Friday, May 08, 2009

moRe and more about ariL...



Aril AF7 ‘dilamar’ KRU?

PROGRAM realiti Akademi Fantasia (AF) musim ketujuh belum pun melabuhkan tirainya, salah seorang pelajar AF7 yang tersingkir pada minggu ketujuh lalu, Aril atau Khairil Azam Pilus dikhabarkan akan ‘dilamar’ menyertai KRU Studios.

Malah, Aril tidak perlu tunggu AF Masuk untuk meneruskan bakat besarnya. Dia sudahpun mendapat perhatian syarikat rakaman yang berminat untuk menyediakan 'platform' untuknya mengasah bakatnya.

Berita ini turut disahkan oleh Ketua Kumpulan KRU Studios, Norman Abdul Halim ketika majlis pengumuman kerjasama antara KRU Studios dan Telekom Malaysia Berhad bagi filem 'Jin Notti', semalam.

Sambil tersenyum Norman berkata ‘dalam perancangan’ dan enggan mengulas lanjut tentang Aril.

Dia berkata KRU akan membuat satu pengumuman mengenai hal itu apabila tiba masanya nanti.

“Kami hanya mengikut putaran masa dengan bakat yang ada. Kami sudah ada kerjasama dengan artis lain seperti mengambil Adam dan Dafi sebagai artis rakaman, menggubah lagu Demam untuk Candy, dan Mawi (lagu Sujud).

“Dalam industri ini, kita perlu bekerjasama dengan banyak pihak dan saling percaya antara satu sama lain bagaikan satu ikatan,” kata Norman.

Tambahnya, KRU Studios bukan sahaja bekerjasama dengan pihak Astro malah pernah bekerja dengan Media Prima Berhad untuk program Gangstarz dan TM.

“Saya lihat KRU mempunyai keserasian dengan Astro seperti menerusi program AF. Tetapi semuanya bergantung kepada mereka.

“Namun begitu, kami kurang berminat dalam bidang pengurusan artis tetapi lebih kepada bidang rakaman dan persembahan,” ujarnya.

Ditanya tidakkah KRU berminat untuk mengambil peserta wanita AF bernaung di bawah syarikatnya, Norman berkata, “Insya-Allah..kami berharap untuk mengambil artis wanita tetapi terpulanglah.”

Penyanyi Anita Sarawak merupakan satu-satunya penyanyi wanita yang bernaung di bawah label KRU sehingga sekarang dan kali terakhir penyanyi wanita berkhidmat dengan KRU adalah Ezlynn.

biodaTa on ariL...




NAMA SEBENAR: Khairil azam bin Pilus

TARIKH LAHIR: 5 nov 1985

TEMPAT LAHIR: hospital pusat rawatan islam kuala lumpur

TINGGI: 175

BERAT: 62kg

ZODIAK: scorpio

HOBI: mereka grafik, shuffle dance, berjenaka, chill out yeahhh!!

PROFESION: project graphic designer (jentayu emas sdn bhd)

STATUS: bujang

ADIK BERADIK: 3 dari 4 orang adik beradik

SEKOLAH: sekolah menengah taman tasik ampang

CITA-CITA/IMPIAN: menjadi seorang usahaan Berjaya dan menjadi icon kepada remaja di Malaysia..last skali dah tentu2 la nak berjaya dalam hidup dunia dan di akhirat..

ALBUM: album gambar banyak la..Khahaha

PENCAPAIAN: seorang pelajar akademi fantasia musim ke-7 yang cacat otak! Hahahahha menjuarai pertandingan international dance festival 2007 di time square, tarian apa? Hish takkan dangdut! Mesti la shuffle wookkkk!!!!

