Tuesday, March 10, 2009

doaKan saya yer...

haRI ni...aku dah jumpa my head lab...
aku submit borang permohonan pertukaran aku ke JB...

sebelum masuk nak jumpa tu, rasa berdebar-debar...
takut nak terima apa reaksi dia...

bila dah masuk, dah mukadimah apa yang patut...
dah mendengar apa yang perlu didengar...hahaha...[tahu jerlah en.ghani]...
akhirnya, my bos sign gak my borang pertukaran...
alhamdulillah...1st stage dah lepas...

sekarang nie, aku cuma kena tunggu kak ros kat lab johor untuk minta sign bos dia...
then, kena bawa ke jkn, pastu barulah leh submit ke kkm...

kawan-kawan, doakanlah yang terbaik untuk saya yer...
of course, diri sendiri pon kena doa juga...takleh berdiam diri...
harapan aku besar nak balik jb...
bukan sekadar mengambil peluang yang ada, tapi lebih dari itu...
mudah-mudahan niat baik aku dimakbulkan oleh Allah SWT...
amin...

p/s : to syana and shanim, thanks for all the support...really appreciate it and will practice it too...love u 2 ppl so much...miss ya...take care...

Saturday, March 07, 2009

wat is happenin' to me...?

huhhh...

berat tul rasa kepala sejak beberapa hari nie...
sejak balik dari kampung aritu, macam-macam rasa...

bermacam-macam perkara yang bermain di kepala dan jiwa...
dari satu hal ke satu hal...

mostly, pasal kerja aku sekrang...
eventhough tempat kerja sekrg much more better than hdc dulu, tapi mcm banyak jer lagi benda yang aku tak tahu...
berbeza bila kita keje dari segi technically dan management...
management, boleh belajar in short time period...
tapi technically, amik masa bertahun kot baru leh expert...
diam tak diam, dah 6 bulan aku kat lab...tapi, kdg-kdg rasa mcm apa yang aku dpt in 6 months tu...?

apa yang aku leh buat sekrg, sedaya upaya aku berfikiran positif...
aku paksa diri aku agar cepat berfikir, learn more to adapt the environment in lab...
nasib baik ramai kawan-kawan membantu, cuma aku tetap kena berusaha sendiri untuk pandai...
kalau nak harapkan ketua makmal, payah....
itu lah kadang-kadang kita terlepas pandang, memandang ringan bahawa memilih ketua yang benar-benar ketua adalah penting untuk sesebuah organisasi...salah pilih ketua, memang akan hancurlah sesebuah organisasi itu...kalau tak hancur pun, nama baik sesebuah organisasi atau institusi itu akan tercemar...

cuti 3 hari nie, aku nak betul-betul rehat...
clearkan betul-betul my mind..
make it fresh agar bila naik keje nanti selasa nie, mind aku akan lebih tenang dan segar...

mudah-mudahan semuanya akan berjalan lancar buat aku...
amin...


waLaupun terlaMbat sikit...

hmmm...

walaupun mungkin terlambat sikit aku nak ulas pasal hal nie, tapi aku tetap nak komen...
artikel nie aku dapat dari blog kawan-kawan jakim, ustaz nasir dan arrahman...
dan aku percaya mungkin ramai lagi yang dah tahu berkenaan artikel ini...
sejauhmana kesahihannya itu tidak berapa pasti, tapi yang aku nak tekankan di sini adalah aku sangat menyokong tindakan bahawa halal sepatutnya diserahkan kepada JAKIM semula...

kita semua (terutama rakan-rakan yang berjuang di hub halal jakim dahulu) pasti masih lagi sayangkan halal kita...
kita tak mahu, orang-orang yang tidak bertanggungjawab hanya tahu nak mengaut keuntungan dari perkembangan halal di malaysia dan juga tak lupa di dunia...

mudah-mudahan doa-doa kami semua akan termakbul...
biarlah hanya yang berhak dan benar-benar ikhlas memperjuangkan agama sahaja yang akan mengendalikan halal...supaya kita semua tidak berterus-terusan bersubahat dengan hal-hal yang tidak menuju kebenaran...wallahualam...


KEMBALIKAN PENSIJILAN HALAL KEPADA JAKIM

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Seorang Anggota Parlimen meminta kerajaan mengembalikan semula kuasa sepenuhnya untuk mengeluarkan sijil halal kepada Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM) yang kini diberi kepada sebuah syarikat swasta, Halal Development Corporation (HDC).

Taib Azamudden Md Taib (PAS-Baling) berkata sijil halal yang dipamerkan di beberapa premis perniagaan di medan selera, kopitiam dan restoran pada masa ini boleh diragui kerana ia dikeluarkan oleh pihak swasta yang didakwanya berorientasikan perniagaan semata-mata.

"Saya mendesak kerajaan pulangkan balik kuasa halal haram ini sepenuhnya kepada JAKIM. JAKIM yang berautoriti supaya tidak ada syarikat yang ambil kesempatan untuk mengaut keuntungan," katanya ketika membahaskan usul Menjunjung Kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Katanya, logo halal pada masa kini mudah didapati dengan hanya membuat pembayaran sebanyak RM2,000 hingga RM3,000.

Taib Azamudden berkata ketiadaan Akta Halal turut menyukarkan pengguna Islam membuat pengaduan.

Beliau turut membangkitkan penggunaan ayat-ayat Al-Quran secara berleluasa di restoran-restoran milik bukan Islam yang digunakan semata-mata untuk menarik pelanggan beragama Islam.

"Umat Islam melihat keadaan ini dengan cukup sensitif. Apa yang saya faham tidak ada Akta yang melindungi kesucian ayat-ayat ini. Ayat-ayat Al-Quran juga bebas dicetak oleh orang lain yang tidak tahu bagaimana untuk memelihara kesucian ayat-ayat itu," katanya.

Thursday, February 19, 2009

BloG azniL hebaT...

sebenarnya cerita nie dah lama jugak lah...
awal bulan nie...
aku terbaca artikel nie di utusan malaysia mingguan...

eventhough dah lama, aku tetap nak share this artikel...
for me, it is very very interesting...
sekurang-kurangnya ada juga org yang perasan tentang kehebatan blog aznil...
bukan hebat dari segi rekabentuk, canggih ker, banyak ikon ker, tapi hebat yang dimaksudkan wartawan ini adalah hebat blog aznil dari segi kandungannya...

aku terjebak dengan dunia blogging nie pon sebab terbaca blog paknil...
sejak tu, aku rasa ala-ala terbuka hati nak buat blog sendiri...
aku bukannya pandai sangat dunia blog nie, tapi aku cuba-cuba...
dan alhamdulillah, cubaan aku berhasil...
aku sayang blog aku nie, eventhough pernah satu ketika aku rasa blog aku tercemar dengan crite&kata2 yang tak best...

itu semua dah berlalu, yang penting sekarang, just enjoy ur life...be happy always...

so, enjoy the artikel k...
and feel free to singgah and nilai, betul tak kata wartawan ini tentang blog aznil...

http://aznilnawawi.blogspot.com/


Minggu lepas Siti tulis pasal blog minggu ini juga Siti nak tulis pasal blog lagi. Ketika banyak orang kena serang fenomena blog, eloklah Siti pun tulis banyak-banyak pasal blog. Tapi minggu ini Siti rasa bahagia sangat sebab terbaca blog yang cerdik oleh pengacara nombor satu, Aznil Nawawi. Membaca blog Aznil membuatkan Siti rasa lapang dada dan fikiran sebab bahasa yang molek-molek, isinya baik dan sudah pastilah buat Siti berselera apabila membacanya.

Sebenarnya tidak ada pengacara atau selebriti yang lebih popular daripada Aznil. Kalau ada yang mendakwa, itu satu pembohongan dan patut disumbat dalam longkang. Blog Aznil menunjukkan dia seorang yang berperibadi tinggi. Orang yang dimuliakan kalangan rakan-rakan dan peminat-peminat.

Siti fikir tak lama lagi blog Aznil akan meletup. Pelawat akan berpusu-pusu ke blog Aznil kerana popularitinya yang hebat. Untungnya Aznil, blog dia boleh dibaca oleh kanak-kanak kerana kita tidak bimbang adanya perkataan maki hamun, menghina orang dan macam-macam lagi perangai buruk. Siti sokong Aznil buat blog sendiri kerana dia boleh memberikan sesuatu kepada peminat dan masyarakat.

Kalau nak tau, inilah satu-satunya selebriti kelahiran Universiti Malaya selepas Sudirman yang hebat. Yes, Aznil bekas graduan ekonomi Universiti Malaya dan orang tengok dia pun akan percaya dia dilahirkan oleh universiti paling prestij di negara ini. Aznil telah menaikkan nama Universiti Malaya tapi kita kena ingat juga bukan semua orang keluar Universiti Malaya boleh “menjadi orang”.

Sekarang ini sana sini orang bercakap pasal blog Aznil, Siti cuba masuk ke dalam blog dia, fuh memang hebat. Inilah blog cerdik yang dihasilkan oleh seorang selebriti. Maka tak sia-sialah Astro mengikat kontrak yang lama terhadap Aznil, sebabnya tak nak kehilangan pengacara yang memang hebat. Tapi yang mendakwa hebat memanglah banyak, sebenarnya tak ke mana pun.

