Friday, April 02, 2010

kemeriahan pagi yang tidak akan sama...


gandingan yang sukar dicari ganti...

bermula Riuh Pagi Era (RPE) seawal Jan 2009...
masa tu, tak pasti lagi sama ada gandingan mereka dapat menaikkan rating Era waktu itu yang kian menurun...

1st time dengar RPE, "eh, lain lah cara dieorg kendalikan rncgn pagi nie...mcm best jerk layan"...
masa tu, aku masih lagi keje di selangor...
perjalanan antara bangi ke klang setiap pagi memakan masa lebih kurg 1 1/2 jam...boring kan...
so, siapa lah yang jadi peneman setia?
dah tentulah PAKNIL & PAKDIN....
memang pecah perut gelak...senyum sorang2...gelak sorang2 dlm kereta...
tak kiralah kereta2 sebelah nak cakap apa...yg penting pagi aku memang sangat terhibur...

sehari tak dengar RPE, terasa macam ada sesuatu yang kurang...
mcm tak lengkap jer hari tu...

RPE penuh dengan segmen2 menarik...
ada bahasa da'era, berita cara kami, cari tempat2 sarapan yang menarik, drama sebabak, merisik khabar, teka bunyi, jangan lupa lirik versi radio, detektif era, yang terbaru sawancara...
pelbagai topik dibincangkan...topik yang RPE utarakan setiap pagi adalah topic2 yang jarang radio lain buat...
ada sekali aku ingat, dieorang buat siaran pagi tu guna style dulu2...zaman 80an..hehehe...cakap sikit pastu selang2 dgn lagu...sampai paknil kata, "penatlah din..hehehe"

lama-lama, RPE menjadi bualan ramai...
rating naik...
aku pun dah jadi pendengar setia RPE...asalnya aku dengar hotfm...
tapi, bila RPE lebih best, terus dengar era jer sekrg nie...

sekarang...
bila Din Beramboi dah tiada, pagi pasti tak riuh seperti dulu...
yang tinggal hanya kenangan2 drama sebabak beliau dan sawancara...
tak jemu dengar drama sebabak dan sawancara walaupun diulang2...
ada yang kelakarnya jadi, ada gak yang tak berapa kelakar...
tapi, lebih banyak yang kelakar sebenarnya...

kawan-kawan,
sorry yer kalau post aku nie banyak pasal Din Beramboi...
tapi, baik Din Beramboi mahupun Pak Nil, aku dah anggap dieorg mcm ahli keluarga dan sebahagian dari hidup aku...
so, bila allahyarham Din Beramboi meninggal dunia, rasa terkejut, tak percaya masih lagi bersisa dalam hati...
mengubah mood menjadi tak ceria, tak tenteram, tak seronok...

walau apa pun, sebagai seorang Muslim, kita kena redha dengan ketentuan yang telah ditentukan olehNya...
jangan lupa sedekahkan Al-Fatihah buat beliau...
semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan org-org yang beriman...

harap aku juga akan jadi lebih tabah...

Al-Fatihah....buat Allahyarham Din Beramboi..

Din Beramboi meninggal dunia

KUALA LUMPUR 2 April - Pelawak popular dan penyampai radio Era, Mior Ahmad Fuad Mior Badri meninggal dunia di Hospital Selayang, lewat malam tadi.
Allahyarham yang dikenali sebagai Din Beramboi menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) pukul 12.30 malam.
Menurut adik Allahyarham, Rozana Mior Badri, semua ahli keluarga berada di sisi Allahyarham kecuali ayahnya yang tidak dapat hadir.
Katanya, Allahyarham meninggal dunia akibat demam denggi berdarah yang menyebabkan beberapa organ badannya gagal berfungsi.
‘‘Jenazah abang saya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ehsan, Kepong di sini sebelum solat Jumaat,’’ katanya ketika ditemui di hospital itu, malam ini. - Utusan


Din Beramboi Meninggal Dunia
KUALA LUMPUR: Pelawak dan penyampai radio popular Din Beramboi atau nama sebenar Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 44, disahkan meninggal dunia sekitar pukul 12.35 malam tadi di Hospital Selayang.

Kematian Allahyarham disahkan oleh Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani yang dihubungi oleh mStar Online.

Ketika diminta untuk mengulas mengenai berita sedih itu, Nizam bagaimanapun masih belum bersedia memberikan sebarang komen kerana masih terkejut. Pihak keluarga dan rakan terdekat Allahyarham juga gagal dihubungi.

Din yang dimasukkan ke Wad Rawatan Rapi (ICU) kerana mengidap Dengue Shock Syndrome sudah berada dalam keadaan kritikal sejak petang semalam. Allahyarham dimasukkan ke hospital pada petang Isnin lalu selepas mengalami demam yang mempunyai tanda-tanda denggi
.


Pelawak Din Beramboi Meninggal Dunia!
KUALA LUMPUR, 2 APRIL 2010: Setelah hampir sejam bertarung nyawa, pelawak dan penyampai radio Era FM, Din Beramboi telah kembali ke rahmatullah kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi.

Allahyarham Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 44, sebelum ini dimasukan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Selayang kerana disyaki menghidap kejutan denggi berdarah pada 29 Mac 2010.

Pemergian arwah telah disahkan oleh adik iparnya, Shariffudin Che Man, 37, yang mengumumkan kematian arwah sejurus selepas beliau keluar dari wad ICU.

Turut berada disamping arwah ketika pemergiannya ialah ahli keluarga serta tiga orang rakan artis iaitu Azwan Ali, Zul Yahya dan Ifa Raziah.

Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumah keluarga isterinya, di Taman Ehsan, Kepong sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Frim, sebelum solat Jumaat.

Allahyarham meninggalkan seorang balu Suhaini Che Man dan 3 orang anak Nil Aina,17, Mior Syafiq Aridhuan,12 dan Nir Ain.

Warga murai.com.my mengucapkan takziah di atas pemergian Allahyarham dan semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Al-Fatihah


3 keratan berita aku paparkan kat sini...
yang pertama dari utusan, yang kedua dari mstar online dan berita akhir sekali dari murai.com...

aku masih lagi macam tak percaya din beramboi telah pergi buat selama-lamanya...
malam tadi, aku tak berani nak buka radio...sejak semlm, satu hari mendengar pak din kritikal..pagi nie baru bukak radio, dengar dina kata salam takziah buat keluarga allahyarham din beramboi...
innalillahiwainnailahirajiun...

tak sangka begitu cepat pak din meninggalkan keluarganya dan kami2 semua peminatnya...

berita yang agak tidak mahu didengar itu akhirnya menjadi kenyataan...

ternyata Allah SWT lebih menyayangi beliau...
sebagaimana kita semua sangat menyayanginya, Allah SWT itu lebih lah menyayangi umatnya...
hanya Dia sahaja Yang Maha Mengetahui hikmah di sebalik semua ini...

sebagai seorang yang setia mendengar Riuh Pagi Era, pasti dan sangat pasti akan terasa kehilangan allahyarham...

Riuh Pagi Era baru berusia setahun lebih...sewaktu awal kemunculan program itu gandingan Aznil dan Din Beramboi, ramai yang tertanya2...adakah mampu Riuh Pagi Era dinaikkan ratingnya setanding sewaktu Pagi Era yang dikendalikan Khairil & Kieran? Ternyata, Era sangat tepat memilih pasangan...Pak Nil dan Pak Din adalah gabungan yang sangat-sangat serasi...

Tanpa pak din baik pak nil, kedua-dua gabungan ini jika salah satu tiada, maka tak akan lah lengkap pagi kami pendengar2 setia RiUh pagi Era...

drama sebabak & sawancara adalah antara segmen yang paling dekat dengan pak din...

'Shasha', watak yang dibawa oleh din beramboi juga akan menjadi kenangan...

tiada Din Beramboi ke-2 yang boleh menggantikan tempat beliau untuk Riuh Pagi Era bersama pak nil...

Diharapkan keluarga allahyarham din beramboi lebih tabah menghadapi dugaan ini...

serta keluarga Era terutamanya Pak Nil, kuatkanlah semangat anda...

setiap yang berlaku ke atas kita ada hikmah yang tersendiri...
hanya Dia Yang Maha Mengetahui...
jangan lupa sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Din Beramboi...
semoga rohnya ditempatkan di kalangan org-org yang beriman...

-Amin-



Thursday, April 01, 2010

WuHai DiN BeraMboi...


Din Beramboi kini kritikal

KUALA LUMPUR 31 Mac - Pelawak dan penyampai radio Era, Mior Ahmad Fuad Mior Badri (gambar) atau lebih dikenali sebagai Din Beramboi, 43, yang dimasukkan ke Hospital Selayang kelmarin, kini kritikal dan masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu.
Wartawan Utusan Malaysia berpeluang melihat keadaan juri tetap program televisyen Raja Lawak itu yang tidak sedarkan diri di ICU hospital berkenaan.
Sebelum itu, dia dibius dan masih menggunakan alat bantuan pernafasan serta mesin-mesin sokongan lain.
Difahamkan, lebih lapan pakar perubatan dari pelbagai pusat perubatan sedang menjalankan ujian darah dan mengenal pasti punca sebenar penyakit yang dialami penyampai radio swasta itu.
Menurut anak sulungnya, Nil Aina Adibah, 18, bapanya itu 'direhatkan' sejak semalam.
Katanya, ia berikutan terdapat jangkitan kuman di dalam darah sehingga merebak ke buah pinggang dan dijangka bergantung kepada mesin sokongan berkenaan sehingga esok.
Dia bagaimanapun menolak dakwaan spekulasi yang mengatakan bapanya itu koma serta keracunan akibat makanan tercemar.
Kata Nil Aina Adibah, pihak hospital belum dapat mengenal pasti penyakit yang dihidapi bapanya namun dimasukkan ke ICU kerana disyaki menghidap demam denggi berdarah.
"Saya dimaklumkan oleh doktor, terdapat tiga jenis racun iaitu bisa ular tedung, bisa katak dan racun rumput menyerupai simptom virus kencing tikus tetapi sehingga kini, punca sebenar jangkitan kuman dalam darah ayah belum dikenal pasti.
"Sehingga petang ini, doktor belum mengumumkan hasil ujian darah dan kemungkinan dijangkiti virus kencing tikus itu masih belum disahkan.
"Doktor kini sedang melakukan analisis darah bagi menggantikan darah-darah yang dijangkiti kuman," katanya yang ditemui di tingkat lima Hospital Selayang di sini hari ini.
Akhbar hari ini melaporkan Din Beramboi dimasukkan ke Hospital Selayang kira-kira 3.25 petang kelmarin dalam keadaan kritikal selepas dipercayai dijangkiti virus kencing tikus.
Selain menjadi penyampai radio, Din Beramboi juga pernah bergiat dalam bidang nyanyian, kartunis dan pelakon.
Dalam pada itu, Nil Aina Adibah memberitahu, bapanya itu mengalami demam sejak empat hari lalu sebelum menjalankan pemeriksaan awal di sebuah hospital swasta di Rawang pada pagi Isnin lalu.
"Doktor hospital terbabit kemudiannya merujuk kes bapa saya kepada Unit Kecemasan Hospital Selayang pada petang Isnin itu dan selepas doktor mengenal pasti ada jangkitan kuman dalam darah barulah dia dimasukkan ke ICU pada keesokan paginya.
"Saya meminta semua peminat mendoakan agar ayah cepat sembuh," katanya.

berita terkini yang aku dapat dari utusan online...
radio era pon memberitahu berita yang sama...
pak din sekarang sangat kritikal di ICU, Hospital Selayang...
risau gak hati ini mendengar berita itu...
semalam, bila kita dia dah stabil, macam lega sikit...
tapi, nie bila dengar dia kritikal balik, hanyak doa lah yang mampu kita buat sekrg...
harap-harap pak din dapat sembuh seperti sedia kala...
dan keluarganya juga tabah menghadapi semua ini...
chaiyok...chaiyok...pak din :)

Wednesday, March 31, 2010

kena balik lambat sikit lak ptg nie...huhu


sebab benda ni lah aku kena balik lambat sikit petang nie...
huhu...

nampak jer mcm cantik instrumen nie... (cantik ker? hahaha)
tapi, mcm-mcm perangai buat...
dah belai, dah pujuk, dah cakap baik-baik ngan dia...
tak marah2 pun, tapi tetap buat perangai...huhuhu...

esok kena gak suruh orang Pantai Medivest replace semula autosamplernya yang asal...
autosampler tu berada di tepi kiri, yang bulat mcm piring UFO tu...
arini ada sample kena run kat instrumen tu...so, kena tunggu jap sampai kul 6 untuk dia habis run sample tu...

isk...isk...mata dah mengantuk nie...
kenapa lah keMALASan melanda diri ini...hehehe

menghitung masa...tik tok...lagi 1/2 hour...
la la la la la la la....

marilah sama-sama berdoa...

kawan-kawan...

marilah kita sama-sama berdoa untuk DIN BERAMBOI...

sesiapa yang setia mendengar Riuh Pagi Era, pasti dah tahu yang pak din tak sihat sejak khamis lepas...tapi, masa tu cuma dengar dia demam...tak sangkalah plak teruk sampai koma dan dimasukkan ke icu...

pagi nie Riuh Pagi Era sedang membawa khabar2 terkini tentang tahap kesihatan pak din...
alhamdulillah, Dina telah membawa khabar yang positif...
pak din dah boleh bernafas sendiri tanpa perlu bantuan pernafasan...dan dah boleh terima darah baru...keadaan dia pon dah makin stabil...

walaupun ramai juga yang 'kurang senang; dengan keletah pak din, tapi lebih ramai lagi yang sayang pak din...
so, sama-samalah kita berdoa agar dia terus memberi perubahan positif dan bertambah sihat serta dapat kembali seperti sedia kala ke RiuH pAgi Era...

tak ceria lah pak din takde...huhu...

Tuesday, March 30, 2010

Alhamdulillah...

Hello friends...

alhamdulillah...akhirnya, siap juga aku mengemaskini blog ini...
memang dah lama betul rasanya tak update blog...
dari sebelum kahwin, sampai lepas kahwin...

rindu sebenarnya nak berblogging...tapi, masa selalu membataskan diri aku nak update blog...

buat edzlin, thanks sebab still visit my blog walaupun dah lama tak update...
buat adik suzy jugak, thanks 4 the support...
really appreciate it...

yang lain2, if ada visit this blog, thanks also...maybe u all tak mention it in my blog...
tapi, mcm edzlin ngan suzy, i know sebab they leave a message in the chatbox...

i try my best to update lepas2 nie...
leave a comment if any, sebab comment2 u all tu lah yg membuatkan semangat membara-bara nak update blog...hahahha...

have a nice people... :)