Sunday, October 18, 2009

adakah dia benar-benar berubah...?

hmmm...
terbaca berita ini di mstar online...

Jumaat Oktober 16, 2009
"Maafkan saya..." - Azwan
Oleh ZIEMAN

HATI palingan Tuhan. Tidak ada siapa yang boleh menjangka bila hati kita akan berubah dari rasa benci kepada suka dan sebaliknya. Mungkin hari ini marah, terhambur segala kata kesat dan nista tapi bila padam api amarah, kita akan fikir balik apa yang sudah dilafazkan.

Dan personaliti popular TV Azwan Ali tidak terkecuali membuat kekhilafan seperti itu. Dalam nada yang tenang, selebriti yang selalu dilabel sebagai 'silaser Azwan' ini, jelas sudah jauh berubah.

Untuk pertama kalinya, Azwan terbuka hati menghulurkan tangan, memohon maaf kepada mereka yang pernah terluka dengan kata-kata kesat dan perbuatannya yang menyinggung perasaan 'musuh-musuh'nya selama ini.

"Saya bukan lagi Azwan Ali yang dulu. Saya dapat azam baru setelah kembali dari menunaikan umrah. Di kesempatan ini, saya ingin menghulurkan jari sepuluh memohon maaf kepada semua 'musuh-musuh' saya.

"Pada mereka-mereka yang pernah tersinggung perasaan mereka dengan kata-kata kesat saya.Mulai sekarang, tidak ada lagi kata-kata nista dan kesat dari Azwan Ali. Bukan saja dalam blog tetapi juga dalam perbualan harian saya. Tak percaya, bacalah posting terbaru saya dalam silaserazwanali.blogspot.com.

"Sebenarnya itulah doa yang saya mohon depan Kaabah agar diberikan peluang dan ruang bagi wujudkan kedamaian antara saya dan musuh-musuh saya. Tidak ada ada lagi dendam kesumat. Apa yang sudah berlaku biarlah berlalu. Saya tidak mahu diungkit lagi cerita-cerita lama," jelas Azwan yang menunaikan umrah selama 3 minggu bersama-sama rakan media Abie Abdullah, Mama Juwie dan aktres veteran Fauziah Nawi pada bulan Ramadan baru ini.

Bagi Azwan, nikmat dan rahmat yang diterimanya di tanah suci begitu menginsafkan hingga tidak terucap dengan kata-kata. Yang lebih mengharukannya, Azwan bukan saja tampil lebih tenang dan damai dengan cahaya keimanan di wajahnya, apa yang dipohon terus termakbul sebaik dia kembali ke tanah air.

"Saya tidak mahu ulas apa yang terjadi. Cukuplah saya katakan, semua doa saya perlahan-lahan dikabulkanNya. Begitu juga saya minta agar Tuhan bukakan pintu kemaafan buat saya dan sebaliknya," jelas Azwan yang begitu popular dengan rancangan Cit Cat Azwan dan Amboi, Amboi, Amboi.

Jelasnya lagi, "Biarlah saya yang merintis jalan ini dulu. Let me make the first move. Kalau saya terjumpa dengan 'musuh-musuh' saya selepas ini, saya akan hulurkan tangan dahulu. Selebihnya terpulanglah. Itu azam saya. Mudah-mudahan tuhan akan perkenankan."

Secara jujur, Azwan mengaku yang bukan senang untuk melalui fasa baru ini, tambahan pula memohon maaf kepada mereka yang pernah memusuhinya.

"Saya sedang cuba untuk berubah. Ianya bukan satu proses yang senang. Saya harap masyarakat di luar sana akan faham keadaan saya," katanya tanpa berselindung.

Jelasnya lagi, "Saya akui dengan rasa rendah hati yang I was a nasty person at one time tetapi semuanya kerana ada provokasi. Tuhan tahu semua itu....tapi itu cerita lama. Sekarang, kalau ada sesiapa yang maki saya, hina saya, saya akan cakap...Alhamdulillah tanpa ada rasa dendam walau sekelumitpun."

Bukan saja keinsafan itu datang dari tutur kata dan perbuatan Azwan, malah ianya akan meliputi hasil kerjanya juga. Tidak ada lagi Cit Cat Azwan atau Amboi Amboi Amboi selepas. Dua program ini sudah menemui titik nokhtah sejurus Azwan balik dari Umrah.

Hati selebriti yang pernah diselubungi kontroversi ini bagai tertutup untuk menyambung program-program ini.

"No more Cit Cat or Amboi Amboi Amboi. Saya sudah hentikan kedua program ini. Cukuplah 15 tahun program gosip macam tu.

"Saya cuba dengan cara saya untuk menegakkan kebenaran dan meletakkan diri saya sebagai 'mangsa' dalam dua program tersebut.

"Saya explore karektor dengan 'menjaga tepi kain orang'. Cukup cukuplah....," jelasnya dengan nada yang terputus-putus seperti tidak mahu lagi mengingati kegemilangan dua hasil tangannya itu.

Allah telah memberi inspirasi baru pada Azwan dan kini sudah ada beberapa konsep program yang lebih segar sedang bermain di dalam benaknya.

"Kalau ada pihak stesen TV yang sudi bekerjasama dan ingin memberi peluang kepada saya, saya alu-alukan kerana saya ada banyak idea baru.

"Keperibadian saya yang baru tidak mengizinkan saya meneruskan idea program seperti Cit Cat Azwan.

"Biarlah ianya berlalu dan saya pun tidak mahu lagi kenangkan benda yang lepas," ujar personaliti berusia 43 tahun, yang melonjak namanya di awal kemunculannya di program Muzik, Muzik TV3.

