Thursday, April 01, 2010

WuHai DiN BeraMboi...


Din Beramboi kini kritikal

KUALA LUMPUR 31 Mac - Pelawak dan penyampai radio Era, Mior Ahmad Fuad Mior Badri (gambar) atau lebih dikenali sebagai Din Beramboi, 43, yang dimasukkan ke Hospital Selayang kelmarin, kini kritikal dan masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu.
Wartawan Utusan Malaysia berpeluang melihat keadaan juri tetap program televisyen Raja Lawak itu yang tidak sedarkan diri di ICU hospital berkenaan.
Sebelum itu, dia dibius dan masih menggunakan alat bantuan pernafasan serta mesin-mesin sokongan lain.
Difahamkan, lebih lapan pakar perubatan dari pelbagai pusat perubatan sedang menjalankan ujian darah dan mengenal pasti punca sebenar penyakit yang dialami penyampai radio swasta itu.
Menurut anak sulungnya, Nil Aina Adibah, 18, bapanya itu 'direhatkan' sejak semalam.
Katanya, ia berikutan terdapat jangkitan kuman di dalam darah sehingga merebak ke buah pinggang dan dijangka bergantung kepada mesin sokongan berkenaan sehingga esok.
Dia bagaimanapun menolak dakwaan spekulasi yang mengatakan bapanya itu koma serta keracunan akibat makanan tercemar.
Kata Nil Aina Adibah, pihak hospital belum dapat mengenal pasti penyakit yang dihidapi bapanya namun dimasukkan ke ICU kerana disyaki menghidap demam denggi berdarah.
"Saya dimaklumkan oleh doktor, terdapat tiga jenis racun iaitu bisa ular tedung, bisa katak dan racun rumput menyerupai simptom virus kencing tikus tetapi sehingga kini, punca sebenar jangkitan kuman dalam darah ayah belum dikenal pasti.
"Sehingga petang ini, doktor belum mengumumkan hasil ujian darah dan kemungkinan dijangkiti virus kencing tikus itu masih belum disahkan.
"Doktor kini sedang melakukan analisis darah bagi menggantikan darah-darah yang dijangkiti kuman," katanya yang ditemui di tingkat lima Hospital Selayang di sini hari ini.
Akhbar hari ini melaporkan Din Beramboi dimasukkan ke Hospital Selayang kira-kira 3.25 petang kelmarin dalam keadaan kritikal selepas dipercayai dijangkiti virus kencing tikus.
Selain menjadi penyampai radio, Din Beramboi juga pernah bergiat dalam bidang nyanyian, kartunis dan pelakon.
Dalam pada itu, Nil Aina Adibah memberitahu, bapanya itu mengalami demam sejak empat hari lalu sebelum menjalankan pemeriksaan awal di sebuah hospital swasta di Rawang pada pagi Isnin lalu.
"Doktor hospital terbabit kemudiannya merujuk kes bapa saya kepada Unit Kecemasan Hospital Selayang pada petang Isnin itu dan selepas doktor mengenal pasti ada jangkitan kuman dalam darah barulah dia dimasukkan ke ICU pada keesokan paginya.
"Saya meminta semua peminat mendoakan agar ayah cepat sembuh," katanya.

berita terkini yang aku dapat dari utusan online...
radio era pon memberitahu berita yang sama...
pak din sekarang sangat kritikal di ICU, Hospital Selayang...
risau gak hati ini mendengar berita itu...
semalam, bila kita dia dah stabil, macam lega sikit...
tapi, nie bila dengar dia kritikal balik, hanyak doa lah yang mampu kita buat sekrg...
harap-harap pak din dapat sembuh seperti sedia kala...
dan keluarganya juga tabah menghadapi semua ini...
chaiyok...chaiyok...pak din :)

1 comment:

Edzlin said...

Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau berikanlah peluang kedua kepada Mior Ahmad Fuad Mior Badri.

sedih bila tgk pics anak2nya.