Thursday, June 11, 2009

keep it Up awoK!!

Wartawan Hiburan Puji Sikap Aril



KL, 4 JUN 2009: Kata orang tak kenal, maka tak cinta. Kalau dah kenal, maka barulah kita tahu hati budi seseorang itu. Begitulah bidalan orang tua-tua kita yang ada kena-mengena dengan pemenang Naib Juara Akademi Fantasia 7 (AF7), Aril Pilus.

Maklum sajalah, ketika AF7 berlangsung dulu, macam-macam orang cakap pasal Aril. Semuanya gara-gara perangainya yang terlihat dalam Diari AF7 dan corak persembahannya yang agak hyper dalam konsert-konsert mingguan dan malam final lalu. Ditambah pula dengan keputusan undian masuk atau AFMasuk yang berpihak kepada Aril, maka lebih teruk dia hentam penonton yang tidak sukakannya.

Macam orang lain juga, wartawan hiburan pun hanya mampu melihat Aril dari kaca TV dan pentas AF7 saja. Tapi apabila Aril telah kembali bebas ke pangkuan masyarakat, barulah wartawan hiburan berpeluang berjumpa dengan Aril secara lebih dekat lagi.


Daripada komen wartawan hiburan di luar sana, Murai Batu bangga kerana ramai sekali menyenangi dan memuji sikap sebenar Aril. Dia seorang yang sangat peramah, pandai menghormati orang, manja dan lekas mesra. Bukan itu saja, Murai Batu sendiri telah beberapa kali melihat Aril dan bukan nak puji, wajahnya sangat comel dan tidak hairanlah gadis remaja mula tergila-gilakan Aril.

Nampak gaya, tidak salahlah apabila pengkritik-pengkritik AF7 seperti Adlin Aman Ramlie, Dato' Khaty, Edrie Hashim dan Adibah Noor memuji personaliti Aril dulu kerana sebagai artis mereka telah nampak elemen-elemen bintang dalam jiwa Aril dan potensi yang dimilikinya itu.

Tapi Murai Batu berharap, Aril pertahankanlah perangai yang baik itu sampai bila-bila. Murai Batu faham Aril dibesarkan dengan baik oleh keluarganya dan seorang yang penyayang serta menghormati ayah dan ibu. Bagus Wok, sejuk perut ibu mengandungkan Wok.

p/s : sumber berita nie dari murai.com...thank you... harap-harap aril tidak akan mudah lupa diri dan tidak mudah alpa dengan dunia seni nie...memang betul kata wartawan nie...aril dibesarkan dalam keluarga yang baik-baik...saper yang memang mengikuti perkembangan aril, pasti tahu bagaimana keadaan keluarga aril...mak dan ayahnya adalah org-org yang sopan dan baik budi bahasa...especially mak aril...lembut jer orangNya..

No comments: