Friday, May 22, 2009

thaNks edzlin for the inFo...

menurut kata edzlin, aril and akim akan perform untuk majlis adlin esok kan...
tulah,,,
terluPer plaK yang esok 23/5/2009...
majlis perkahwinan adlin & emelda kat ipoh, perak...

so, memang confirm aril and akim takde esok untuk jelajah era...
paknil pon tak join jugak kan...
huhuhu...
tak best...takde mood pon nak pegi...
huhuhu...

semalam edzlin tengok tak trek selebriti AF..?
ada jugak sikit dieorang selitkan cerita paknil kan...
paknil masa di interview tu pun nampak mcm sangat kagum dengan pentas AF tahun nie...
lagie best kalau pakniL jadi pengacaraNya kan...
and tak sangka, paknil pun afundi jugak kan...
tapi, taklah plak disebutnya saper yang dia afundi...
aril koT...hehehe...

walaupun juri menGatakan bahawa lagu toksik itu tak sesuai untuk aril,
tapi aril tetap tidak lupe mengucapkan terima kasih buat pencipta lagu tersebut...
dan juga, dia tetap ingat akan peminat-peminat dia dan juga peminat yang afmasuk kan dia..
tu lah yang membuatkan aku rasa berbaloi memberikan sokongan padanya...

terbaek wokk!

edzlin, kalau ada any info yang menarik lagi, share lah sama eh...
thanks again for the info ok...
kadang-kadang saya sendiri pon tak sempat nak tahu all the info...
so, thanks again...
=)

Tuesday, May 19, 2009

betaPa pentingNya restu ibU bapa...



gambaR ni dirakam sehari sebelum ariL bertolak ke jakarta...
waktu nie, ada temuramah dari astro awani untuk rancangan Gala TV...
bila tgK Gala TV arini, barulah taHu...

dlm interview tersebut, aril beritahu Awani tentang perasaannya yang tidak menyangka memenangi tempat kedua...apa yang difikirkan hanyalah membuat persembahan sebaik mungkin untuk semua peminat-peminat yang menyokongnya...dia juga tahu dan maklum tidak semua orang suka pada dia...tapi, yang penting baginya adalah mereka-mereka yang menyokongnya...

dia juga mengakui bahawa dia perlu belajar lebih dari pelajar lain...sebab telah ketinggalan 2 minggu berbanding rakan-rakannya yang lain...tetapi bagi beliau, rakan-rakan yang lain, isma-yazid-akim-hafiz banyak membantunya dan memberikan tindakbalas yang positif kepada beliau..beliau mengganggap kejayaan ini adalah kejayaan semua...semua finalist adalah juara AF yang sebenarnya...

yang paling buat aku terharu, dia dengan nada yang merendah diri, memohon restu dari ibu bapanya untuk meneruskan kerjaya seninya...aku rasa, aril seorang yang agak manja dengan ibunya...aku suka cara mak aril bercakap...sangat lemah lembut...penuh jiwa keibuan...tidak pernah lupa menasihatkan aril agar jangan tinggal solat...patutlah aril memang manja dengan ibunya...

dalam kehidupan kita, walau ape pun yang kite lakukan, doa dan restu ibu bapa adalah amat penting...
jangan sesekali mengecilkan hati ibu dengan sikap kita yang tidak munasabah...

bangga dengan aril sebab tidak pernah lupa akan ibu bapanya yang tidak jemu-jemu memberi sokongan kepadanya...waktu dia diumumkan masuk semula ke akademi pon, waktu interview dengan sarimah, aril tidak lupa mention tentang ibu bapanya...dahlah kena duduk jauh dengan family sebab keluarga aril telah berpindah ke melaka...tinggallah aril dan abgnya sahaja di KL...

moga aril tabaH menghadapi dugaan mendatang...
dan selamaT berdikari... =)

p/s: masih lagi terngiang-ngiang di telinga kata-kata aril di konsert final...yang lebih kurang begini bunyinya... "ini semua adalah untuk anda yang mengundi aril masuk'...selepas persembahan kedua beliau...
terasa dihargai...sebab aril memang tidak pernah lupa dan lalai dari mengucapkan terima kasih kepada penyokong2 beliau...
aril pon manusia biasa...tidak termampu untuk dia approach setiap peminatnya...tetapi, dengan ucapan terima kasih begitu, pasti sudah cukup bermakna buat peminat2 beliau seperti aku...
macam pakniL, terasa dekat dengan beliau melalui penulisan di blogNya...

inilaH yang edzlin maksudkan kan...

CERITA BELAKANG TABIR FINAL AF7



Segala-galanya telah berakhir. Sesi pengajian AF7 kini telah pun ditutup oleh Principal Tiara Jacquelina selepas Hafiz dinobatkan sebagai juara baru. Bagi yang berada di Stadium Putra Bukit Jalil, mereka dapat merasai suasana gegak gempita yang menyelubungi segenap ruang bak final kejohanan bola sepak.

Apakah perkara menarik yang berlaku di belakang tabir? Jom kita ikuti paparan murai.com.my


Corat-Coret AF7:

# Abang kepada Aril, Izwan Pilus sempat datang ke konsert akhir AF7 tetapi tidak dapat lama berada dalam stadium kerana perlu menghadiri latihan pertandingan Bintang RTM. Izwan turut gembira dengan kejayaan Aril di tempat kedua.


# Berbeza dengan musim lalu, kali ini tetamu VIP dan pihak media diraikan dengan majlis koktel sejam sebelum konsert akhir bermula. Lisa Surihani, Dafi dan Ainul Aishah adalah antara artis yang paling awal datang ke majlis koktel itu.


# Pada sebelah petang, Karnival Gempak Selebriti Astro ditimpa hujan rahmat. Namun ramai peminat tidak berganjak dan sanggup menonton persembahan artis di bawah payung.


# Anita Sarawak atau Kak Nita adalah antara penyokong Hafiz. Melihat kemunculan Hafiz, Kak Nita dan suaminya Abang Mahathir terus menjerit dan bersorak sakan! Kak Nita juga kagum dengan semangat Isma yang masih lincah beraksi walaupun sudah ada anak 5.


# Seorang lagi penyokong setiap Hafiz adalah produser filem Anu Dalam Botol, Raja Azmi Raja Sulaiman atau Kak Mi. Kak Mi memang banyak menghantar AFundi secara pukal kepada Hafiz dan ia tertera dalam pesanan mesej di telefon bimbitnya itu. Malam itu, Kak Mi duduk di sebelah Mak Mah yang juga ibu pengkritik Adlin Aman Ramlie.


# Seorang karyawan filem mengeluh salah seorang tenaga pengajar perempuan AF7 semakin kekwat sekarang sejak wajahnya asyik keluar di kaca TV. "Dulu dia tak macam itu. Jumpa kita dari jauh dah senyum dan menyapa, sekarang, angkat kening pun berat sangat. Biasalah, orang dah mabuk glamour..." kata karyawan yang sangat popular itu.


# Barisan artis Gempak Selebriti Astro seperti Zainal Alam Kadir, Reza, Farhan, Tam Suhaimi, Idayu, Fitri, Hazama, Farish dan Edlin memang kecoh bersorak di tempat mereka. Kemudian datang pula Nana Era yang makin cantik sejak hendak berkahwin ini. Nana juga penyokong kuat Hafiz.


# Ada dakwann mengatakan Kelab Peminat (FC) Hafiz menarik diri pada saat-saat akhir daripada membuka gerai dan centre spot untuk berkumpul ketika berlangsungnya Karnival Gempak Astro di luar stadium. Ini menjadi bahan bualan di kalangan FC finalis lain.


# Sebahagian penyokong Aril datang dengan sepanduk paling besar yang tertulis 'Kami Nak Aril Jadi Juara'. Mereka terpaksa duduk di tingkat atas sebab sepanduk itu terlalu besar dan perlu direntangkan ke bawah.


# Ramai berkata, meskipun Hafiz bergelar juara, tapi Aril yang menang sorak. Dia menerima sorakan paling gemuruh dan meriah sejak mula hingga akhirnya konsert itu. Pada awal konsert, Hafiz mendapatkan sorakan paling gemuruh diikuti Aril dan kemudiannya Akim.


# Ada segelintir peminat meradang apabila tempat mereka telah diambil orang disebabkan kekeliruan nombor tiket. Tapi bila konsert telah bermula, sejak jadi OK. Selain itu, kesian pula pengkritik Raja Lawak 3, Zaibo, yang tersesat mencari tempat duduk sehingga duduk di tempat pihak media.


# Jangan tak tahu, putera dan puteri dari kerabat diraja Brunei Darussalam pun turut berangkat menonton konsert final itu. Terbukti AF program yang sangat popular di Malaysia dan Brunei!


# Ketika lagu Menuju Puncak disampaikan oleh semua pelajar musim ini, Rubisa tidak dapat menari sama kerana kakinya telah terseliuh sewaktu latihan.


# Sewaktu persembahan bekas pelajar Top 20 pula, Lizda pula tidak dapat mengadakan persembahan. Difahamkan, Lizda yang juga isteri pelakon Ezani sibuk dengan perniagaan belacannya! Kesian pula melihat Abang Kelana yang berdepan dengan masalah apabila mula menyanyikan lagu Di Alam Fana Cinta (Fotograf).


# Ketika Aril mendendangkan lagu barunya, Toksik, dia merampas kertas di meja pengkritik dan membuangnya ke lantai. Semasa raptai penuh, dia menjadikan botol air mineral sebagai mangsanya dan ketika melontar hampir-hampir terkena krew Murai!


# Lucu pula melihat Hafiz yang seakan-akan agak bingung (blur) ketika sidang media tengah malam. Mungkin tergamam melihat ramai wartawan dan masih terkejut dengan kejayaan hebatnya itu. Sampaikan Hafiz terpaksa meminta wartawan mengulangi soalan mereka.


# Akim pula 'terlebih ramah' apabila siapa bertanyakan nama wartawan yang bertanyakan soalan kepadanya. Itulah realiti sebenar selepas mereka keluar daripada akademi apabila mula berdepan dengan 1001 cabaran.


# Ramai tidak tahu bahawa lirik lagu Isma, Bisikan... Godaan dicipta oleh Ketua Editor murai.com.my, Roslen Fadzil atau nama penanya Slen. Sebelum ini Slen pernah menghasilkan lirik lagu seperti Nurul Ajai (Cinta Mencintai Kita), Ziana Zain (Lembah Asmara), Dato Siti Nurhaliza (Kembalikan Indah), Dr Fazley (Cerita Asmara), Erema (Pelita Di Bawah Purnama) dan Misha Omar (Sampai Di Sini). Kata Slen, dia tidak tahu lagu itu akan dinyanyikan oleh siapa sehinggalah menerima panggilan daripada komposernya Zul, suami Isma.

# Ada pihak mendakwa Cikgu Siti Hajar adalah ibu saudara Aril. Namun, itu semua tidak benar.

# Pengacara terkenal, Haji Aznil Hj Nawawi sempat singgah ke sidang media dan majlis supper untuk mengucapkan tahniah kepada tenaga pengajar dan barisan pemenang.




My Notes:-
nielaH cerita dalam murai.com yang edzlin maksudkan...
yang dihighlightkan adalah yang menarik bagi aku...
pasal banner yang besar tu, rasanya ada ternampak waktu nak umumkan juara...
memang sangat besar banner tu...so, fans aril tu memang duduk atas sekali...
but, camera dapat jugak capture that banner kat dalam stadium tu...
botol air mineral...? dahsyat sungguh imaginasi aril nie...
but, itulah dia...aku rasa, as he goes along perjalanan dia dlm dunia seni, pasti dia dapat menyesuaikan atau menggunakan material yang sesuai dalam setiap persembahan beliau yang tidak akan mendatangkan mudarat kepada orang lain...samalah kes macam mike stand dulu tu...heheh...aril, aril...
ada jugak cite pasal paknil sikit...sikit jer ker..? huhuhu...takperlah, yang penting tak lupa gak nak mention mantan AF nie...paknil begitulah...tidak sombong dan sentiasa mesra dengan semua orang...

will he be at jelajaH era this saturday...?

ARIL, AKIM TERBANG KE JAKARTA!



KUALA LUMPUR, 18 MEI 2009: Kalau bintang Akademi Fantasia Musim 7 (AF7) mula sibuk memenuhi jadual kerjaya seni mereka di dalam negara, Aril dan Akim pula sudah terpaksa terbang ke Jakarta, Indonesia, awal pagi ini, Isnin.

Kehadiran mereka di sana adalah untuk memenuhi tawaran membintangi sebuah projek drama muzikal yang diterbitkan secara usahasama oleh produksi Malaysia dengan Indonesia. Difahamkan tawaran ini telah diterima ketika mereka masih berada di dalam akademi lagi.

Mengulas tentang pemergiannya ke Indonesia, Aril ketika ditemui murai.com.my di ibu negara, semalam berkata, tawaran itu sungguh menarik kerana bercorak muzikal.

"Saya pergi tidak lama. Cuma seminggu saja. Mudah-mudahan semuanya akan berjalan dengan lancar. Apapun, semua ini adalah satu permulaan kerana perjalanan saya dalam bidang ini masih lagi terlalu jauh," katanya.

Biarpun dihimpit dengan kutukan dan cacian, bintang AF7 yang kini mula menjadi ikon di kalangan peminatnya masih mampu mengukir senyuman serta masih tabah meneruskan kehidupan.

"Kalau hendak diikutkan, saya rasa sedih juga dengan apa yang orang cakap tentang diri saya tetapi inilah cabaran yang harus saya hadapi dalam AF7. Lagipun untuk berjuang dalam industri ini, saya harus menjadi kuat.

"Mujur ramai yang memberikan kata-kata semangat kepada saya termasuklah kawan-kawan dalam AF7 sendiri iaitu Hafiz, Yazid, Akim dan Kak Isma. Waktu saya di AFMasuk, mereka inilah yang banyak memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi buat diri saya.

"Saya juga terharu apabila melihat begitu ramai rakan-rakan serta peminat di luar sana yang menyokong saya sewaktu beraksi dalam konsert final dulu. Selalunya apabila pelajar di AF Masuk mereka akan mendapat sorakan 'booo' tapi ia jadi sebaliknya.

"Jadi saya mahu berterima kasih kepada mereka yang menyokong saya selama ini. Buat yang tidak menyokong dan menolak saya, ia tidak menjadi masalah," katanya.

Tentang kemenangannya sebagai naib juara, Aril berkata, dia sebenarnya terkejut.

"Saya sebenarnya tidak mengharapkan apa-apa. Yang penting, saya ingin membuat yang terbaik pada malam itu khususnya untuk penyokong serta pengundi-pengundi saya. Mungkin inilah yang dikatakan rezeki," katanya.

Sementara itu, Akim pula mengakui sangat teruja untuk memenuhi tawaran membintangi drama muzikal yang sama bersama Aril di Jakarta.

"Penat AF7 belum hilang lagi tetapi saya dan Aril dah kena terbang ke Jakarta. Akim seronok sangat sebab dan lama teringin ke sana. Akim ingin timba ilmu tambahan daripada orang-orang di sana pula," katanya.

Selaku bintang AF7 yang dianggap sebagai underdog, Akim berkata, dia langsung tidak berkecil hati sekiranya ramai yang tidak perasankan kehadirannya dalam AF7.

"Saya makin bersemangat pada minggu-minggu terakhir AF7 kerana melihat sokongan penonton. Tapi semua ini tidak akan berhasil jika saya sendiri yang tidak sanggup mengubah atau memperbaiki kelemahan pada diri saya. Cikgu-cikgu sudah berikan tunjuk ajar mereka, jadi kita kena praktikkan.

Akim juga berkata, jika diberikan tempoh waktu yang lebih lama lagi di dalam akademi itu, dia percaya dia akan lebih mampu menggugat pelajar lain.

"Saya bersyukur dengan kemenangan di tempat ketiga. Bagi saya apa yang lebih penting ialah transformasi yang saya lalui di dalam akademi," katanya.



