Wednesday, April 28, 2010

akhirnya...

ada 2 cerita akhirnya yg nak story sikit kat sini..



1- akhirnya, dapat juga dengar suara paknil di radio...really miss him on radio...sejak paknil tiada waktu pagi, rasa cam tak ceria jer nak pegi keje...nak bukak radio time pagi pun rasa malas...huhu...but, sejak paknil ada waktu petang nie, rasa semangat sikit nak bukak radio...hehehe...walaupun rindu sangat pada riuh pagi era paknil & arwah din beramboi, tapi sekurang-kurangnya slot paknil waktu petang sekrg pon sedikit sebanyak telah mengubat rindu...kat riuh pagi era sekrg pun, ada ulangan drama sebabak, sawancara...semua tu adalah pengubat rindu..kat astro warna sekrg pun, ada ulangan wuhai beramboi...itu juga adalah pengubat rindu buat arwah din beramboi...al-Fatihah buat beliau...




2- akhirnya, Nad AF8 terkeluar juga ahad yg lepas...tapi, personally kan, walaupun pd awalnya aku rasa nad patut terkeluar, tapi sejak 2 minggu lepas, aku dah mula enjoy sikit tengok persembahan dia...tapi, pd ahad yang lepas, aku ingatkan Iwan yang akan terkeluar...sebab aku dah mula bosan tengok persembahan dia...ok, memanglah dia ada masalah sakit tekak...tapi, adilkah bagi pelajar2 lain yang bertungkus lumus berusaha untuk terus stay dalam af daripada kekalkan pelajar yang tak putus2 dengan masalah sakit tekak? tapi, nampaknya undian terkini adalah Iwan yang tertinggi...maulana dah menjunam ke bawah balik...harap2nya minggu nie Iwan tidak lagi menghampakan...betul kata pengetua & pengkritik, Iwan lebih menyerlah di masa konsert tirai dan awal2 minggu...lepas tu, makin teruk dan makin teruk...sedangkan pelajar2 lain dah mula meningkat...apa-apa pun, tunggu jerlah konsert ke-7 minggu nie...

p/s: masih teringat lagi tahun lepas, AF7, minggu ke-7 dan 7 pelajar yang tinggal...angka keramat 777 tetapi tidak membawa tuah buat Aril kerana tersingkir minggu itu...huhu..tapi, sekrg Aril dah buktikan pada peminat-peminatnya bahawa dia bukanlah seorang artis yang tidak boleh pakai...aku sebagai salah seorang peminat Aril sangat gembira kerana tidak salah memilih...all the best AriL...

Tuesday, April 20, 2010

best ke AF8...?


rasanya tahun nie aku belum cerita lagi pasal AF8 kan...
aku nie bukanlah fanatik AF, tapi sekadar suka-suka tengok sebab aku suka tgk apa-apa pun rancangan realiti kat malaysia nie...

Akademi Fantasia...
antara rancangan realiti di malaysia yang masih lagi ramai peminatnya...
dah masuk musim ke-8 pun...itu bermakna, dah 7 tahun usianya...
kalau sekolah, dah masuk darjah 1 pun...
tapi, aku rasa (ini sekadar pendapat peribadi)...AF tahun nie kurang menyengat...
dari segi apa? pelajar-pelajarnya...
tenaga pengajar, pengacara, juri semua dah mantap untuk AF tahun ni, tapi pelajarnya plak buat spoil...

hari isnin aritu, masa tgk diari, aku suka betul kata-kata dari pengetua Norman...
kenapa trend pengundi jadi mcm tu?
bukan sebab bakat, tapi sebab diari...

ramai pengundi dah mula mengundi pelajar yang nampak lebih sopan, tak cinta-cinta dalam AF,
lepas tu, pelajar-pelajar tahun nie nampak banyak main-main, tak sungguh-sungguh...
sebab tu trend pengundi memang susah nak diduga...
macam ain ngan maulana, sangat bagus dari segi vokal dan persembahan, tapi kenapa undi rendah? sebab dalam diari org dah mula meluat tengok gelagat mereka...
kenapa adira selalu dapat vote tinggi? sebab dalam diari, dialah yang paling sopan, tak banyak songeh dan dengar cakap cikgu...sebab tu vote dia selalu tinggi every week...
sayang anum dan alif terkeluar awal...aku rasa dieorang tu lebih layak stay daripada nad..(sorry to nad's fan..i'm only speaking the truth)...

but overall, yang aku enjoy tgk AF nie pun sebab tenaga pengajarnya, jurinya dan pengacaranya...
pelajar? aku lebih prefer adira dan shahir...
sebab?
dieorang tak banyak kerenah...

apa-apa pun, tahun nie punya juara AF mcm susah nak diramal...
dah lepas konsert ke-5 pun still tak nampak lagi siapa bleh jadi juara...
so, sama-samalah kita saksikan... :)

Saturday, April 17, 2010

cuaca sangat panas hari ini...

wah!

