Sunday, October 18, 2009

adakah dia benar-benar berubah...?

hmmm...
terbaca berita ini di mstar online...

Jumaat Oktober 16, 2009
"Maafkan saya..." - Azwan
Oleh ZIEMAN

HATI palingan Tuhan. Tidak ada siapa yang boleh menjangka bila hati kita akan berubah dari rasa benci kepada suka dan sebaliknya. Mungkin hari ini marah, terhambur segala kata kesat dan nista tapi bila padam api amarah, kita akan fikir balik apa yang sudah dilafazkan.

Dan personaliti popular TV Azwan Ali tidak terkecuali membuat kekhilafan seperti itu. Dalam nada yang tenang, selebriti yang selalu dilabel sebagai 'silaser Azwan' ini, jelas sudah jauh berubah.

Untuk pertama kalinya, Azwan terbuka hati menghulurkan tangan, memohon maaf kepada mereka yang pernah terluka dengan kata-kata kesat dan perbuatannya yang menyinggung perasaan 'musuh-musuh'nya selama ini.

"Saya bukan lagi Azwan Ali yang dulu. Saya dapat azam baru setelah kembali dari menunaikan umrah. Di kesempatan ini, saya ingin menghulurkan jari sepuluh memohon maaf kepada semua 'musuh-musuh' saya.

"Pada mereka-mereka yang pernah tersinggung perasaan mereka dengan kata-kata kesat saya.Mulai sekarang, tidak ada lagi kata-kata nista dan kesat dari Azwan Ali. Bukan saja dalam blog tetapi juga dalam perbualan harian saya. Tak percaya, bacalah posting terbaru saya dalam silaserazwanali.blogspot.com.

"Sebenarnya itulah doa yang saya mohon depan Kaabah agar diberikan peluang dan ruang bagi wujudkan kedamaian antara saya dan musuh-musuh saya. Tidak ada ada lagi dendam kesumat. Apa yang sudah berlaku biarlah berlalu. Saya tidak mahu diungkit lagi cerita-cerita lama," jelas Azwan yang menunaikan umrah selama 3 minggu bersama-sama rakan media Abie Abdullah, Mama Juwie dan aktres veteran Fauziah Nawi pada bulan Ramadan baru ini.

Bagi Azwan, nikmat dan rahmat yang diterimanya di tanah suci begitu menginsafkan hingga tidak terucap dengan kata-kata. Yang lebih mengharukannya, Azwan bukan saja tampil lebih tenang dan damai dengan cahaya keimanan di wajahnya, apa yang dipohon terus termakbul sebaik dia kembali ke tanah air.

"Saya tidak mahu ulas apa yang terjadi. Cukuplah saya katakan, semua doa saya perlahan-lahan dikabulkanNya. Begitu juga saya minta agar Tuhan bukakan pintu kemaafan buat saya dan sebaliknya," jelas Azwan yang begitu popular dengan rancangan Cit Cat Azwan dan Amboi, Amboi, Amboi.

Jelasnya lagi, "Biarlah saya yang merintis jalan ini dulu. Let me make the first move. Kalau saya terjumpa dengan 'musuh-musuh' saya selepas ini, saya akan hulurkan tangan dahulu. Selebihnya terpulanglah. Itu azam saya. Mudah-mudahan tuhan akan perkenankan."

Secara jujur, Azwan mengaku yang bukan senang untuk melalui fasa baru ini, tambahan pula memohon maaf kepada mereka yang pernah memusuhinya.

"Saya sedang cuba untuk berubah. Ianya bukan satu proses yang senang. Saya harap masyarakat di luar sana akan faham keadaan saya," katanya tanpa berselindung.

Jelasnya lagi, "Saya akui dengan rasa rendah hati yang I was a nasty person at one time tetapi semuanya kerana ada provokasi. Tuhan tahu semua itu....tapi itu cerita lama. Sekarang, kalau ada sesiapa yang maki saya, hina saya, saya akan cakap...Alhamdulillah tanpa ada rasa dendam walau sekelumitpun."

Bukan saja keinsafan itu datang dari tutur kata dan perbuatan Azwan, malah ianya akan meliputi hasil kerjanya juga. Tidak ada lagi Cit Cat Azwan atau Amboi Amboi Amboi selepas. Dua program ini sudah menemui titik nokhtah sejurus Azwan balik dari Umrah.

Hati selebriti yang pernah diselubungi kontroversi ini bagai tertutup untuk menyambung program-program ini.

