Thursday, June 11, 2009

sesi berteMu peminat wok...

RUMAH ARIL MACAM KENDURI KAHWIN



KUALA LUMPUR, 9 JUN 2009: Sampai tidak menang tangan dibuatnya Aril dan abangnya, Izwan Pilus, apabila menganjurkan majlis kenduri tahlil dan kesyukuran di kediaman baru keluarga mereka di Nyalas, Jasin, Melaka, semalam.

Seawal jam 12 tengahari hinggalah ke jam 5 petang, majlis yang diadakan sempena pindah rumah baru serta meraikan peminat Aril dan Izwan itu, tidak putus-putus dikunjungi tetamu jauh dan dekat.

Mereka datang sejauh Kuala Lumpur, Pahang, Perak, Johor, Negeri Sembilan selain Melaka sendiri sehingga jumlahnya mencecah lebih daripada 2,000 tetamu. Sekali pandang macam majlis kahwin atau sambut menantu!

Sungguhpun, kebanyakan yang datang itu, terdiri dari kalangan peminat Aril yang selama ini telah banyak mengikuti perjalanannya seninya apabila dia menyertai Akademi Fantasia Musim Ke-7 (AF7) sehinggalah bergelar naib juara.


Hal ini turut diakui abangnya, Izwan, 30, yang sebelum ini cukup dikenali dengan lagu Kembali Senyum dan Indah Lelapku. Malah, Izwan sangat berbangga melihat adiknya sudah punya ramai peminat dalam sekelip mata.

"Cuma saya masih terasa kekok untuk bekerja dengan adik saya di dalam dunia seni. Contohnya, baru-baru ini, kami menjalani sesi fotografi bersama-sama tapi saya masih tidak dapat biasakan diri dengan Aril di depan kamera. Dulu saya seorang tapi sekarang dengan adik sendiri pula," kata Izwan.


Aril terharu layan peminat


Sementara itu Aril, 24, pula berkata, dia sama sekali tidak menyangka bahawa majlis kenduri dan tahlil itu dihadiri ramai sekali peminatnya.

"Saya betul-betul terharu apabila dapat tahu ada peminat yang datang jauh-jauh semata-mata untuk bertemu dengan saya. Jadi saya rasa cukup seronok bila dapat bermesra dan melayan mereka semua.

"Ini adalah salah satu cara untuk menghargai mereka. Kebetulan mak dan ayah saya baru pindah rumah ke Melaka. Jadi saya dan abang saya, Izwan pun terlintas membuat majlis ini untuk peminat," kata Aril.

Menurut Aril lagi, majlis sesi bertemu peminat itu bukan saja dapat merapatkan lagi hubungannya dengan peminat tetapi memberi peluang pada mereka untuk mengetahui perkembangan terkininya.

"Macam-macam mereka (peminat) tanyakan kepada saya. Mereka nak tahu bila lagi show saya, bila album solo dirakam dan apa perancangan masa depan saya. Ada juga yang tanya bila saya nak kahwin!

"Pada kesempatan ini, saya hendak mengucapkan berbanyak terima kasih buat semua peminat yang selama ini mengundi serta menyokong saya dalam AF7 lalu.

"Buat masa ini, saya sedang dalam proses untuk merakamkan lagu Toksik versi studio. Patutnya lagu itu sudah dirakamkan beberapa hari yang lalu tetapi ia terpaksa ditunda kerana Abang Acis tidak sihat.

"Saya juga sibuk menjayakan aktiviti yang dianjurkan Hotlink dan menunggu giliran untuk menjayakan Konsert Jelajah 11 ERA, Gempak Selebriti Astro dan banyak lagi," katanya.

Tentang kekasihnya, Ju yang turut hadir di majlis itu, Aril berkata, dia sengaja membawa Ju datang untuk melihat sendiri bagaimana situasinya tatkala bersama peminat.

"Saya mahu Ju faham sejelas-jelasnya tentang kehidupan saya sebagai artis. Hidup saya sekarang menjadi milik masyarakat. Syukurlah Ju mula memahami," katanya yang bagaimanapun belum sedia mendedahkan siapa Ju.

p/s : woo!! tak berpeluang nak pegi melaka time nie...yerlah kan...hari keje...plus tak tahu plak tu...huhuhu...kalau tahu awal-awal, confirm cuti isnin tu...hehehe...tapi kan, peminat aril nie aku rasa dah terlalu ramai kot...ada yang lagi fanatik dari aku...kalau tengok kat myspace, mcm-mcm kerenah peminat yang tinggalkan comment untuk aril...nasib baik gak myspace tu, kawan-kawan dia gak yang jadi admin..so, lebih close dengan aril thru myspace...sape-sape yang nak join, http://www.myspace.com/arilfc

untuk makluman, di myspace itu adalah the only one and official and website yang sah untuk peminat-peminat aril...kalau ada yang lain selain myspace, itu adalah kloN yer...

gambar di atas itu adalah gambar family aril...mak ayah aril of course di tengah-tengah...yang bertudung putih kakak aril, izwan pilus di sebelah aril dan adik bongsu aril adalah yang di belakangnya...gambar kanak-kanak di depan tu, mesti anak saudaranya...yang selalu kena sakat ngan aril sampai menangis-nangis budak tu...hehehe...rerasanya aril nie ikut muka saper eh...? masa tengok kat trek selebriti aritu, rasanya aril dan kakak nya ada iras...manakala izwan pilus dengan adik yang bongsu...




2 comments:

Su3y said...

A'skum kak :)

Erm,dari apa yang suzy baca selama ini aril memang tak sombong orangnya...
Baguslah macam tu & harap diteruskan dengan sikap sebegitu,juz like abg aznil...
Hehehe...
Jangan jadi macam sesetangah artis tu,dah berada ditahap yang boleh dibanggakan sombong pulak...
Haiyo...
Tu yang kite tak mahu tu...
Semoga aril terus berjaya & berpijak pada bumi yang nyata yer,insyallah :)

Take care akak,miss u...

Edzlin said...

ok...dah add myspace nya. awwookkk