Kepong di sini sebelum solat Jumaat,’’ katanya ketika ditemui di hospital itu, malam ini. - Utusan


Din Beramboi Meninggal Dunia
KUALA LUMPUR: Pelawak dan penyampai radio popular Din Beramboi atau nama sebenar Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 44, disahkan meninggal dunia sekitar pukul 12.35 malam tadi di Hospital Selayang.

Kematian Allahyarham disahkan oleh Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani yang dihubungi oleh mStar Online.

Ketika diminta untuk mengulas mengenai berita sedih itu, Nizam bagaimanapun masih belum bersedia memberikan sebarang komen kerana masih terkejut. Pihak keluarga dan rakan terdekat Allahyarham juga gagal dihubungi.

Din yang dimasukkan ke Wad Rawatan Rapi (ICU) kerana mengidap Dengue Shock Syndrome sudah berada dalam keadaan kritikal sejak petang semalam. Allahyarham dimasukkan ke hospital pada petang Isnin lalu selepas mengalami demam yang mempunyai tanda-tanda denggi
.


Pelawak Din Beramboi Meninggal Dunia!
KUALA LUMPUR, 2 APRIL 2010: Setelah hampir sejam bertarung nyawa, pelawak dan penyampai radio Era FM, Din Beramboi telah kembali ke rahmatullah kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi.

Allahyarham Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 44, sebelum ini dimasukan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Selayang kerana disyaki menghidap kejutan denggi berdarah pada 29 Mac 2010.

Pemergian arwah telah disahkan oleh adik iparnya, Shariffudin Che Man, 37, yang mengumumkan kematian arwah sejurus selepas beliau keluar dari wad ICU.

Turut berada disamping arwah ketika pemergiannya ialah ahli keluarga serta tiga orang rakan artis iaitu Azwan Ali, Zul Yahya dan Ifa Raziah.

Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumah keluarga isterinya, di Taman Ehsan, Kepong sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Frim, sebelum solat Jumaat.

Allahyarham meninggalkan seorang balu Suhaini Che Man dan 3 orang anak Nil Aina,17, Mior Syafiq Aridhuan,12 dan Nir Ain.

Warga murai.com.my mengucapkan takziah di atas pemergian Allahyarham dan semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Al-Fatihah


3 keratan berita aku paparkan kat sini...
yang pertama dari utusan, yang kedua dari mstar online dan berita akhir sekali dari murai.com...

aku masih lagi macam tak percaya din beramboi telah pergi buat selama-lamanya...
malam tadi, aku tak berani nak buka radio...sejak semlm, satu hari mendengar pak din kritikal..pagi nie baru bukak radio, dengar dina kata salam takziah buat keluarga allahyarham din beramboi...
innalillahiwainnailahirajiun...

tak sangka begitu cepat pak din meninggalkan keluarganya dan kami2 semua peminatnya...

berita yang agak tidak mahu didengar itu akhirnya menjadi kenyataan...

ternyata Allah SWT lebih menyayangi beliau...
sebagaimana kita semua sangat menyayanginya, Allah SWT itu lebih lah menyayangi umatnya...
hanya Dia sahaja Yang Maha Mengetahui hikmah di sebalik semua ini...

sebagai seorang yang setia mendengar Riuh Pagi Era, pasti dan sangat pasti akan terasa kehilangan allahyarham...

Riuh Pagi Era baru berusia setahun lebih...sewaktu awal kemunculan program itu gandingan Aznil dan Din Beramboi, ramai yang tertanya2...adakah mampu Riuh Pagi Era dinaikkan ratingnya setanding sewaktu Pagi Era yang dikendalikan Khairil & Kieran? Ternyata, Era sangat tepat memilih pasangan...Pak Nil dan Pak Din adalah gabungan yang sangat-sangat serasi...

Tanpa pak din baik pak nil, kedua-dua gabungan ini jika salah satu tiada, maka tak akan lah lengkap pagi kami pendengar2 setia RiUh pagi Era...

drama sebabak & sawancara adalah antara segmen yang paling dekat dengan pak din...

'Shasha', watak yang dibawa oleh din beramboi juga akan menjadi kenangan...

tiada Din Beramboi ke-2 yang boleh menggantikan tempat beliau untuk Riuh Pagi Era bersama pak nil...

Diharapkan keluarga allahyarham din beramboi lebih tabah menghadapi dugaan ini...

serta keluarga Era terutamanya Pak Nil, kuatkanlah semangat anda...

setiap yang berlaku ke atas kita ada hikmah yang tersendiri...
hanya Dia Yang Maha Mengetahui...
jangan lupa sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Din Beramboi...
semoga rohnya ditempatkan di kalangan org-org yang beriman...

-Amin-



No comments: