Tuesday, January 13, 2009

ChermiN...

apa yang korang akan fikir bila kita sebut “cermin”..?
hari-hari kita tengok cermin…sebelum pegi keje, balik keje, nak tido, dlm bilik air pon kekdg ada cermin…
tapi, pernah tak kite tgk diri kita bebetul dlm cermin tu?
Apa yang korang nampak…?

Dalam hidup nie, kekadang kita kena ‘cermin’ dulu diri kita sebelum menilai orang lain…
Ada juga yang kata hidup kita nie macam roda…kejap di atas, kejap di bawah…
Dan ada juga pepatah mat salleh atau omputih yang cakap “what u give, u get back”…
Kesimpulannya, dalam hidup kita nie memang ada macam-macam dugaan…
Kena banyak bersabar…
Dan setiap perkara yang berlaku dalam hidup kita pasti ada hikmahnya…
Dan setiap yang buruk berlaku pada kita adalah disebabkan salah kita sendiri sebenarnya…sebab yang baik tu datang dari Allah jua dan yang buruk tu dating dari kita…

Sebenarnya……

Aku rasa terpanggil untuk menyatakan sesuatu di blog ini…
Mengenai kenyataan LiTTle StAr @ my best fren, acah mengenai T.R.U.S.T…
Oleh kerana isu ini menggunakan blog sebagai media, so rasanya adillah jika aku pon menggunakan media yang sama….

Aku rasa, isu yang ko post kan tu mcm dah redha sikit dari komen-komen yang pada aku kekdg tak membina langsung sebab dtgnya dari anonymous yang bachul tak berani nak letak nama dan tak tahu apa-apa pon sebenarnya…tapi takpe, memasing ada hak nak menyatakan sesuatu kan…

Acah,
Walaupun ko tak mention nama sesiapa pon dlm post ko tu, tapi macam yang ko kata..saper yang terkena pada batang idung sendiri akan terasa…di sini aku ambil kesempatan ini untuk mohon maaf andai ada tindakan aku yang secara tidak sengaja telah menyinggung perasaan ko sebenarnya….aku takde niat pon nak overshadow atau being proud because I’m the only one that already know…Cuma memandangkan kita semua dh mcm sedara, so I’m just being excited cos my good frens have a very good news…

Walau apa pon, aku faham maksud ko pasal trust tu…eventhough sebenarnya ada banyak misunderstanding yang sepatutnya ko tanya dan selidik terlebih dahulu sebelum ko menyatakan apa-apa…

Aku pon faham, ko menggunakan blog ini sekadar melahirkan rasa tidak puas hati sahaja…tapi, memandangkan ko pon dah menekankan bahawa menganggap aku dan kawan-kawan lain sebagai sedara, kenapa tidak diselesaikan dengan cara yang lebih baik dari blog?... aku rasa, tak salah untuk ko bersemuka sendiri dengan aku atau sesapa lagi yang ko tak puas hati and cakap jer terus-terang tanpa perlu melibatkan umum seperti sekarang…? Kalau rasa takleh bersemuka, bleh gunakan sms, email atau apa-apa cara lain secara tertutup demi menjaga maruah kawan-kawan…?

Nak komen jugak sikit pasal boikot-memboikot nie…tak pernah pon antara kita nie yang berniat dengan sengaja nak boikot ko…aku rasa waktu tu, mcam ko yg menjauhkan diri dari kiteorang…kiteorg pon terpinga-pinga, tertanya-tanya apa salah kiteorang sebenarnya…? So, end up nampak mcm kiteorg yang boikot ko…tapi hakikat sebenarnya, tak pernah pon buat mcm tu…buruk mana dan baik mana pon seseorang tu, kami tetap terima mereka seadanya….

So, aku harap selepas ini segala yang menjadi pertanyaan dah terjawab….
Ko boleh nilai sendiri apa yang perlu dibuat lepas nie…
Memandangkan aku adalah orang yang dah tak boleh dipercayai lagi, can’t be trusted, so terpulanglah pada ko…
Sebab ko juga yang cakap, once u broke the promises, never ever people will trust in you…
Aku terima ajer kalau ko dah tak percaya kat aku pon…
Itulah lumrah hidup….ada orang suka kita, ada orang tak suka kita…
So, kita pon takleh paksa orang lain untuk suka pada kita….

And I believe, for me things will never be the same again after this…
I’m not being childish here…but, mcmane ko rasa hurt becoz of me, mcm tu juga i will hurt becoz of you…
Luka yg nampak cepat leh sembuh…tapi luka yang tak nampak nie, makan masa untuk sembuh….so, biarlah masa ajer yang menentukan semuanya…

Lagipon, after this ramai antara kita yang dah ada komitmen masing-masing….
Dah mula nak fikirkan apa yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga…
So, I will also start to think what should I do now…
Dan yang pastinya, aku takkan putus berdoa dan berharap I will not stay in selangor forever…I have to go out from here…for good…

So my dear fren acah…good luck for your future…
Aku terima segala teguran dan kritikan daripada ko…
Dan aku harap ko juga dapat terima teguran aku seperti di atas tadi…memandangkan ko juga kata perlu berfikiran terbuka dan bersedia menerima apa-apa jua kritikan secara positif…tidak perlu orang tengah…sebab masalah seperti ini sebenarnya boleh diselesaikan dengan baik jika kena dengan caranya…

U did the right thing [for all the delivery of dissatisfaction] but not the right way [many other way than blogging]

No hard feelings…

Assalammualaikum…

“cermin-cerminkan diri…dan selamat beramal”
………………………………………………………………………………………………………………

1 comment:

Unknown said...

hurmm.. berat nye isu ni..bler kte gado cmni baru kter tau cmne rupenye nk bina frenship bukan kena semua baik jer.. tak gado2..
tp sebagai kawan2 yg rajin membaca blog2 korg.. ktowg tanak la sape2 gado2 lagi.. kte ni manusia biasa.. bukannye selalu betul.. ampun maaf dipinta yer. salah faham je tu