WARNA KEGEMARAN: putih, hitam hijau daun pisang

MAKANAN KEGEMARAN: makanan yang sedap2 la kecuali makanan laut! Hahaha nanti bibir bengkak hehehe

MINUMAN KEGEMARAN: vanilla coke

JENAMA KEGEMARAN: pull and bear, nike, puma and top shop

PENYANYI PUJAAN: faizal tahir, bryan adams, hyde larc en cial, once dewa 19

PELAKON PUJAAN: jim carey, adam sandler, Johnny depp

SIRI TV KEGEMARAN: aril sangat suka cartoon okey! Anime la yang paling best skali GTO, gun grave, naruto, CSI, niptuck, af7 buley tak wok? hahahaa

FILEM YG DIMINATI: pirates of carribean, LOTR, ICE AGE, BRUCE ALMIGHTY
Dan banyak lagi la..

LAGU YANG DIMINATI: KASIH TAK SAMPAI-PADI , SEMUA TAK SAMA-PADI, ANDAI-GIGI, JAWAB-ARMADA BAND, COBA-FAIZAL TAHIR, AKHIR RASA INI-SAMSONS, ON BANDED KNEE-BOYZ II MEN,

CIRI2 LELAKI/WANITA IDAMAN: STYLO HAHAA, BIASE JE, SIMPLE, COOL, CHUMEL, BIJAK DAN SEORANG YANG DI TERIMA OLEH IBU BAPA SAYA DAN YANG PENTING DIA TU MENERIMA SAYE SEADANYA „ JAWAPAN STANDARD..HAHAHAHA AKCELI SEMUA ORANG MESTI NAK SESEORANG YANG MENJADI PASANGAN KITA ITU SEMPURNA TETAPI KESEMPURNAAN ITU BUKAN PADA MATA SETIAP MASYARAKAT..SENDIRI MAU INGAT WOK!

SIKAP YG TIDAK DISUKAI: HIPOKRIT, TIDAK JUJUR, TIKAM BELAKANG..KALU BERANI TIKAM DEPAN LA, KHAHAHAHA WEK WEK!

TEMPAT YG DIGEMARI: RUANG TAMU YANG SELESA DAN BEST KILLER WOK, LENGKAP DENGAN SEGALA KEMUDAHAN YANG BEST2 LA, TAPI TEMPAT TU SAYA SORANG LA YANG PUNYA..HAHAHA TAK BOLEH KONGSI HA..KORANG G CARIK RUANG TAMU SENDIRI WEK WEK!

TEMPAT YG INGIN DIKUNJUNGI: JEPUN!! ARGGGHHHH!!!!!! I LOVE JAPANG!!

MUZIK YG DIGEMARI: JAPANESE ROCK, HIP HOP, RNB, MODERN FREE ROCK, SEMUA PON BOLEH LA,

PENGALAMAN YG TAK BOLEH DILUPAKAN: EKSIDEN MOTO DAN PATAH KAKI MAIN BOLA, SAKIT WOK!

TENTANG SAYA: SAYA TAK ENSEM..SAYA NAKAL..SAYA CACAT OTAK..SAYA NI TELINGA CAPANG ASTRO PUNYE SIARAN TIME HUJAN MESTI LEH DAPAT DOWH! HAHAHAHA! LAWAK JE..AKCELI ARIL MACAM BIASA JE..ARIL PERIANG..HAPPY GO LUCKY, SUKE BERKAWAN, SUKE CHILL2, SUKA BUAT LAWAK, ORANG KALU NENGOK ARIL MESTI SAKAP ARIL POYO LA HAPE LAH..ARIL TAK KESAH CUZ ARIL PUN MACAM 'AIMAN' JUGAK, TAK KESAH JE MEMANJANG, TAPI YANG PENTING KITE JUJUR DAN TIDAK 'HIPHOPKRIT' ERMMM, KORITE APE LAGI EH? OH! KITE KENAL ORANG DULU BARU KITE BOLEH NILAI OKEY =)