Kalau kita salah pilih blog, silap-silap boleh jadi mental block. Sebab selebriti yang tulis blog bukan semuanya mempunyai pemikiran setanding dengan kedudukan mereka. Siti nak pesan, baca blog yang disahkan piawaiannya, kalau nak tau yang mental block atau tidak, silalah tanya Siti.

Siti harap selepas ini pengacara nombor dua terhebat, Roslan Shah pula akan membuat blog. Sudah pasti akan meletup kerana Roslan duduk di belakang sikit saja dari Aznil. Lepas itu Siti pula nak buat blog, mudah-mudahan menjadi blog yang baik, ejaan betul dan bahasanya indah.

SITI JARUM: Jangan dok mai block tak tentu pasai.

new BegiNNing...


huhu...
itu lah expression yang aku leh bagi bila cerita pasal CSI Vegas latest season semalam...
season 9...

warrick kena shot...sedihlah rasa...
mungkin sebab dah lama mengikuti CSI nie, dah rasa dieorang nie mcm satu family...
bila warrick mati sebab kena shot dgn org polis jugak, tu yg rasa sedih sangat kot...
mcm tak lengkap gitu tgk CSI if casting asal dah takde...
kalau tgk kat websitenya, Grissom pon akan tinggalkan CSI..
no wonder lah tagline dieorang, new season change...banyak perubahan rupanya...

tapi kan, puas hati sebab dieorang dpt tangkap gak org yang bertanggungjawab tu...
pandai jerk buat cite tipu...
kadang-kadang terfikir, dlm kehidupan realiti kita sekrang kan, org-org berpangkat besar mcm tu lah agaknya yer...??? boleh buat sesuka hati, sebab dia berpangkat besar...mcm CSI NY pon, dah mula masuk isu politik dlm siri dia...
bosaNlah tengok org-org besar yang hanya tahu menggunakan kuasa yang mereka ada semata-mata nak tutup kesalahan dieorang...

aku rasa, politik kat malaysia sekrg ni pon, tak stabil...
kadang-kadang tu bosan...kadang-kadang tu nak tergelak pon ada...ntah apa-apa perangai 'kebudakan' yang keluar...mcm nie ker org yang berpelajaran tinggi akan react..???

lu fikirlah sendiri ok...hahaha

Friday, February 13, 2009

ceria di pagi haRi dan petang hari...



haa...

nielah dia orang-orangnya yang menceriakan aku di paGi hari dan petang hari...
RIUH PAGI ERA & JAWA RANGERS
kat riuh pagi era, memang best...at the beginning dieorg ke udara, mmg terfikir gak...best ker gandingan 2 orang nie...? paknil aku tak doubt, sebab rancangan paknil 10-1 dulu tu pun best...cuma bila bergandingan dengan din beramboi, adakah pagi era akan jadi the no 1 show kat malaysia mcm kieran dengan krill (K&K) dulu..? WOW!! tak disangka-sangka, aku memang sangat suka dengar riuh pagi era...dlm banyak-banyak segmen, aku paling suka 'drama sebabak'...hahahah...memang kelakar bangat...din beramboi sangat spontan dalam mengeluarkan dialog...hehehe....apa pun org nak kata kalau din beramboi tu merapu yang bukan-bukan, sekurang-kurangnya aku boleh gelak besar dlm keta on the way nak pegi keje...kdg-kdg tu, kena jeling gak kiri kanan kot-kot ada org perasan aku gelak sorang-sorang dalam keta tu...hehehe...
itu cerita nak pegi keje...
bila balik keje plak, jawa rangers menceriakan perjalanan petang...maklumlah, bila balik keje petang, jalan lebih banyak kereta dan kerenah berbanding pagi...so, bile dengar jawa rangers [ag & kieran], kepala taklah rasa serabut sangat...sebab dengar dieorang gelak jer, aku pon tak tahan perut nak gelak jugak...hahaha...dah lah aku suka kieran dari dulu, zaman dia jadi dj era...masa dia buat segmen pagi dengan krill tu, memanglah paling best...AG pon aku suka gak...sebab orang johor kot...hehehe...tapi yang aku suka tang AG nie, ke'selambaan'an dia...masa mengacarakan jom ronda pon, kelakar gak si AG nie...hehehe...spontan & selamba...
all the best to the 4 of them...
it's not easy to make people love & like all the programme in the radio, but u all did it...
BRAVO!!..