Thursday, November 27, 2008

my dear frieNds...






huhu...

sebenarnya fikiran aku agak blur-blur minggu nie...

macam-macam perkara berlaku this week...

dengan instrument aku kat lab nie yang tak ok, takde mood jadinya nak buat apa-apa keje pon...

but, this post are specially dedicated to all my friends...

thank u for all ur friendship...

i loVe u so muCh...

i miss him a lot...

lama tak pegi outing sama-sama...

insyaAllah, next week dapat jumpa my tunang tersayang...

biLa diri disayaNgi...

Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentara
Bermulanya siang berakhir malam ku
Tak akan ku jemu menyebut namamu

Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan
Kasih merubah takdir

Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namamu, terasa diriku
Kembali dipandu

Engkau pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang mu
Ku berserah diri


ok kawan-kawan yang setia mengikuti blog ini, just nak tanya pendapat or mendengar ulasan korang...
apa yang korang bleh tafsirkan tentang kata-kata di atas...?
let me know ok... thank u...

Friday, November 21, 2008

taNpa...

Resah yang kuUbah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti
Meski
Pagi itu menatapi
Akan sunyi tanpamu
Menemani aku sepi

Tanpa..
Cintamu aku resah
Tanpa..
Kasihmu aku hampa
Tanpa..
Dirimu aku mati

Kini benar-benarku rasakan
Dalam benuk hatiku tanpamu
Ku tak mengerti
Takut
Takut jauh dari dirimu
Kan kau tinggalkan aku sendiri
Tanpamu ku mati...
Resah yang kuUbah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti
sebenarnya ini petikan lirik lagu Tanpa - 6ixth Sense...
asalnya aku suka irama lagu nie jer...
lama-kelamaan bila aku hayati liriknya, ada meninggalkan kesan dalam diri nie...
baru sekarang aku akui, bila dah bertunang nie, perasaannya lain...
perasaan tu semakin bertambah kuat...
setiap kali tengok cincin di jari, rasa ada satu perasaan yang susah nak diterjemahkan...
now i know how ellen feels..
sekarang nie, ada rasa banyak perasaan yang nak diluahkan...
tapi, i'm lost...tak tahu apa nak tulis...
sekarang ni pon aku lebih jadi mudah sensitif...
maksud aku, bukan sensitif nak merajuk...
but, perasaan aku akan mudah tersentuh...
if terlalu rindu, aku akan lebih mudah mengalirkan airmata...
kalau ada masalah pun, akan mudah jugak mengalirkan airmata...
ntahLah...kekadang rasa pelik dengan diri sendiri...
mudah-mudahan aku akan lebih tabah dan kuat dalam menghadapi semua dugaan...
insyaAllah...

Wednesday, November 19, 2008

engagemeNt - parT two

ok, sekarang barulah kita leh crite serba sedikit pasal majlis nie...
majlis pertunangan aku sederhana ajer... dilangsungkan pada 9 November 2008 yang lepas...
alhamdulillah, semuanya berjalan lancar...
nerves pon dah hilang [taqeem, mmg nervez pon masa dh nak hampir majlis tu...lagi nerves masa sarung cincin]
majlis bermula jam 3.00 ptg...nama tunang aku, Mohd Filanee...mereka sekeluarga bertolak dari batu pahat thari pukul 12...

gambar di sebelah atas nie, sewaktu majlis dah nak habis...tukar barang hantaran...lelaki bercermin mata yang nampak rock je tu, abaH fila...gambar sebelah bawah plak, keluarga sebelah pihak lelaki...yang di tengah-tengah berbaju coklat merah tu, mak fila...

so, inilah dia insan kesayangan eilda, mohd filanee...nampak comel jer tak dua manusia nie? hehehe...


gambar di sebelah atas adalah makcik-makcik aku sebelah family ayah...
yang gambar sebelah bawah plak, makcik dan sepupu dari family mak...makcik aku yang tudung kaler purple grey tu lah yang bertanggungjawab mengenalkan aku dengan fila...

dapat juga gambar dengan mak aku...ayah aku ajer aku tak sempat nak bergambar...tak nampak dia di mana...sibuk melayan tetamu agaknya...

posing jap dengan barang-barang hantaran dari pihak lelaki...
bila aku tgk balik gambar nie, tgk balik muka sendiri, betul ker aku nie??
hehehe...lain bebenor...hahaha...


up - wif y beloved friends...sebelah aku syana [thanks for the lovely cukcake], yana [my fren sejak umur kiteorg 8 tahun] & laila [my matrix,uni&ex-officemate fren]...
below - sebelah fila tu, embah aku [atok sebelah ayah] dan sebelah aku wan [atok sebelah mak]...
walaupun dieorang nie tak larat nak jalan, but for this lovely cucu, dieorg sanggup datang jugak...embah aku siap interview fila lagie...nampak cam suka jer kat fila...siap sebelum embah balik kampung, pesan kat aku bawak fila singgah kampung...hehehe...ada-ada ajer embah aku nie...
majlis tamat pukul 5.00 ptg lebih kurang...orang ramai dah mula beredar balik...aku yang dah mula rimas dengan selendang-selendang tu, telah mula menanggalkan selendangnya dan juga bulu mata gajah [hahaha...peliknya rasa pakai bulu mata camtu]...
bila dah bukak all the selendang, pakai tudung cam biasa, barulah rasa nak gerak tu bebas sikit...
memanglah aku nie tak ayu langsung...hahaha...
nak dijadikan cerita, that day for the 1st time, fila bawak keta dia yang accident dulu tu...baru malam sebelumnya dia dapat keta tu dari workshop...setelah hampir 3 bulan tersadai di workshop...abah dia suruh bawak jer keta tu eventhough tak tahu camna condition kereta tu...Allah SWT tu nak selamatkan lagi perjalanan fila sekeluarga...dari melaka ke batu pahat, then batu pahat ke JB, kereta tu ok...bila ptg tu family fila nak balik melaka, keta tu dah start buat hal...
bagi mengelakkan perkara tak diingini berlaku, aku bagi fila bawak kereta aku balik melaka...kereta dia tinggal di JB untuk betulkan esoknya..nak betulkan ari ahad tu, manalah ada bengkel bukak...kenalah tunggu isnin...so, my JJG balik melaka...dia punya MBF dok kat jb...ari selasa on the way nak balik bangi, barulah hantar keta tu semula ke melaka ditemani oleh JCM [keta ayah aku]...
hehee...syok pulak sebut no plat keta nie...teringat masa kat halal dulu...tak hafal no keta, hafal huruf jer...AEN, AGH, NBN, MBL, WKT, BHW, JJX, PUTRAJAYA, WQN, WQV...hehehe...
so, secara keseluruhannya alhamdulilah berjalan lancar...
thanks for all the friends yang wish me tahniah...
and thanks also for all ur doa semua...
p/s : acah tak lama jer lagi...ida, ko tunang ngan kawin sekali eh...hehehe...

enGagemenT - Part One

ok, apa kata kita start dgn gambar barang-barang hantaran dulu eh...

yang kaler pink adalah hantaran dari pihak aku kepada pihak lelaki...

yang kaler coklat gold tu, hantaran dari pihak lelaki kepada aku...

pihak lelaki hantar 11 dulang, aku balas 15 dulang...

enjoy the piCture ok...








-buah-telekung-telur-bekas cincin-potpouri-kuih-tuala-sireh junjung-coklat-kain-sejadah-







-potpouri-sejadah-cupcake-kek-jeruk asam-bunga junjung/sireh junjung-buah-kek lapis-kain sampin-baju melayu-coklat-kain pelekat-tuala-alat solek-