minggu nie buat rekod lah...dah 2 kali minggu nie aku pegi minum abc kat kg melayu...
abc kat kg melayu tu skrg dah jadi fav aku...SANGAT!
Sebab abc dia tak manis sangat, sedap, banyak isi-isinya dan tekstur aisnya halus...
ishh...pendek kata memang sedap...hehehe

sebenarnya, cerita abc nie nak dikaitkan dengan cuaca yang sangat panas siang tadi...
cuaca kat JB sekrg nie tak menentu...
kadang-kadang hujan selebat-lebatnya, tapi mesti sebelah petang...
pagi & tengahari cuacanya plak sangat panas...
tu yang tadi, bila keluar waktu panas terik tu, terus ajak mak pegi minum abc...
abg yg jual abc tu pun sampai dah cam sangat dah muka aku asyik makan abc situ jer...
hahahaha...

but still, kena jaga betul2 kesihatan dalam cuaca yang tak menentu...
bila dah minum abc mcm tu, kena cepat2 minum air masak biasa jugak...
bila kena hujan, cepat2lah pegi mandi...
tu lah yang aku amalkan...

alhamdulillah, setakat nie kesihatan di tahap memuaskan...
dan harapnya terus2lah camtu...

Tuesday, April 13, 2010

salahGuna D.E.M.O.K.R.A.S.I.

aku rasa mcm terpanggil2 nak buat post kali nie...

aku yakin, peminat-peminat arwah Din Beramboi sekarang dah lebih kuat dan tabah dengan pemergian beliau...walaupun masih lagi terasa dengan kehilangan beliau, tapi aku rasa mereka-mereka semua termasuklah aku dah semakin kuat dan redha menerima ujian dari Allah SWT...

tapi, aku sedih dengan mentaliti sesetengah masyarakat kat Malaysia nie yang menyalahgunakan terms DEMOKRASI...

memang Malaysia mengamalkan sistem demokrasi, tapi hak untuk bersuara adalah untuk membuat kritikan2 yang membina..bukan untuk menghancurkan...

tapi, segelintir masyarakat di luar sana yang tidak senang melihat kejayaan orang lain, sepatutnya berusaha supaya lebih maju...tapi nie tak, dengki jer yang lebih...usaha taknak...

sejak allahyarham Din Beramboi meninggal dunia, ada plak insan/umat yang sampai hati mengutuk/mengata arwah secara terang2 di facebook yang mana facebook itu telah menjadi satu laman sosial yang agak gah sekrg nie...
aku terfikir, tidak pernahkah org2 ini berfikir jika anak-anak atau ahli keluarga, sahabat handai arwah membaca komen2 sebegitu? adakah org2 ini tidak mempunyai keluarga?

lagi satu, kalau betul lah tak suka arwah, cara arwah berlawak atau apa-apa yang seangkatan dengannya, kenapa tak suarakan sewaktu arwah masih hidup...
rata-ratanya mereka tak suka arwah sebab katanya arwah suka buat lawak bodoh...
kalaupun lawak dia bodoh, org tetap gelak gak...tetap suka...

lepas tu, bila org lain komen atas2 komen yang tak patut tu, mulalah guna terms demokrasi yang aku cakap tu...
kononnya, itu pendapat dia...sekadar menyuarakan, kenapa nak ambil hati...

tapi, personally i think...kita semua memang manusia yang tidak sempurna...
tetap akan ada salah dan silap...
so, sebelum mengata org lain, muhasabah diri dulu...
adakah kita dah cukup ilmu, cukup baik untuk mengkritik seseorang itu...?
kalau tak suka, janganlah nak buat PUBLISITI MURAHAN dengan facebook...

so, harap2nya lepas2 nie takdelah lagi umat2/manusia2 yang masih lagi nak menghina allahyarham Din Beramboi...
sebagai manusia yang beragama, segala salah dan silap arwah, ampunkanlah...
dan doakan semoga dia dilepaskan dari azab kubur dan ditempatkan di kalangan org-org beriman...amin...

Contoh eh...walaupun aku tak suka fasha sandha, tapi tetap tak setuju org yang create account i hate fasha sandha tu...tapi, itulah contohnya yang terbaik, yang mana peminat tak suka, terus je kutuk fasha sandha sewaktu fasha sandha tu still alive & kicking...mungkin lepas dia tahu ada acc mcm tu dlm facebook, membuatkan dia berfikir untuk memperbaiki diri dia akan datang...

wallahualam...

Monday, April 12, 2010

permulaan hari yang tak best...

kenapa yer...

hari nie rasa tak best...

mood lari sikit...

kecik hati ngan hubby kot...

tahu dia tak sengaja, tapi tetap nak kecik atie...

aku tak marah dia, cuma nak dia lebih prihatin...

walaupun hal tu nampak remeh jer...

.........................................................................?????.............................................................................

zwani.com myspace graphic comments
I Miss You Graphic Comments

Thursday, April 08, 2010

artikel yang sangat menyentuh perasaan...

kawan-kawan...

saya sekadar nak share dgn semua artikel ini dari gua.com dan dilinkkan oleh edzlin di Facebook...
sangat tabah anak-anak allahyarham Din Beramboi...
sedih baca artikel ni, tapi yang mengalami pasti lebih sedih...
mudah-mudahan keluarganya lebih tabah dan kuat semangat menempuh hidup2 tanpa arwah...
dan semoga roh allahyarham Din Beramboi dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman...


Din Beramboi Hidup Dalam Kenangan Anak-Anak


Hampir 20 minit GUA khusyuk mendengar celoteh kedua anak sulung Allahyarham Din Beramboi atau nama sebenar Mior Ahmad Fuad Mior Badri, yang tidak segan berkongsi dengan para wartawan kenangan-kenangan manis bersama ayah mereka. Terharu bila GUA memikirkan selepas ini, tiada lagi kenangan-kenangan baru yang akan dicipta mereka bersama papa kesayangan.

Sepanjang celoteh mereka, tiada setitik air mata yang dititiskan. Sebaliknya perbualan mereka penuh dengan senyuman dan hilai ketawa. Ketabahan Nil Aina Adibah, 18, dan Mior Syafiq Ar-Ridhwan, 12, berdepan realiti kehilangan pelindung mereka pada usia yang muda, bukan saja menyentuh hati tetapi mengagumkan.

Cerita Aina, papa-nya sering membuat lawak bila di rumah. Adakalanya akan disergah mereka dari belakang dan pernah sekali, arwah berpakaian kostum putih dan duduk di pondok untuk menakutkan mereka.

"Papa sanggup buat macam tu untuk takutkan kami. Tapi sebab dah terlalu biasa, sampai tak kelakar pun. Kecuali bila papa buat lawak spontan. Yang paling kami rindu tentang papa, setiap malam papa akan masuk bilik untuk 'adjust' air cond, selimutkan kami, cium kami. Tak pernah 'miss'."

Dalam ingatan mereka, hanya sekali sahaja melihat arwah menangis.

"Masa itu, papa dah dimasukkan ke hospital dan bos Era, Nazri (Noran) datang ziarah. Masa salam tu, papa menangis sambil memberitahunya, 'Nazri, bukan aku tak nak kerja tapi aku tak sihat’," kata Aina.

Tambahnya, sebulan sebelum pemergiannya, arwah banyak berpesan kepada anak-anaknya.

"Papa selalu tanya, 'Jika papa takde, macam mana?'. Papa juga selalu ingatkan kami untuk jaga rumah, jaga mama, belajar, jangan malas... Masa tu, kami nak percaya pun, ‘Boleh percaya ke sebab papa ni selalu berlawak’. Selepas papa meninggal, baru kami sedar," kongsi Aina yang sedang menunggu kemasukan ke universiti.

Ditanya jika adik bongsu, Nir Ain Syuhadah, 6, memahami apa yang telah berlaku, Aina memberitahu sejak seminggu ini mereka selalu ke pusara arwah.

"Ain akan kata, 'Papa, minum pagi' sambil siram air atas kubur papa, 'Papa, Ain balik dulu', 'Papa rindu Ain, Ain rindu papa'. Dia faham macam itu-lah. Tapi kebelakangan ini, dia sedikit sensitif, cepat merajuk.

"Sebelum ini, bila dia merajuk dia akan terus mengadu kat papa dan papa akan belikan untuknya. Sekarang, pada siapa dia nak mengadu? Dia paling rapat dengan papa. Muka pun muka papa. Ada sekali papa cakap, 'Ain tidur dengan papa sampai Ain kahwin'."

Tentang keadaan ibu, Suhaini Che Man pula, yang kini terpaksa mengalas tanggungjawab menyara keluarga seorang diri tetapi mujur mendapat bantuan daripada adik-beradiknya, dedah Aina, "Ibu sudah nampak kuat sikit. Saya faham akan ada masanya bila ibu jadi rindu tapi belum lagi."

Tidak berkira dengan anak-anak
Jika masyarakat hanya mengenali Din Beramboi sebagai karektor yang gila-gila, kuat berlawak tetapi di rumah, di kalangan anak-anaknya, arwah juga seorang yang tegas dan bertanggungjawab.

"Papa tak bagi muka pada anak-anak. Papa sangat tegas. Apa yang papa cakap, kami tak pernah tak buat. Papa seorang yang pentingkan disiplin. Papa tahu macam mana untuk mengaturkan jadual pembelajaran dan keperluan kami," ujar Aina yang ditemui selepas menerima, bagi pihak ibunya, sumbangan cek berjumlah RM10,000 daripada Media Prima Berhad petang tadi.

“Bila marah, cara papa bukan untuk meninggikan suara. Papa akan cakap benda yang ada fakta. Ayatnya 'simple' tetapi makan dalam dan kami faham.

“Sebenarnya, papa seorang yang lurus bendul. Bila melawak tu bolehlah papa tipu tapi dalam kehidupan sebenar, papa tak boleh tipu. Kami tahu bila papa tipu. Papa akan ketawa tersipu-sipu. Bila kena 'twist' sikit, dah kantoi."

Meskipun tegas dengan anak-anak, apa yang diingini mereka akan dicuba sedaya-upayanya untuk memenuhi. Dengan anak-anak, arwah tidak pernah berkira.

"Apa yang kami minta, kita akan dapat. Walaupun susah, papa akan usahakan untuk memberi anak-anaknya kepuasan. Itu yang istimewa tentang papa. Sebab itu bila papa 'pergi', kami tidak terkilan sebab papa tidak berhutang dengan sesiapa.

"Papa tinggalkan kami bukan dengan tangan kosong. Semuanya sudah disediakan, rumah, kereta... Papa memang 'best'. Bukan sebab kami sebagai anak saja-saja nak cakap depan media.”

Arwah tidak sangka ramai peminat
Dedah Aina, tidak pernah disangka mereka arwah seorang artis yang sangat popular. Malah arwah pernah berkata, dirinya tidak mempunyai ramai peminat.

"Tapi nampaknya papa salah. Papa bertuah kerana ramai yang sayang. Sampai Azwan Ali pun menangis. Kami tak tahu papa se-popular ini. Tak sangka semua artis rapat dengan papa. Yang kami tahu cuma Aznil (Hj Nawawi).

"Papa tidak menunjuk-nunjuk. Papa sangat 'simple'. Bila ke pasar, sederet penjual dia akan tegur. Papa pun terkejut bila tercalon untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Papa ada cakap, jika ada bilik besar, kita akan pergi sekeluarga.

"Papa amat pentingkan keluarga. Bila kerja 'outstation', papa akan cari bilik supaya dapat bawa kami bersama. Papa lepas habis kerja, terus balik rumah. Kalau nak lepak dengan kawan, papa lebih suka berlepak di rumah, buatkan teh tarik.”

Sejak arwah jatuh sakit, Aina bersama ibu dan adik-beradik tinggal bersama nenek di Kepong. Menurutnya, buat masa ini mereka tidak kuat untuk tinggal di rumah. Terlalu banyak kenangan dan peninggalan arwah di situ.

"Rumah itu, semuanya papa dari aksesori, dekorasi. Papa semua boleh buat. Papa dilahirkan macam tu. Ada sekali papa terjumpa kayu biasa, papa licinkan dan papa ukir sendiri ayat Bismillah. Ukiran itu masih ada lagi. Pagar kayu sekeliling rumah pun papa yang buat sendiri termasuk katil, pondok..."

Menyentuh tentang insiden rumah mereka dipecah masuk baru-baru ini, kata Aina, "Saya tak faham bagaimana orang macam tu boleh ambil kesempatan ke atas orang pada waktu begini. Semua yang mereka ambil barang-barang kenangan papa seperti 'laptop' dan kamera yang mengandungi gambar-gambar keluarga. Mana kami nak cari ganti?"

Sebagai seorang artis, arwah tidak terlepas daripada kritikan dan kutukan. Namun dedah Aina, papanya tidak ambil kisah apa yang diperkatakan tentang dirinya.

"Papa buat tak tahu sebab katanya masalah itu akan hilang juga asalkan kita tak lari darinya atau memburukkan lagi masalah itu. Kata papa lagi, orang yang bawa mulut itu tak tentu baik."




Wednesday, April 07, 2010

cuTi santai...

salam kawan-kawan...

hmm,arini buat pertama kalinya aku mengambil CUTI REHAT tanpa sebab...hehehe...

ntahlah, sejak beberapa hari nie mood nak keje sangat takde...tak tahulah kenapa...
mungkin juga sejak pemergian Allahyarham Din Beramboi membuatkan semangat aku pun sedikit sebanyak hilang gak...
yerlah, sebab dulu paknil dan pakdin lah yang menceriakan pagi aku...
dari bangun tido, dalam kereta, di tempat kerja...

sekarang, pagi rasa sunyi...sunyi sangat...
memang pagi2 sekrg ada Dina dan Jimmy yang cuba menceriakan suasana pagi, tapi tak sama...
dulu, aku gosok baju pun waktu pagi sebelum pegi keje...sambil dengar ulangan sawancara...hehehe...
tapi sekrg, takde mood nak gosok baju waktu pagi dah...
malam sebelum tido aku dah gosok baju dah...

sebab tu lah, arini aku NEKAD..ambil cuti rehat...mengejut jer, semlm baru mohon...
huhu...

so, harap2nya dengan bercuti hari nie dapat merilekskan sikit fikiran dan mengembalikan mood nak bekerja :)

p/s: rindu kat hubby pun ya jugak...huhuhu... :(

Sunday, April 04, 2010

Luahan Hati PakNiL...