Salah satu program yang sudah diilhamkannya ialah AOA (dari singkatan Azwan, Ogy Ahmad Daud dan Aznil Nawawi).

"Saya sudah lama idamkan gandingan dengan dua selebriti ini sejak kemunculan pertama kami waktu Juara Lagu 1993.

"Saya tahu kedua-dua mereka sudah lama memaafkan saya dan saya sudahpun memberi hint kepada Ogy dan Aznil tentang program ini. Tengoklah kalau ada rezeki, saya akan terbitkan program ini,"jelas Azwan yang turut melayangkan jemputan kepada warga mStar untuk jamuan Hari Raya di Taman Andaman, Ukay Perdana, Kuala Lumpur pada hari Isnin (19 Oktober) ini.

Bagi Azwan, gandingan AOA adalah sesuatu yang istimewa.

"Saya rasa kami bertiga perlu lakukan sesuatu bersama-sama sebelum we say goodbye. Saya harap program ini akan jadi kenyataan," kata Azwan yang tidak putus-putus memanjatkan kesyukuran kerana dipermudahkan perjalanannya membuat ibadah kali ini.

Sebelum mengakhiri perbualan petang itu, Azwan sempat berpesan sekali lagi, "kalau masih ada hati yang terluka dan tidak mahu menerima maaf dari saya, terpulanglah. I reserve my comments."

"Saya sudah tidak ada dendam dan marah lagi.....ramai yang kata saya sudah kembali kepada Azwan Ali yang lama, imej saya sewaktu Muzik-Muzik dulu. Alhamdulillah. Saya harap Tuhan akan tetapkan hati saya dan kekalkan saya dalam keadaan begini....," kata Azwan.

Azwan Ali dilahirkan pada 13 Februari 1966. Dia dibesarkan di Kampung Gate Baru, Setapak, Kuala Lumpur dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Malaya pada tahun 1991.

kemudian, terbaca this line dalam salah satu post di blog azwan ali...

YANG PENTING??? SELENDANG HIJAU LUMUT YANG AZWAN ALI POSE KAN DI SERATA BUMI MEKAH AL MUQARAMAH NI.....ADALAH PEMBERIAN ISTIMEWA???
HA.....HAJI AZNIL HJ NAWAWI....PENGACARA NO 1 MALAYSIA......

TQ TQ TQ LAH PAK HAJI NIL............SESUNGGUHNYA.....SELENDANG PEMBERIAN PAK HAJI NIL NI.....TELAH MENYEMARAK KAN SEMANGAT 'AZWAN ALI' UNTUK MEMBUAT UMRAH DENGAN BAIK !!!!

SAPA SANGKA KAN??? PAK HAJI NIL.....SANGGUP BERGEGAS KE AIRPORT SEMATA MATA UNTUK SERAH KAN SELENDANG TANDA INGATAN......DENGAN IRINGAN 1001 DOA RESTU UNTUK SEORANG KAWAN BERNAMA 'AZWAN ALI ' !!!

AZNIL OH AZNIL......KO TETAP SAHABAT KU YANG SUNGGUH MULIA !!!! MOGA ALLAH SWT TERUS MELIMPAHI REZEKI BERGANDA GANDA BUAT INSAN INSAN MULIA MACAM AZNIL !!!!! AMINNNNNNNN................

agak-agaknya, benarkah azwan ali dah benar-benar berubah...?
aku masih ingat lagi zaman dia popular sama macam paknil...dia ok walaupun mulut laser...
tapi, sejak akhir-akhir nie...pada aku, dia sangat dahsyat...
kalau baca blog dia pon, MASYAALLAH! mcm nie ker azwan ali...? perkataan 'anjing' tak pernah lekang...
pastu suka sangat dengki dengan paknil...
tentang berapa ramai pengunjung di blog pon jadi isu...mcm tak puas hati jer yang paknil tu pengacara no 1 Malaysia...
memanglah pengunjung blog azwan ali lebih ramai dari paknil, tapi belum tahu yang pegi blog dia tu benar-benar menyokong dia...

harap-harapnya azwan ali tu benar-benarlah berubah....
and stop dengki dengan paknil!

Monday, October 05, 2009

pukuL 3 pagi...huhu...

malam nie, jam 3.30 pagi... (dah kira pagi lah tu kan, hehehe)...


aku akan bertolak ke sg buloh...drive sorang2 ok...
ada kursus 2 hari kat mkak sg buloh...
malas nak pegi naik flight or bus...baik drive sendiri...


ntah kenapa, aku rasa mcm nak drive pepagi buta...
terus ke sg buloh...
memang gamble lah, tapi best jugak adventure mcm tu...


insyaAllah, semuanya akan selamat...


arini lepas maghrib jer, kena pulun tido sesungguh...hehehe...
kalau tak cukup tido karang, naya plak...
nie pun dah pukul 6 ptg...
nak mandi, solat, gosok baju, pastu leh standby tido lepas maghrib...hehehe


kat astro ria sekrg, tengah ulang jangan lupa lirik musim pertama...maknanya tahun lepas...
lain benor pesen rambut paknil...hehehe...
arini paknil dan pakdin dah ke udara di radio untuk riuh pagi era...
dah 2 minggu tak dengar suara paknil...rindu gila kat paknil...
bila dengar suara dia pagi nie, rasa happy sangat...
semangat jer nak buat keje pagi tadi...
aku dah memang 'addicted' dengan paknil...more to suara paknil pon ya...
tengok dia di tv pun ya...
kalau dulu, ada rancangan kring kring, boleh tengok dia live...
sekrg, susah nak tgk paknil live...
tapi, dapat dengar suara dia live tu pun dah mencukupi menceriakan hari...


ok, stop here dulu...
nak bersiram...hehehe