My Notes:-
dengaRnya pada ari isnin di radio era, juara dan naib juara AF7 akan bersama-sama jelajah era di shah alam sabtu ni...
tapi, bila tengok berita nie di murai.com, tak sure plak will aril be there this saturday...?
tapi, rasaNya kalau berkesempatan dan diizinkan, memang nak pegi shah alam this saturday...just for jelajah era...
hopefully aril will make it there... =)
sangat bangga with both of them...
hope they will make it there...
harumkan nama malaysia di sana ok...

sikiT stoRy about konsert finaL AF yang lepas...






BAYANGKAN final Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) tanpa Aril.
Bagaimana agaknya jika hanya Yazid, Hafiz, Isma dan Akim yang bertanding pada acara kemuncak AF7 itu? Sudah pasti, senario nya tidak sepertimana yang disaksikan semalam.

Keputusan sudah diumumkan dan peserta dari Sarawak, Hafiz membuktikan gelaran juara AF kali ini masih dimonopoli oleh anak kelahiran Malaysia Timur, selepas peserta kelahiran Sabah, Stracie Angie Anam atau Stacy menjuarai AF6 sebelum ini.

Namun, kedudukan Aril sebagai naib juara AF7 seperti dipersoalkan pula. Adik kepada penyanyi Izwan Pilus itu dikatakan menggunakan platform mudah melalui sistem AF Masuk dan terus melayakkan dirinya ke konsert akhir AF7 biarpun sudah tersingkir dua minggu yang lepas. Bukan mahu menidakkan kebolehannya sebagai seorang penghibur, kerana seperti yang dibuktikannya menerusi persembahannya pada final AF7 itu, ternyata keberanian Aril dalam 'menghidupkan' dirinya di atas pentas agak berjaya.
Cuma vokalnya yang agak kurang mantap atau seperti kata juri tetap AF7, Edrie Hashim, vokal Aril 'pancit' menyebabkan timbul persoalan adakah Aril sesuai bergelar naib juara AF7, sedangkan pemenang tempat ketiga, Akim sebenarnya bukan sahaja menonjolkan vokal yang lebih membanggakan berbanding Aril, malah konsep persembahannya juga menunjukkan kelainan.

Dalam hal ini, sudah tentu sistem undian SMS penonton menjadi penyebabnya dan ia segera dikaitkan dengan kemasukan Aril yang bagaikan 'mengacau' Yazid, Isma dan Akim daripada berpeluang meraih tempat yang kini menjadi milik mutlaknya itu.

Namun, gelaran naib juara AF7 yang dimenangi Aril itu tidak dipintanya, bahkan kemasukan semula ke AF7 juga bukanlah keputusan Aril sendiri.
Menurut Aril, kemasukannya semula dan kemenangannya pada final AF7 itu seperti rezeki baginya untuk meneruskan karier seninya.
"Bila saya diterima semula masuk ke dalam AF7, itu pun satu rezeki besar untuk saya dan sedikit pun saya tidak terfikir akan menang.
"Jangan salah faham. Saya bukan pengacau kawan-kawan saya yang lain untuk mendapat gelaran naib juara AF7 kerana bukan saya yang membuat keputusan itu dan bukan saya yang meminta.
"Bila orang kata saya pengacau, rasanya itu bukan saya. Tidak terdetik langsung mahu menggugat kedudukan mereka. Ini semua keputusan produksi Astro dan saya bersyukur dengan rezeki yang saya terima ini," tuturnya minta difahami.

Tambahnya, kemasukan AF Masuk itu juga bukan permintaannya.
Namun perasaan ingin menyertai semula masih ada seperti peserta-peserta lain.
"Perasaan saya memang bercampur aduk bila mendapat tahu bahawa penonton boleh mengundi peserta yang tersingkir untuk masuk semula ke AF7.
"Saya dah rasa duduk di luar akademi selama dua minggu dan impak positif dan negatif yang saya terima agak besar. Tapi bila saya dimasukkan semula, saya rasa seperti inilah peluang kedua saya untuk menunjukkan bakat yang ada dengan sebaik mungkin.
"Kemasukan saya juga kerana masyarakat yang mengundi dan menyokong saya. Saya berharap sangat semua pihak tidak menganggap diri ini sebagai pengacau," ulas Aril yang berazam menjadi ikon kepada para peminatnya.