Ubat saya sudah pergi

ASSALAMUALAIKUM! Paknil yakin pasti ramai tahu apa yang ingin Paknil borakkan dalam ruangan minggu ini kalau bukan cerita mengenai Mior Ahmad Fuad Mior Badri atau lebih dikenali sebagai Din Beramboi.Paknil percaya ramai rakyat Malaysia merasa kehilangan pelawak serba hebat dan penyampai radio yang ligat setiap pagi bersama Paknil di Riuh Pagi Era.
Kita akan merindui lawak merapu dan gila-gilanya sebab bagi Paknil, Din seorang saja yang boleh melakukan itu.
Setiap pagi Isnin hingga Jumaat, Paknil pasti berderai tawa terbahak-bahak sebab Din Beramboi membuat lawak yang terbit secara spontan dan luhur dari hatinya.
Bila itu terjadi, Din Beramboi akan berlawak dengan gaya sekali sedangkan kami hanya di radio! Siapa yang nampak gerak gaya Din bila lawaknya ke udara, tetapi itulah Din Beramboi. Dia memang bersungguh-sungguh bila melakukan kerja yang digemarinya.
Din, siap nak bawa sarapan?
Din sering bertanya sama ada Paknil akan berpuasa pada keesokan harinya kerana dia sentiasa nak bawa sarapan pagi untuk Paknil. Bila Paknil tak puasa, pasti ada satu bekas penuh kuih lopes yang dibawanya dari rumah.
Dia cakap, orang tua macam Paknil memang suka makan kuih ‘old school’! Dia kata orang muda macam dia cuma makan sandwich dan chicken pie!
Paknil sering usik Din dengan perkataan ‘Cur Cur Mak’. Kalau nak tahu, sebelum masuk konti radio awal pagi, selalunya Din kata, dia tak mahu sarapan sangat sebab nak diet tapi Paknil kata: “Sudahlah! Mesti dah Cur Cur Mak sebelum ini.”
Din sebenarnya mesti singgah di kedai mamak berdekatan Astro sebelum mulakan pagi untuk makan. Cur Cur Mak tu maknanya Curi Curi Makan!
Din, kenapa biar aku buat kerja seorang sekarang?
Pernah ada satu ketika Din terlewat ke konti radio sebab terlewat bangun. Bayangkan dia pecut kereta dari rumahnya di Rawang ke Astro dan sempat juga mendengar Paknil ke udara seorang diri di Riuh Pagi Era.
Sampai di studio, dia tahu Paknil bengang ketika itu tapi dia cakap dia sedih bila dengar Paknil kerja ‘sorang’ sebab dia kata macam tak meriah di udara. Jadi dia minta maaf sangat sebab terlewat dan berjanji untuk tidak lewat lagi selepas itu.
Sememangnya Din tidak pernah lewat lagi, malah kerap pula dia tiba lebih awal daripada Paknil.
Din, sekarang kau dah tak ada. Kalau kau dengar aku sorang-sorang di radio mungkin dah tak meriah kan? Aku pun tak tahu sama ada aku nak teruskan atau tidak kerja ini.
Bayangan kau terlalu kuat di sebelah aku, jadi aku rasa seperti tidak akan dapat bangun seperti dulu lagi!
Din, pilih tempatlah untuk melawak!
Sebagai abang, Paknil pernah juga menegur perangai Din yang suka melawak tidak bertempat. Pernah ketika Paknil mengendalikan segmen Merisik Khabar, Paknil tersentuh dengan cerita pemanggil sehingga menitiskan air mata.
Din yang ada di depan Paknil ketika itu ketawa melihat Paknil yang tersedu-sedu. Hangat juga hati ketika itu apabila Din cuba membuat lawak, sedangkan kami berbual mengenai sesuatu yang menyayat hati.
Paknil tegur dia: “Din, kau boleh tak pilih masa dan tempat untuk berlawak?” Jawapan Din benar-benar menginsafkan Paknil. Katanya: “Kalau menangis boleh selesaikan masalah orang itu, dia pun akan menangis sekali. Muka sedih dan menangis bukan boleh selesaikan masalah.”
Din memang ingin jadi ubat kepada wajah sedih orang. Dia nak orang senyum gembira saja. Dia memang akan memanggil Paknil sebagai orang yang cengeng dan sebab itu dalam Raja Lawak ada ketika dia tegur Bob Lokman yang berair mata ketawa sama seperti buruknya Paknil menangis.
Sekarang dia pasti nampak betapa buruknya muka Paknil menangisi pemergiannya.
Din, kau nak cuti panjang kan?
Sememang Paknil kena ambil cuti panjang dalam minggu ini untuk menyempurnakan rakaman Jangan Lupa Lirik. Din Beramboi adalah orang yang sangat suka bila Paknil minta cuti daripada Era kerana dia tahu kalau Paknil cuti, dia pasti cuti juga.