E-MEL: KHAIYOSHI_KREKO@YAHOO.COM

UCAPAN UNTUK PEMINAT:
OKEY, ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA PEMINAT- PEMINAT ARIL *ADA PEMINAT KE?* HAHAA..1ST ARIL NAK UCAPKAN TERIMA KASIH BANYAK2 YANG TIDAK TERHINGGA ATAS SOKONGAN ANDA DARIPADA MULA SAMPAI BILA NANTI INSYAALLAH KALU ADA REZEKI ARIL YE..ARIL TAK TAU LA MCM MANA NAK BALAS BUDI BAIK SEMUA PEMINAT2 ARIL NI. SEMOGA ALLAH MEMBERIKAN RAHMAT DAN KESEJAHTERAAN KEPADA ANDA SEMUA DAN HARAP PERJUANGAN DALAM HIDUP ANDA DITERUSKAN DAN BERJAYA HENDAKNYA INSYAALLAH..I LOVE U GUYZ, SO MUCH KORANG SEMUA TERBAEKK WOOK!!!!!!!!! YEAAAHHHH!!!!!! YOU ROCK!!!! ARIL DOAKAN KEJAYAAN ANDA SEMUA DAN KEBENARAN AKAN MENYEBELAHI KITA INSYAALLAH..YEAAAHH!!! KITE KASIK PECAH INI INDUSTRY DENGAN PENYANYI2 YANG HEBAT..INSYAALLAH =)

More on AriL...



Aril Masih Berahsia Tentang Ju!

Sejak Aril Pilus berada dalam Akademi Fantasia 7 (AF7) dan kini tersingkir, nama seorang gadis, Ju, mula digosipkan dengannya. Adakah dia teman rapat atau kekasih Aril?

Apabila ditanya soalan ini, Aril, 24, masih lagi cuba berahsia dan hanya mendedahkan sedikit informasi tentang Ju.

"Ju masih lagi berada lagi di bawah tanggungan ibu bapanya. Dia masih lagi menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi. Dia suka makan laksa dan asam-asam. Itu saja yang dapat saya katakan tentang Ju setakat ini," kata Aril.

Aril berkata, dia masih lagi mengejar impiannya menjadi artis dan menganggap perjuangannya baru hendak bermula. Jadi dia enggan memikirkan sangat soal cinta dan lebih suka menjalinkan persahabatan.

Ditanya tentang perasaannya apabila tersingkir daripada AF7, Aril berkata: "Aril sedar semua ini bergantung kepada undian peminat. Masa dalam akademi dulu setiap minggu Aril bersedia untuk disingkirkan. Tapi Aril selalu berkata pada diri Aril, kalau tersingkir biarlah dengan persembahan yang terbaik.

"Secara jujur Aril belum puas beraksi dalam konsert mingguan AF7. Aril memang jenis orang yang sukakan pentas. Bagi Aril pentas itu adalah medan untuk menyanyi, bergolek dan menunjukkan pelbagai aksi."


Apa pula komennya tentang AFMasuk?

"Aril anggap ia sebagai satu pintu rezeki buat Aril dan semua kawan-kawan yang dah tersingkir. Tapi Aril rasa serba salah juga kerana tidak mahu ada pihak menganggap kami telah mengganggu peluang rakan-rakan yang masih berada dalam akademi. Aril pasrah saja kerana sama ada terpilih masuk semula atau tidak, Aril akan tetap mengejar cita-cita menjadi penyanyi," katanya.

Ditanya adakah Marsha menjadi punca dia tersingkir, Aril berkata dia sendiri tidak tahu apa yang penonton nampak di kaca TV kerana baginya, Marsha bersikap baik kepada semua pelajar.

"Semua ini berbalik kepada rezeki. Kalau Tuhan nak bagi, ia akan datang dengan apa cara sekalipun. Aril hanya mendokan yang terbaik untuk diri Aril dan kawan-kawan. Tentang Marsha, Aril suka dengan sikapnya yang periang itu," kata Aril lagi.

Mengulas tentang abangnya, Izwan Pilus, Aril tidak nafikan Izwan banyak mengajarnya tentang cabaran menjadi artis.

"Aril sayang sangat Abang Izwan. Dia memang rock. Selain abang, Aril juga anggap Abang Izwan macam kawan. Kami memang selalu berkaraoke di rumah. Kalau ada peluang, Aril mahu juga duet dengan dia," ujar Aril.