"No more Cit Cat or Amboi Amboi Amboi. Saya sudah hentikan kedua program ini. Cukuplah 15 tahun program gosip macam tu.

"Saya cuba dengan cara saya untuk menegakkan kebenaran dan meletakkan diri saya sebagai 'mangsa' dalam dua program tersebut.

"Saya explore karektor dengan 'menjaga tepi kain orang'. Cukup cukuplah....," jelasnya dengan nada yang terputus-putus seperti tidak mahu lagi mengingati kegemilangan dua hasil tangannya itu.

Allah telah memberi inspirasi baru pada Azwan dan kini sudah ada beberapa konsep program yang lebih segar sedang bermain di dalam benaknya.

"Kalau ada pihak stesen TV yang sudi bekerjasama dan ingin memberi peluang kepada saya, saya alu-alukan kerana saya ada banyak idea baru.

"Keperibadian saya yang baru tidak mengizinkan saya meneruskan idea program seperti Cit Cat Azwan.

"Biarlah ianya berlalu dan saya pun tidak mahu lagi kenangkan benda yang lepas," ujar personaliti berusia 43 tahun, yang melonjak namanya di awal kemunculannya di program Muzik, Muzik TV3.

Salah satu program yang sudah diilhamkannya ialah AOA (dari singkatan Azwan, Ogy Ahmad Daud dan Aznil Nawawi).

"Saya sudah lama idamkan gandingan dengan dua selebriti ini sejak kemunculan pertama kami waktu Juara Lagu 1993.

"Saya tahu kedua-dua mereka sudah lama memaafkan saya dan saya sudahpun memberi hint kepada Ogy dan Aznil tentang program ini. Tengoklah kalau ada rezeki, saya akan terbitkan program ini,"jelas Azwan yang turut melayangkan jemputan kepada warga mStar untuk jamuan Hari Raya di Taman Andaman, Ukay Perdana, Kuala Lumpur pada hari Isnin (19 Oktober) ini.

Bagi Azwan, gandingan AOA adalah sesuatu yang istimewa.

"Saya rasa kami bertiga perlu lakukan sesuatu bersama-sama sebelum we say goodbye. Saya harap program ini akan jadi kenyataan," kata Azwan yang tidak putus-putus memanjatkan kesyukuran kerana dipermudahkan perjalanannya membuat ibadah kali ini.

Sebelum mengakhiri perbualan petang itu, Azwan sempat berpesan sekali lagi, "kalau masih ada hati yang terluka dan tidak mahu menerima maaf dari saya, terpulanglah. I reserve my comments."

"Saya sudah tidak ada dendam dan marah lagi.....ramai yang kata saya sudah kembali kepada Azwan Ali yang lama, imej saya sewaktu Muzik-Muzik dulu. Alhamdulillah. Saya harap Tuhan akan tetapkan hati saya dan kekalkan saya dalam keadaan begini....," kata Azwan.

Azwan Ali dilahirkan pada 13 Februari 1966. Dia dibesarkan di Kampung Gate Baru, Setapak, Kuala Lumpur dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Malaya pada tahun 1991.

kemudian, terbaca this line dalam salah satu post di blog azwan ali...

YANG PENTING??? SELENDANG HIJAU LUMUT YANG AZWAN ALI POSE KAN DI SERATA BUMI MEKAH AL MUQARAMAH NI.....ADALAH PEMBERIAN ISTIMEWA???
HA.....HAJI AZNIL HJ NAWAWI....PENGACARA NO 1 MALAYSIA......

TQ TQ TQ LAH PAK HAJI NIL............SESUNGGUHNYA.....SELENDANG PEMBERIAN PAK HAJI NIL NI.....TELAH MENYEMARAK KAN SEMANGAT 'AZWAN ALI' UNTUK MEMBUAT UMRAH DENGAN BAIK !!!!

SAPA SANGKA KAN??? PAK HAJI NIL.....SANGGUP BERGEGAS KE AIRPORT SEMATA MATA UNTUK SERAH KAN SELENDANG TANDA INGATAN......DENGAN IRINGAN 1001 DOA RESTU UNTUK SEORANG KAWAN BERNAMA 'AZWAN ALI ' !!!

AZNIL OH AZNIL......KO TETAP SAHABAT KU YANG SUNGGUH MULIA !!!! MOGA ALLAH SWT TERUS MELIMPAHI REZEKI BERGANDA GANDA BUAT INSAN INSAN MULIA MACAM AZNIL !!!!! AMINNNNNNNN................

agak-agaknya, benarkah azwan ali dah benar-benar berubah...?
aku masih ingat lagi zaman dia popular sama macam paknil...dia ok walaupun mulut laser...
tapi, sejak akhir-akhir nie...pada aku, dia sangat dahsyat...
kalau baca blog dia pon, MASYAALLAH! mcm nie ker azwan ali...? perkataan 'anjing' tak pernah lekang...
pastu suka sangat dengki dengan paknil...
tentang berapa ramai pengunjung di blog pon jadi isu...mcm tak puas hati jer yang paknil tu pengacara no 1 Malaysia...
memanglah pengunjung blog azwan ali lebih ramai dari paknil, tapi belum tahu yang pegi blog dia tu benar-benar menyokong dia...

harap-harapnya azwan ali tu benar-benarlah berubah....
and stop dengki dengan paknil!

Monday, October 05, 2009

pukuL 3 pagi...huhu...

malam nie, jam 3.30 pagi... (dah kira pagi lah tu kan, hehehe)...


aku akan bertolak ke sg buloh...drive sorang2 ok...
ada kursus 2 hari kat mkak sg buloh...
malas nak pegi naik flight or bus...baik drive sendiri...


ntah kenapa, aku rasa mcm nak drive pepagi buta...
terus ke sg buloh...
memang gamble lah, tapi best jugak adventure mcm tu...


insyaAllah, semuanya akan selamat...


arini lepas maghrib jer, kena pulun tido sesungguh...hehehe...
kalau tak cukup tido karang, naya plak...
nie pun dah pukul 6 ptg...
nak mandi, solat, gosok baju, pastu leh standby tido lepas maghrib...hehehe


kat astro ria sekrg, tengah ulang jangan lupa lirik musim pertama...maknanya tahun lepas...
lain benor pesen rambut paknil...hehehe...
arini paknil dan pakdin dah ke udara di radio untuk riuh pagi era...
dah 2 minggu tak dengar suara paknil...rindu gila kat paknil...
bila dengar suara dia pagi nie, rasa happy sangat...
semangat jer nak buat keje pagi tadi...
aku dah memang 'addicted' dengan paknil...more to suara paknil pon ya...
tengok dia di tv pun ya...
kalau dulu, ada rancangan kring kring, boleh tengok dia live...
sekrg, susah nak tgk paknil live...
tapi, dapat dengar suara dia live tu pun dah mencukupi menceriakan hari...


ok, stop here dulu...
nak bersiram...hehehe

Tuesday, September 29, 2009

MenaTap MaTaMu...

Daisypath Wedding tickers



Sungguh indahnya hari berlalu
Menunggu kasih tambatan hati
Ingin rasanya selalu berbagi
Bersamanya kala suatu nanti

Andainya kau jadi milikku
Selaluku nyanyikan lagu rindu
Andaikan kau dan aku bersatu
Dunia ini berseri selalu

Kuingin dirimu dekat dihatiku
Berdua kita kan raih bahagia
Kuingin dirimu turut merasa
Rasa rindu untuk menatap matamu
Menatap matamu

Bagaikan bintang nun jauh di sana
Terangi malam yang semakin gelap
Jika kau sudi menemaniku
Takkanku lepas walau sedetik pun



AriL, thaNks for the very very lovelY song...
nielah lagu single terbaru AriL AF7 untuk drama Kau&Aku yang akan ditayangkan tak lama lagi di Astro Ria...

Khas untuk my most beloved fiancee...
"Berdebar rasanya menunggu detik yang tak lama jer lagi...harap semuanya akan berjalan dengan lancar dan segala urusan diberkati oleh Allah SWT"

Monday, September 28, 2009

SELAMAT HARI RAYA


selamat hari raya diucapkan buat kawan-kawan dan pengunjung blog ini...

kalau tengok tarikh terakhir blog ini, hampir 2 bulan jugak tak update blog nie...
bukan malas, tapi memang terlalu banyak peristiwa yang berlaku sehinggakan tidak mempunyai masa yang benar-benar bernilai untuk update blog nie...
yang pastinya, aku sekarang dah berada di JB...bekerja di JB...
alhamdulillah, semua ini sebenarnya jika dinilai semula adalah berkat doa kedua ibu-bapa aku yang tak henti-henti berdoa agar aku dapat bekerja di JB...
bukanlah kata nak duduk bawah ketiak mak, tapi untuk masa akan datang, ada baiknya aku duduk kat jb nie...
tambahan lagi, aku anak tunggal kan...bukannya ada adik-beradik yang lain...siapa lagi nak tengok-tengokkan mak dan ayah aku...
tambahan lagi, insyaAllah...jika diizinkan Allah, bulan 11 nie nak tamatkan zaman bujang...
huishh! macam tak caya pun ada...boleh ker aku nie jadi bini orang...? hahahaha...
so, bila sekarang nie aku dah duduk kat jb, senang sikit persiapan nak dibuat...
kalau tak, kesian mak aku nak kena fikir dan buat sorang-sorang...
lagi satu sebab, kenapa aku nak duduk jb...
kemungkinan besar, lepas aku kahwin, kena PJJ (Perhubungan Jarak Jauh) dengan suami...
kalau aku masih lagi di bangi, mau tension gak gamaknya...
sekurang-kurangnya, kalau aku duduk kat jb nie, dengan mak ayah aku, taklah stress sangat...
kalau ikutkan, mungkin hampir setahun jugak kena PJJ, tapi kalau ada rezeki, harap-harapnya dapatlah Fila bertukar ke JB...
seronoknya dapat berpuasa di jb...
setelah hampir 3 tahun meninggalkan jb, balik semula ke jb, duduk di rumah yang sama waktu zaman aku sekolah dulu, memang best...
tak pernah sangka, aku dapat tukar ke MKA JB di mana aku selalu lalu bila setiap kali aku nak pegi angsana kalau balik jb...
alhamdulillah...syukur yang tak terhingga...
raya...
kalau aku tengok kat facebook, boleh dikatakan ramai jugak kawan-kawan aku dah upload gambar raya 2009...
tapi, aku...?
satu gambar pon tak amik raya nie...
entahlah eh...tahun nie takde semangat sangat nak raya...
takde mood nak amik gambar-gambar nie semua...
banyak hal yang tak best berlaku dalam family besar, so raya pon terasa kesannya...
tambahan lagi, arwah embah (nenek) aku dah takde...
lagilah raya tahun ini tidak sama seperti tahun-tahun dulu...
walaupun best aku dapat tukar ke jb nie, but sedikit sebanyak sekrg aku dapat rasa...
makin jauh dengan kawan-kawan sekerja dulu...
di jakim, di klang...
aku dapat rasakan....
maklumlah, bila dah jauh nie, tetap akan rasa kesannya...
walaupun jauh di sudut hati, aku percaya kawan-kawan tak pernah lupakan aku, tapi hakikat yang kena diterima, perhubungan itu semakin jauh....
walau apa pun, aku tetap kuatkan semangat...
cuba berfikir dengan positif...
di kesempatan yang saya ada ini, walaupun dah agak terlambat...
saya ingin memohon ampun dan maaf andai selama perkenalan dan persahabatan kita, adalah kiranya saya tersalah kata, terkasar bahasa, terburuk tingkah laku dan sebagainya...
halalkan andai ada makan minum yang secara tidak sengaja terlupa bayar...
jika ada hutang yang perlu saya langsaikan, beritahulah ya..
diharapkan persahabatan yang terjalin akan kekal sampai bila-bila...
jaga diri anda semua baik-baik di lebaran ini...

Monday, July 13, 2009

Macam-Macam Aznil....




berpeluang menonton rakaman MMA di Wisma Ali Bawal, PJ adalah satu pengalaman manis yang tidak dapat dilupakan...

sebenarnya, aku dah berniat dari tahun lepas lagi nak menonton rakaman MMA nie..
bila aku terbaCa rakaman nie sedang berlangsung, aku tak fikir panjang...
terus jer menuju ke tempat rakaman...

1st time ikut rakaman astro adalah pengalaman yang baru buat aku...
dalam fikiran aku waktu tu..."ooo, macam nie rupanya time rakaman..."
best jugak, tapi penat jugak jadi penonton nie...
bukan penat apa...
untuk rakaman nie, kena banyak bertepuk, banyak gelak pon ya hehehe, kena banyak senyum dan banyak gak bersorak...hehehe...

dapatlah aku ikut 4 episod rakaman...
2 episod pada selasa, 7/7 dan khamis 9/7...
rakaman bermula jam 2.00 petang dan habis jam 7.30 mlm...
bayangkan...hampir 5 jam di sana...mana tak penat...
tapi, pakNil mesti lagie penat mengacarakan episod rakaman sebanyak 26 episod...