Dia cakap: “Aku untung tak payah pergi mengadap minta cuti sebab kau yang pergi mengadap. Bila kau cuti, aku pun cuti jugak.”
Paling akan Paknil ingat apabila Din akan ‘countdown’ kiraan hari menjelang tarikh kami bercuti setiap hari tanpa gagal. Sekarang kau pula yang cuti panjang.
Din Mr Sengal?
Din suka juga bagi gelaran pada kami di Era. Macam-macam nama yang dia cipta untuk orang yang dia usik.
Penerbit Riuh Pagi Era, Azizan dipanggilnya KURUS atau kadangkala dipanggil KURSUS. Ada yang digelar Ciputlah, Bruce Leelah, Dharmalah, Pen Drivelah dan macam-macam lagi.
Gelaran itu semua muncul secara spontan dan Din juga biasanya memanggil orang itu secara depan-depan. Mereka yang dipanggil itu pula tidak ambil hati kerana faham sangat perangainya.
Tiba-tiba masa Paknil bekerja sendiri ketika Din tenat, Paknil terima panggilan daripada pendengar Era yang menggelarkan Din sebagai Mr Sengal.
Katanya: “Bangunlah Mr Sengal ku. Pagi ku tidak sama lagi tanpa kehadiran Mr Sengal yang selalu buat lawak sengal! Bangunlah please…!” Kini Mr Sengal dah jadi Mr Senyap.
Suka hantar SMS yang mengarut
Paknil memang tidak suka ber‘SMS’ dengan Din sebab dia suka hantar SMS yang entah apa-apa. Pernah Paknil hantar SMS kepada Din tanya kenapa dia nak Alex Raja Lawak gantikan dia bila dia tidak ada di Era lagi? Din jawab: “Sebab dia tak tahu nak komen apa untuk Alex yang memang best!”
Baru-baru ini masa dia sakit, Paknil ada hantar SMS pada Din. Paknil cakap: “Din, cepatlah baik demam. Tak bestlah buat kerja sorang-sorang.”
Nak tahu apa yang Din jawab pada Paknil?
“Bukan sakit tapi rasa nak mati. Semua dah rasa kebas. Tu tanda-tanda nak mati lah.”
Din, aku rindukan engkau
Mungkin ini tidak pernah Paknil ucapkan pada Din sebab memang tak pernah rindukan dia, tapi kini setelah Din tiada, baru Paknil seperti terdengar bunyi ketawanya, bunyi batuknya, bunyi dengkurnya (kadangkala dia terlelap juga dalam konti... hehehe).
Paknil pun tak tahu apa makna Riuh Pagi di Era lagi sebab Paknil tidak pasti sama ada akan adakah lagi riuh itu apabila Din sudah tiada. Paknil tidak akan mampu menjalani tugas di konti sebab di setiap sudut Paknil akan terbayang kehadiran Din Beramboi.
Din, kau pergi tanpa beri amaran. Habis senyum dan tawa aku kau bawa sekali. Kini aku masih mencari orang yang boleh kembalikan senyum dan ketawa itu.
I MISS YOU MY BRO!
Wassalam.
kawan-kawan..
luahan hati paknil aku dapat dari metro ahad...
sekadar berkongsi luahan beliau dengan pembaca-baca blog ini..
edzlin,
akak pasti adik akan singgah blog akak...
dan akak juga pasti adik dah baca luahan paknil ini...
dan akak juga sangat pasti adik adalah antara org2 yang faham apa yang kita semua rasai sekrg nie kan...
setiap kali baca luahan paknil nie, airmata takkan berhenti mengalir...
masa konsert AF yang lepas, masa tunjuk clip khas untuk din beramboi,aku tetap menangis...
malam nie, di ABPBH, pasti airmata akan mengalir lagie...
penatlah menangis, tapi takleh tak menangis...
sebab pemergian Din Beramboi sangat dirasakan...
terlalu cepat, terlalu mengejut...tetibe rasa keriuhan pagi tidak sama...
buat PAKNIL...
tabahkan semangatmu...
kuatkan dirimu...
saya dapat rasakan semangat paknil dibawa pergi sebahagiannya...
paknil cuba sedaya-upaya menenangkan diri dan meneruskan juga tugas sebagai pengkritik AF...
nampak seperti paknil sangat tenang...tapi, perasaan di dalam hati paknil hanya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui...
nasib baik Anum peserta AF8 tu sedikit sebanyak menghiburkan juga...:)
PAKNIL...
saya tahu dan memahami apa yang paknil alami sekrg nie...
tapi, paknil kena kuat ya...
teruskan hidup...
sebab arwah Din Beramboi pasti mahukan paknil teruskan kehidupan paknil, jangan berhenti dan putus asa atas apa jua yang paknil lakukan...
kami semua sayangkan PakNil dan juga allahyarham Din Beramboi...
kami dah kehilangan Din Beramboi...
jadi, kami tidak mahu kehilangan Aznil Hj Nawawi...