Menarik tentang Aril

Masih belum fikir sama ada menggunakan nama Aril AF7 atau Aril Pilus. Namun, Aril tidak kisah kalau nak panggil Aril Awok.
• Aril berkata bantal yang dibawa hos AC Mizal ketika konsert AF7 lalu itu bukannya bantal busuk tetapi bantal peluknya. Kalau tak percaya, dia mencabar sesiapa saja untuk mencium bantal itu!
• Walaupun disamakan imej dengan Rain atau artis dari Korea Selatan. Aril akui lebih suka gaya artis Jepun.
• Nakal, selamba dan Happy-Go-Lucky adalah perkataan yang sesuai dengan Aril.
• Hari lahir Aril dan Claudia adalah sama - 5 November 1985.


peTikan nie diambil dari laman web MuRai...
pernaH tengok dia dalam eraTV, cara dia menjawab soalan Nana tidak sedikit pon menyinggung perasaan orang lain...
walaUpun dia poYO...tapi, setiap tutur kata dilontarkan dengan baik dan berhati-hati...
majalaH AKSI untuk minggu nie banyak bercerita pasal ArIl...
ariL birthday 5/11/1985...pakniL 6/11/1962...
berkongsi bintang yang sama, patuTlah perangai nampak lebih kurang...
itulaH istimewanYa mereka berdua ni di dalam hidup aku...
walaupun mereka suka berjenaka, sense of humor yang poyo, tapi tutur kata atau percakapan yang dilontarkan itu penuh berhemah dan berhati-hati...bahasa senangNya, sedaP telinga mendengaR...
kalaUpun rezeki ariL tak dapat masuk semUla AF (sebab undiaN aishah mengejar dengan lajunya), tapi akU percaya kerJaya ariL tidak akan berakhir...AF tu bukanlaH segala-galaNya...mungkin dia akan menumpang populariti abgnya (atau mungkin juga dia akan lebih glamer dari abgnya...hehehe...), tapi tak kisaHlah kan...itu satu perkemBangan yang positiF...(mcm saiDa sekrang, dah ada pon videO kliP sendiri pun...)
yang pentiNg, ariL perlu taHu cara terbaIk untuk dia memaJukan diriNya sendiri...
seMoga idoL aku yang berdUa nie akan terus maJu dalaM duNia seni masiNg-masiNg...
aMIn...
LoVe P.A.K.N.I.L & A.R.I.L

Tuesday, May 05, 2009

ariL is leading wiTh AF MasuK...

wohOooooo!!

haa...sorry yer pd kekawaN yang maYbe bosaN dengan posT yang dok cite pasaL AF nie kan...
tapi, i can't help it...hehehe...
biLa ada AF Masuk nie, lagielah aku conCern kan...hehehe...

my dear chanim...
sejak bila cakap ngan aku guna 'kite kite' nie...? hehehe...memang skemalaH ko nie...hehehe...
aku pun rasa lah, dia berlakon...
tapi, percaya atau tidak, aku nie boleh tahan gak termakan lakonan dia tu...hehehe...
yang kat dalam diari tu, yes...memang real...
dia memang emotionally involved pon dengan student...si isMa siap pengsan lagi tu...sebab terkejut sangat...
so, we continue to see the drama eh...
tak sabar nak tunggu saturday nie punYa konsert...

dear sYana...
ala..ala..bucuk...
sorrylaH yer...tak berniat nak risaukan ko pon...
sepatutNya post yang selepasnya tu nak dipost cepat...
tapi, ada masalah teknikal....tu yang lambat post...
hehehe...
btw, aku ok...takde masalah...
cuma sejak demam AF nie, adalah sikit jiwa kacau...hehehe...
u are rite, kalau ariL dpt masuk final, memang aku lah org paling happy...hehehhe...
ntahlah syana...aku nie life tak banyak benda yg interesting mcm life org lain...
tu yang dari boring memanjang, mehlah involve kan diri dlm rncgn2 realiti ni...hehehe...
adalah sikit benda yang aku nak fikir....
selaluNya aku tengok rancangan realiti nie, takdelah 'emotionally involve' kan...
tapi, aura si AriL nie lain sikit...
so, ko layaN jerlaH akunyer peranGai nie eh...
dlm facebooK pon, what type of person are me, dia kata aku 'dreamer'...hahahha...
thank u syana sebab sudI layaN kerenah akU nie...