MMA yang terbaru nie memang konsepnya lain dari yang sebelum2 nie...
sangat lain...berbeza...
menarik juga...tapi pada aku, aku lebih prefer yang lama-lama...lagi happening...
yang baru nie happening jugak, tapi yang lama lebih happening...

antara pengalaman manis di sepanjang aku di situ:
1- dapat tengok paknil dengan lebih dekat buat kali ke-2 selepas aku pernah berjumpa beliau di Jusco Bukit Tinggi suatu ketika dulu...time kat JJ tu, paknil lebih sempoi...tapi, untuk rakaman MMA nie, pakniL lebih nampak kemas dan smart...tak nampak pun paknil dimakan usia walaupun di penghujung 40-an...attidude paknil, tetap mcm dulu...tidak sombong...kalau kita senyum atau tegur dia, pasti dia akan membalas teguran & senyuman tersebut...

2- dapat juga tengok artis-artis jemputan MMA lebih dekat...antara artis yang ada, ezlyn, ning baizura, awie, jaclyn victor, que haidar dan lain-lain...ada jugak tu, sewaktu aku berada di lobi astro, dapat bersalaman dengan watie elite dan bob mesra...mereka memang tidak sombong...mcm watie elite, nampak jer muka sombong tapi tidak...

3- penari MMA, Ahmad Kassan juga seorang yang tidak sombong...mesra dan mudah tersenyum...tegurlah dia, pasti dia akan membalas teguran anda dengan senyuman walaupun boleh nampak dia sangat penat...

4- krew2 produksi yang bertugas pon banyak membantu bila kita perlukan pertolongan...walaupun kadang-kadang nampak mereka tegas/garang, tapi mereka hanya menjalankan tugas...kalau kita beri kerjasama dengan baik, pasti mereka tidak akan marah...bila aku bertanya dengan mereka cara baik, mereka akan membalas dengan baik...ada juga nampak mereka marah2, tapi itupun pada aku sebab penonton yang hadir tidak memberikan kerjasama pada krew2 terbabit...

itulah antara pengalaman-pengalaman manis yang aku alami sepanjang 2 hari berada di rakaman MMA...
walaupun badan terasa penat, balik jer dari PJ, mesti merempuh jam, tapi aku rasa berbaloi...

bukan nak kejar glamor sebab dapat masuk TV ker, tapi pegi MMA pon sebab nak rasa suasana bagaimana rakaman MMA tu berlangsung...
nak rasa kemeriahan, kekecohan dan bila lagu Macam-Macam Aznil dimainkan, auranya memang best...
dapat lambai-lambai tangan trademark MMA tu pon rasa feel lain bila kita berada di studio...
kesimpulaNNya, memanG BEST!!
aku really enjoy my days kat situ...

cenderaHati ariL...




first time menjejakkan kaki ke The Pavillion, KL...
wah! nie tempat untuk orang-orang kaya jer nie...hehehe...
tapi, tempat nie macam aman sikit nak berjalan-jalan..sebab tak ramai orang..
tempatnya pada aku cantik, nampak eksklusif...cuma besar sangat plak...penat nak pusing-pusing...dari satu kedai nak ke satu kedai...
yang paling best, tempat makannya...uishh! meriahnya tempat makan dia...
macam-macam makanan jual...
orang pon ramai...mcm best jer tengok suasana tu...hehehe..
pastu yang paling best sekali, kat sinielah aku dapat beli dvd cite Initial D...
mak aiii! lama dah aku cari vcd ker, dvd ker, cite initial D tu...akhirnya, di pavilion nie lah baru jumpa...
shioKKk!! hehehe...
sebenaRnya tujuan aku ke sinie nak beli cenderahati aril...
gambar yang ke-tiga tu lah Auntie Lin dan anak-anaknya...kalau tak silap aku, yang pakai tudung tu nama yana, yang lagi sorang nama wani...
Auntie Lin nie boleh dikategorikan sebagai antaRa penyokong terbesar ariL...
she's very sporting...and also very friendly....anak-anak dia pon friendly dan tak sombong...
best jugak borak-borak dengan auntie lin...hampir 2 jam jugak duduk kat coffee bean tu...hehehe...
semuaNya bercerita pasal aril...sronok gak rasa dapat bersembang dan berkonsgi cerita dengan orang yang sama-sama tahu pasal ariL...dan yang penting faham kenapa kita minat ariL...
thanks auntie Lin for the time that you spent for me...
itulaH antara kenaNgan manis aku yang akan aku ingat sampai bila-bila... =)