Friday, April 02, 2010

kemeriahan pagi yang tidak akan sama...


gandingan yang sukar dicari ganti...

bermula Riuh Pagi Era (RPE) seawal Jan 2009...
masa tu, tak pasti lagi sama ada gandingan mereka dapat menaikkan rating Era waktu itu yang kian menurun...

1st time dengar RPE, "eh, lain lah cara dieorg kendalikan rncgn pagi nie...mcm best jerk layan"...
masa tu, aku masih lagi keje di selangor...
perjalanan antara bangi ke klang setiap pagi memakan masa lebih kurg 1 1/2 jam...boring kan...
so, siapa lah yang jadi peneman setia?
dah tentulah PAKNIL & PAKDIN....
memang pecah perut gelak...senyum sorang2...gelak sorang2 dlm kereta...
tak kiralah kereta2 sebelah nak cakap apa...yg penting pagi aku memang sangat terhibur...

sehari tak dengar RPE, terasa macam ada sesuatu yang kurang...
mcm tak lengkap jer hari tu...

RPE penuh dengan segmen2 menarik...
ada bahasa da'era, berita cara kami, cari tempat2 sarapan yang menarik, drama sebabak, merisik khabar, teka bunyi, jangan lupa lirik versi radio, detektif era, yang terbaru sawancara...
pelbagai topik dibincangkan...topik yang RPE utarakan setiap pagi adalah topic2 yang jarang radio lain buat...
ada sekali aku ingat, dieorang buat siaran pagi tu guna style dulu2...zaman 80an..hehehe...cakap sikit pastu selang2 dgn lagu...sampai paknil kata, "penatlah din..hehehe"

lama-lama, RPE menjadi bualan ramai...
rating naik...
aku pun dah jadi pendengar setia RPE...asalnya aku dengar hotfm...
tapi, bila RPE lebih best, terus dengar era jer sekrg nie...

sekarang...
bila Din Beramboi dah tiada, pagi pasti tak riuh seperti dulu...
yang tinggal hanya kenangan2 drama sebabak beliau dan sawancara...
tak jemu dengar drama sebabak dan sawancara walaupun diulang2...
ada yang kelakarnya jadi, ada gak yang tak berapa kelakar...
tapi, lebih banyak yang kelakar sebenarnya...

kawan-kawan,
sorry yer kalau post aku nie banyak pasal Din Beramboi...
tapi, baik Din Beramboi mahupun Pak Nil, aku dah anggap dieorg mcm ahli keluarga dan sebahagian dari hidup aku...
so, bila allahyarham Din Beramboi meninggal dunia, rasa terkejut, tak percaya masih lagi bersisa dalam hati...
mengubah mood menjadi tak ceria, tak tenteram, tak seronok...

walau apa pun, sebagai seorang Muslim, kita kena redha dengan ketentuan yang telah ditentukan olehNya...
jangan lupa sedekahkan Al-Fatihah buat beliau...
semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan org-org yang beriman...

harap aku juga akan jadi lebih tabah...

Al-Fatihah....buat Allahyarham Din Beramboi..

Din Beramboi meninggal dunia

KUALA LUMPUR 2 April - Pelawak popular dan penyampai radio Era, Mior Ahmad Fuad Mior Badri meninggal dunia di Hospital Selayang, lewat malam tadi.
Allahyarham yang dikenali sebagai Din Beramboi menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) pukul 12.30 malam.
Menurut adik Allahyarham, Rozana Mior Badri, semua ahli keluarga berada di sisi Allahyarham kecuali ayahnya yang tidak dapat hadir.
Katanya, Allahyarham meninggal dunia akibat demam denggi berdarah yang menyebabkan beberapa organ badannya gagal berfungsi.
‘‘Jenazah abang saya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ehsan, Kepong di sini sebelum solat Jumaat,’’ katanya ketika ditemui di hospital itu, malam ini. - Utusan


Din Beramboi Meninggal Dunia
KUALA LUMPUR: Pelawak dan penyampai radio popular Din Beramboi atau nama sebenar Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 44, disahkan meninggal dunia sekitar pukul 12.35 malam tadi di Hospital Selayang.

Kematian Allahyarham disahkan oleh Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani yang dihubungi oleh mStar Online.

Ketika diminta untuk mengulas mengenai berita sedih itu, Nizam bagaimanapun masih belum bersedia memberikan sebarang komen kerana masih terkejut. Pihak keluarga dan rakan terdekat Allahyarham juga gagal dihubungi.

Din yang dimasukkan ke Wad Rawatan Rapi (ICU) kerana mengidap Dengue Shock Syndrome sudah berada dalam keadaan kritikal sejak petang semalam. Allahyarham dimasukkan ke hospital pada petang Isnin lalu selepas mengalami demam yang mempunyai tanda-tanda denggi
.


Pelawak Din Beramboi Meninggal Dunia!
KUALA LUMPUR, 2 APRIL 2010: Setelah hampir sejam bertarung nyawa, pelawak dan penyampai radio Era FM, Din Beramboi telah kembali ke rahmatullah kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi.

Allahyarham Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 44, sebelum ini dimasukan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Selayang kerana disyaki menghidap kejutan denggi berdarah pada 29 Mac 2010.

Pemergian arwah telah disahkan oleh adik iparnya, Shariffudin Che Man, 37, yang mengumumkan kematian arwah sejurus selepas beliau keluar dari wad ICU.

Turut berada disamping arwah ketika pemergiannya ialah ahli keluarga serta tiga orang rakan artis iaitu Azwan Ali, Zul Yahya dan Ifa Raziah.

Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumah keluarga isterinya, di Taman Ehsan, Kepong sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Frim, sebelum solat Jumaat.

Allahyarham meninggalkan seorang balu Suhaini Che Man dan 3 orang anak Nil Aina,17, Mior Syafiq Aridhuan,12 dan Nir Ain.

Warga murai.com.my mengucapkan takziah di atas pemergian Allahyarham dan semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Al-Fatihah


3 keratan berita aku paparkan kat sini...
yang pertama dari utusan, yang kedua dari mstar online dan berita akhir sekali dari murai.com...

aku masih lagi macam tak percaya din beramboi telah pergi buat selama-lamanya...
malam tadi, aku tak berani nak buka radio...sejak semlm, satu hari mendengar pak din kritikal..pagi nie baru bukak radio, dengar dina kata salam takziah buat keluarga allahyarham din beramboi...
innalillahiwainnailahirajiun...

tak sangka begitu cepat pak din meninggalkan keluarganya dan kami2 semua peminatnya...

berita yang agak tidak mahu didengar itu akhirnya menjadi kenyataan...

ternyata Allah SWT lebih menyayangi beliau...
sebagaimana kita semua sangat menyayanginya, Allah SWT itu lebih lah menyayangi umatnya...
hanya Dia sahaja Yang Maha Mengetahui hikmah di sebalik semua ini...

sebagai seorang yang setia mendengar Riuh Pagi Era, pasti dan sangat pasti akan terasa kehilangan allahyarham...