hai adik suzY...
confirM dik ada AF Masuk kali nie...
votiNgnya staRt dari semlm (4/5/09) 10pm sampai sabtu (9/5/09) 9.00pm....
sekrg nie ariL tgh leaD....
adIk boleh tgk websiTe nie for more info...if adik suKalaH...hehehe...
http://www.astro.com.my/akademifantasia
dik,
masa time saida dulu, auRa dia tak sekuaT mcm ariL kat AF7 kali nie...
kalaU ariL tak bagus, setakat harap muka jer cute, akak rasa org stiLL takkaN vote dia...
nie mmg bleh teNgok dia pUnyer traNsformasi, week by week dia improve...
masa koNsert ke-7 tu, mmg satU keputusaN yang menGejutkan biLa ariL tersingkir...
sebab bukaNNya dia taK bagus...
sekurang-kuraNgnya, tak menaNg AF7 pon, boleh pegi ke finaL...
setiaP persembahaN dia memaNg dinanTikan sebaB dia selalU buaT kejutaN dgn aksi-aksI yang pelajar AF lain tak berani pon nak buat...kecuali akim aritu lah...naik atas kerusi...hehhe...
sebab aUra ariL terlalu kuaT, and principaL tiara tu taKleh terima hakikaT yang aishah&claudia terkeluar last week, tu yang dia gunakan kuasa dia untuk adakan AF Masuk...
btw dik, thaNks yer sebaB sudi jer layaN 'demam' akak nie kan...
hehhehe...

harap-harap, ariL akan masuk semula..
i'm hoping for the best...
nak menang AF tu, mungkin sedikit mustahil...
but, who knows kan...hehehe...
i will make sure ariL go to the final...
i know he can do it...takkan menghampakan semua peminatnya....

terbaik wok!!

awoKK is d best!!

Sunday, May 03, 2009

AFMASUK...???

wah...
tak sangka ada plak AFMasuk kali nie...

bila principal Tiara umumkan ada AFMasuk, semua org mostly nak salahkan ariL...
kononnYa nak masukkan balik aril cepat...

but, bagi sesaPa yang tengok penyingkiran konsert ke-8 aritu, rasa-rasanya if u all bijak pandai di luar sana, sebenarnya lebih untuk siapa...?

masa aril terkeluar tu, tiara tak pon sedih mcm masa aishah & claudia terkeluar...
naluri perempuan, dia mesti lebihkan pelajar perempuan walau mcmanepon dia beri perhatian pada pelajar lelaki...

so, untuk penyokong-penyokong aril, kite pon rebutlah peluang ini untuk afmasuk aril...
memanglah harapan tinggi nak dia menang, tapi terus terang cakap memang mustahil...
but, at least kite kena cuba masukkan aril semula and make him go to the final...

untuk ariL's fan, we have work to do...

terbaek wok!!!!!!

Saturday, May 02, 2009

thaNks to adik su3y...


first of all, THANKS A LOT! to adik suzy...for awarding me with this...
seriusly.....terharu sangat...
sebab there is someone out there (and of course that is u adik suzy), yang sudi awarded my blog..

kalau nak cite pasal blog nie, memang tak sudah...
kat blog nie lah, everything yang tersimpan, terasa, semuanya diluahkan...
yang gembira, yang sedih, yang frustated, semuanya diluahkan di sini...

for all my friends, yang sudi baca & beri comment in my blog, thank you very very much....
really appreciate it...
maafkan saya juga, andai ada bahasa-bahasa di blog ini yang mungin secara sengaja atau tidak sengaja menyinggung perasaan sesiapa...

hopefully, all bloggers yang aktif di luar sana (adik suzy, shanim, syana, adik taqeem, en.sazly, kak mas, en.din, nasir dan lain-lain...sorry if tidak disebutkan nama anda di sini), teruskan blogging ok...

once again, thanks adik su3y...

lastly, TERBAEKKKKKKKK WOOKKKKKKKKKKK!! hehehe...of course ariL takkan dilUperkan...hahaha...