Selain isu kontroversi impak kemasukan semula Aril ke final AF7, ada banyak kelemahan ketara pada konsert final AF kali ini.
Ia berikutan majoriti lagu-lagu yang dipersembahkan kali ini gagal mengangkat acara itu untuk wujud gah sebagai acara kemuncak AF7.
Paling malang apabila Yazid diberi tanggungjawab untuk mendendangkan lagu popular Dewa 19, Kasidah Cinta.
Benar, lagu-lagu yang didendangkan di pentas konsert AF bukan pilihan pelajar kerana ia dianggap sebagai cabaran untuk mereka mempersembahkannya mengikut cara masing-masing.

Namun, persoalan timbul adakah lagu dari genre broadway itu sudah pun dibuat susunan semula untuk disesuaikan dengan vokal Yazid?
Ini kerana vokal Yazid langsung tidak 'masuk' ke dalam lagu tersebut. Hal seperti ini tidak pernah berlaku dalam final AF sebelum ini.
Sepatutnya pada konsert final, pemilihan lagu perlu mengikut imej dan genre yang sesuai untuk pelajar-pelajarnya.
Persembahan kedua Yazid yang membawakan lagu barunya, Ya Papa juga tidak kena dengan vokalnya, cuma lagu itu lebih bertenaga dan ceria berbanding lagu pada persembahan pertamanya itu.

Nasib yang sama juga menimpa Isma apabila lagu Cinta Adam dan Hawa dendangannya dilihat seperti memberi tekanan kepadanya.
Juri tetap, Adlin Aman Ramli juga merasakan lagu itu kurang sesuai dengan Isma.
"Saya tidak nampak apa-apa istimewanya lagu ini untuk awak," komen Adlin terhadap persembahan Isma menerusi lagu popular Misha Omar itu.

Namun apa yang jelas, menyaksikan konsert akhir kelima-lima pelajar AF7 itu, kesimpulan yang boleh dibuat ialah persembahan mereka gagal mencapai tahap yang memberangsangkan seperti konsert akhir AF musim sebelum ini.
Masih banyak lagi yang perlu diasah dari segi vokal mereka lebih-lebih lagi, Aril dan Yazid.
Namun dari segi persembahan pentas pula, finalis AF7 terutamanya Aril dan Akim hampir mencapai tahap seorang penghibur.

Juara AF7, Hafiz sememangnya berjaya meyakinkan penonton bahawa persembahannya adalah yang terbaik pada malam itu.
Namun, persembahan Hafiz tidak sempurna seratus peratus kerana masih lagi ada kekurangannya.
Banyak yang masih perlu dipelajari Hafiz untuk menjadikan dirinya seorang penyanyi dan penghibur yang lebih baik di masa akan datang.

Bagaimanapun, persembahan Hafiz antara yang terbaik di antara kelima-lima pelajar yang bertanding pada konsert akhir AF7 yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil Sabtu lalu itu.
Dengan gelaran juara yang dimilikinya kini, tiada apa yang dapat difikirkan olehnya tentang masa depan karier seninya itu.
Hafiz memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada pihak Astro untuk merencanakan perjalanan seninya selepas ini.
"Terus terang, saya tidak tahu hala tuju saya selepas ini dan tidak tahu apa yang bakal berlaku terhadap saya di luar akademi nanti.
"Tetapi saya dah bersedia untuk menerima cabaran dunia hiburan walaupun tahu ia penuh dengan dugaan," akuinya.