Riuh Pagi Era baru berusia setahun lebih...sewaktu awal kemunculan program itu gandingan Aznil dan Din Beramboi, ramai yang tertanya2...adakah mampu Riuh Pagi Era dinaikkan ratingnya setanding sewaktu Pagi Era yang dikendalikan Khairil & Kieran? Ternyata, Era sangat tepat memilih pasangan...Pak Nil dan Pak Din adalah gabungan yang sangat-sangat serasi...

Tanpa pak din baik pak nil, kedua-dua gabungan ini jika salah satu tiada, maka tak akan lah lengkap pagi kami pendengar2 setia RiUh pagi Era...

drama sebabak & sawancara adalah antara segmen yang paling dekat dengan pak din...

'Shasha', watak yang dibawa oleh din beramboi juga akan menjadi kenangan...

tiada Din Beramboi ke-2 yang boleh menggantikan tempat beliau untuk Riuh Pagi Era bersama pak nil...

Diharapkan keluarga allahyarham din beramboi lebih tabah menghadapi dugaan ini...

serta keluarga Era terutamanya Pak Nil, kuatkanlah semangat anda...

setiap yang berlaku ke atas kita ada hikmah yang tersendiri...
hanya Dia Yang Maha Mengetahui...
jangan lupa sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Din Beramboi...
semoga rohnya ditempatkan di kalangan org-org yang beriman...

-Amin-



Thursday, April 01, 2010

WuHai DiN BeraMboi...


Din Beramboi kini kritikal

KUALA LUMPUR 31 Mac - Pelawak dan penyampai radio Era, Mior Ahmad Fuad Mior Badri (gambar) atau lebih dikenali sebagai Din Beramboi, 43, yang dimasukkan ke Hospital Selayang kelmarin, kini kritikal dan masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu.
Wartawan Utusan Malaysia berpeluang melihat keadaan juri tetap program televisyen Raja Lawak itu yang tidak sedarkan diri di ICU hospital berkenaan.
Sebelum itu, dia dibius dan masih menggunakan alat bantuan pernafasan serta mesin-mesin sokongan lain.
Difahamkan, lebih lapan pakar perubatan dari pelbagai pusat perubatan sedang menjalankan ujian darah dan mengenal pasti punca sebenar penyakit yang dialami penyampai radio swasta itu.
Menurut anak sulungnya, Nil Aina Adibah, 18, bapanya itu 'direhatkan' sejak semalam.
Katanya, ia berikutan terdapat jangkitan kuman di dalam darah sehingga merebak ke buah pinggang dan dijangka bergantung kepada mesin sokongan berkenaan sehingga esok.
Dia bagaimanapun menolak dakwaan spekulasi yang mengatakan bapanya itu koma serta keracunan akibat makanan tercemar.
Kata Nil Aina Adibah, pihak hospital belum dapat mengenal pasti penyakit yang dihidapi bapanya namun dimasukkan ke ICU kerana disyaki menghidap demam denggi berdarah.
"Saya dimaklumkan oleh doktor, terdapat tiga jenis racun iaitu bisa ular tedung, bisa katak dan racun rumput menyerupai simptom virus kencing tikus tetapi sehingga kini, punca sebenar jangkitan kuman dalam darah ayah belum dikenal pasti.
"Sehingga petang ini, doktor belum mengumumkan hasil ujian darah dan kemungkinan dijangkiti virus kencing tikus itu masih belum disahkan.
"Doktor kini sedang melakukan analisis darah bagi menggantikan darah-darah yang dijangkiti kuman," katanya yang ditemui di tingkat lima Hospital Selayang di sini hari ini.
Akhbar hari ini melaporkan Din Beramboi dimasukkan ke Hospital Selayang kira-kira 3.25 petang kelmarin dalam keadaan kritikal selepas dipercayai dijangkiti virus kencing tikus.
Selain menjadi penyampai radio, Din Beramboi juga pernah bergiat dalam bidang nyanyian, kartunis dan pelakon.
Dalam pada itu, Nil Aina Adibah memberitahu, bapanya itu mengalami demam sejak empat hari lalu sebelum menjalankan pemeriksaan awal di sebuah hospital swasta di Rawang pada pagi Isnin lalu.
"Doktor hospital terbabit kemudiannya merujuk kes bapa saya kepada Unit Kecemasan Hospital Selayang pada petang Isnin itu dan selepas doktor mengenal pasti ada jangkitan kuman dalam darah barulah dia dimasukkan ke ICU pada keesokan paginya.
"Saya meminta semua peminat mendoakan agar ayah cepat sembuh," katanya.

berita terkini yang aku dapat dari utusan online...
radio era pon memberitahu berita yang sama...
pak din sekarang sangat kritikal di ICU, Hospital Selayang...
risau gak hati ini mendengar berita itu...
semalam, bila kita dia dah stabil, macam lega sikit...
tapi, nie bila dengar dia kritikal balik, hanyak doa lah yang mampu kita buat sekrg...
harap-harap pak din dapat sembuh seperti sedia kala...
dan keluarganya juga tabah menghadapi semua ini...
chaiyok...chaiyok...pak din :)