Pelajar Diploma Pengurusan Hospitaliti dan Pelancongan di Kolej PTPL Sarawak itu memberitahu: "Apa yang penting selepas ini, saya akan berbincang semula dengan pihak Astro mengenai hasrat saya untuk menghabiskan pelajaran saya selama setahun. Bukan berhenti seketika, tetapi mahu menggerakkan pelajaran dan nyanyian pada masa yang sama.
"Ini kerana, sebelum ini saya sudah berjanji pada mama (panggilan untuk ibu Hafiz) yang saya mahu capai impian saya dalam AF, kemudian saya akan capaikan pula impian mama dalam pelajaran.
Bagaimanapun, Hafiz menegaskan dia bakal menukarkan kursus pengajiannya itu kepada jurusan muzik pula, memandangkan karier nyanyiannya kelihatan semakin cerah.

Dalam pada itu, biarpun AF7 pada tahun ini mendapat banyak kritikan mengenai transformasi yang dilakukan, namun graf peningkatan program realiti ini semakin tinggi berbanding musim lalu.
Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Khairul Mizan Shagul, perubahan yang dilakukan dalam AF7 ternyata mendapat sambutan positif daripada penonton dengan peningkatan undian sebanyak 45 peratus.
"Ini menunjukkan AF masih lagi relevan dan diterima ramai lebih-lebih lagi dengan perubahan yang dilakukan.
"Kejayaan transformasi yang dilakukan mungkin akan menjadi lebih baik untuk tahun akan datang dengan pengalaman yang berlaku tahun ini," katanya.

Selain Yazid atau Mohd. Yazid Kamal Ibrahim, 22, yang membawakan lagu Kasidah Cinta dan lagu baru, Ya Papa, pada konsert final AF7 itu, Hafiz atau Mohd. Hafiz Mohd. Suip, 19, mendendangkan lagu Anuar Zain, Kau Bunga Cintaku dan sebuah lagu baru, Masih Jelas.
Sementara Akim atau Afiq Hakim Ahmad, 18, mempersembahkan lagu popular Faizal Tahir, Bencinta, dan lagu baru berjudul, Bengang.
Selain lagu Kasih Tak Sampai, Aril atau Khairil Azam Pilus, 24, pula turut menyampaikan lagu baru, Toksik.
Isma atau Ismaliza Ismail, 30, menyanyikan lagi Cinta Adam dan Hawa dan lagu baru, Bisikan... Godaan.


My Notes:-
satu ulasan yang pada aku hampir lengkap mengenaI konsert final AF...
dan juga hampir tepat setiap ulasan yang diberi mengenai setiap pelajar...
ariL memaNg perlU belajar lebih banYak tentaNg vokaLnya...dan pada masa yang sama memaNtapkan lagi persembahannya...elemen-elemen yang perlu disuntik di dalam persembahannya perlulah diberi kelainan supaya orang tidak akan jemu...kena contoHi cara paKnil...walaupun bidang mungkin tidak sama, tapi pakniL sentiasa memberi sentuhan baru dalam setiap perkara yang dibuatnya...sebab itu dia masih diminati ramai sehingga kini....

peratusan unDi...

ok, just nak share sikit pasal peratusan undi sebelum dan selepas konsert AF...

Kedudukan undian sebelum konsert bermula:-

PELAJAR PERATUSAN (%)

HAFIZ 44
ARIL 22
YAZID 15
AKIM 13
ISMA 6

Kedudukan undian selepas undian ditutup:-

HAFIZ 46
ARIL 22
AKIM 18
YAZID 9
ISMA 5


aril tetap maintain jer...tapi hafiz meningkat...begitu juga akim...yazid dan isma plak menurun...
pada aku, semua persembahan malam final tu memang best...
masing-masing ada kekuatan tersendiri...

just to make myself clear, walaupuN aku sokong ariL, tapi itu tidak bermakna aku tak sokong pelajar lain...
hafiz and akim are also my choice...
cuma, aku lebih suka nak bercerita pasal ariL...
kan itu lebih baik...berceriTa tentang seseorang yang kita minat/suka daripada mengutuk/mengata orang lain...
aku taknak jadi seperti sesetengah fan pelajar lain, yang sokong pelajar lain selain aril and then at the same time kutuk aril jugak...

AF memang telah berakhir but A.R.I.L. is just the beginning...
and i wiLL not stoP story about him...
akan terus menyoKongnya...forever...
he needs our support...