Friday, June 12, 2009

nurul, tengok cite GhosT seasoN 2 taK...?



nuruL....

tengok tak cite ghost..?
bestlah cite tu nurul...takleh miss...kalau miss, rasa mcm tak lengkap my sunday...hehehe...

kali nie, criteNya lagi saspen dari zack imran kan...
sebab sekrg nie dah macam banyak sangat teka-teki...
ingatkan org nie, rupanya orang lain...
tapi, kite tak suka boyfren eza tu...pentingkan diri sendiri jer...
suka watak alam...very sempoi...tapi kadang-kadang poyo...
but, suka character dia yang always nak tolong eza...and bila nak tengok harum, kena pegang tangan eza...hehehe...

kite pon rindu kat awak jugak...
huhuhu... =)

take care my fren....

Thursday, June 11, 2009

sesi berteMu peminat wok...

RUMAH ARIL MACAM KENDURI KAHWIN



KUALA LUMPUR, 9 JUN 2009: Sampai tidak menang tangan dibuatnya Aril dan abangnya, Izwan Pilus, apabila menganjurkan majlis kenduri tahlil dan kesyukuran di kediaman baru keluarga mereka di Nyalas, Jasin, Melaka, semalam.

Seawal jam 12 tengahari hinggalah ke jam 5 petang, majlis yang diadakan sempena pindah rumah baru serta meraikan peminat Aril dan Izwan itu, tidak putus-putus dikunjungi tetamu jauh dan dekat.

Mereka datang sejauh Kuala Lumpur, Pahang, Perak, Johor, Negeri Sembilan selain Melaka sendiri sehingga jumlahnya mencecah lebih daripada 2,000 tetamu. Sekali pandang macam majlis kahwin atau sambut menantu!

Sungguhpun, kebanyakan yang datang itu, terdiri dari kalangan peminat Aril yang selama ini telah banyak mengikuti perjalanannya seninya apabila dia menyertai Akademi Fantasia Musim Ke-7 (AF7) sehinggalah bergelar naib juara.


Hal ini turut diakui abangnya, Izwan, 30, yang sebelum ini cukup dikenali dengan lagu Kembali Senyum dan Indah Lelapku. Malah, Izwan sangat berbangga melihat adiknya sudah punya ramai peminat dalam sekelip mata.

"Cuma saya masih terasa kekok untuk bekerja dengan adik saya di dalam dunia seni. Contohnya, baru-baru ini, kami menjalani sesi fotografi bersama-sama tapi saya masih tidak dapat biasakan diri dengan Aril di depan kamera. Dulu saya seorang tapi sekarang dengan adik sendiri pula," kata Izwan.


Aril terharu layan peminat


Sementara itu Aril, 24, pula berkata, dia sama sekali tidak menyangka bahawa majlis kenduri dan tahlil itu dihadiri ramai sekali peminatnya.

"Saya betul-betul terharu apabila dapat tahu ada peminat yang datang jauh-jauh semata-mata untuk bertemu dengan saya. Jadi saya rasa cukup seronok bila dapat bermesra dan melayan mereka semua.

"Ini adalah salah satu cara untuk menghargai mereka. Kebetulan mak dan ayah saya baru pindah rumah ke Melaka. Jadi saya dan abang saya, Izwan pun terlintas membuat majlis ini untuk peminat," kata Aril.

Menurut Aril lagi, majlis sesi bertemu peminat itu bukan saja dapat merapatkan lagi hubungannya dengan peminat tetapi memberi peluang pada mereka untuk mengetahui perkembangan terkininya.

"Macam-macam mereka (peminat) tanyakan kepada saya. Mereka nak tahu bila lagi show saya, bila album solo dirakam dan apa perancangan masa depan saya. Ada juga yang tanya bila saya nak kahwin!

"Pada kesempatan ini, saya hendak mengucapkan berbanyak terima kasih buat semua peminat yang selama ini mengundi serta menyokong saya dalam AF7 lalu.

"Buat masa ini, saya sedang dalam proses untuk merakamkan lagu Toksik versi studio. Patutnya lagu itu sudah dirakamkan beberapa hari yang lalu tetapi ia terpaksa ditunda kerana Abang Acis tidak sihat.

"Saya juga sibuk menjayakan aktiviti yang dianjurkan Hotlink dan menunggu giliran untuk menjayakan Konsert Jelajah 11 ERA, Gempak Selebriti Astro dan banyak lagi," katanya.

Tentang kekasihnya, Ju yang turut hadir di majlis itu, Aril berkata, dia sengaja membawa Ju datang untuk melihat sendiri bagaimana situasinya tatkala bersama peminat.

"Saya mahu Ju faham sejelas-jelasnya tentang kehidupan saya sebagai artis. Hidup saya sekarang menjadi milik masyarakat. Syukurlah Ju mula memahami," katanya yang bagaimanapun belum sedia mendedahkan siapa Ju.

p/s : woo!! tak berpeluang nak pegi melaka time nie...yerlah kan...hari keje...plus tak tahu plak tu...huhuhu...kalau tahu awal-awal, confirm cuti isnin tu...hehehe...tapi kan, peminat aril nie aku rasa dah terlalu ramai kot...ada yang lagi fanatik dari aku...kalau tengok kat myspace, mcm-mcm kerenah peminat yang tinggalkan comment untuk aril...nasib baik gak myspace tu, kawan-kawan dia gak yang jadi admin..so, lebih close dengan aril thru myspace...sape-sape yang nak join, http://www.myspace.com/arilfc

untuk makluman, di myspace itu adalah the only one and official and website yang sah untuk peminat-peminat aril...kalau ada yang lain selain myspace, itu adalah kloN yer...

gambar di atas itu adalah gambar family aril...mak ayah aril of course di tengah-tengah...yang bertudung putih kakak aril, izwan pilus di sebelah aril dan adik bongsu aril adalah yang di belakangnya...gambar kanak-kanak di depan tu, mesti anak saudaranya...yang selalu kena sakat ngan aril sampai menangis-nangis budak tu...hehehe...rerasanya aril nie ikut muka saper eh...? masa tengok kat trek selebriti aritu, rasanya aril dan kakak nya ada iras...manakala izwan pilus dengan adik yang bongsu...




keep it Up awoK!!

Wartawan Hiburan Puji Sikap Aril



KL, 4 JUN 2009: Kata orang tak kenal, maka tak cinta. Kalau dah kenal, maka barulah kita tahu hati budi seseorang itu. Begitulah bidalan orang tua-tua kita yang ada kena-mengena dengan pemenang Naib Juara Akademi Fantasia 7 (AF7), Aril Pilus.

Maklum sajalah, ketika AF7 berlangsung dulu, macam-macam orang cakap pasal Aril. Semuanya gara-gara perangainya yang terlihat dalam Diari AF7 dan corak persembahannya yang agak hyper dalam konsert-konsert mingguan dan malam final lalu. Ditambah pula dengan keputusan undian masuk atau AFMasuk yang berpihak kepada Aril, maka lebih teruk dia hentam penonton yang tidak sukakannya.

Macam orang lain juga, wartawan hiburan pun hanya mampu melihat Aril dari kaca TV dan pentas AF7 saja. Tapi apabila Aril telah kembali bebas ke pangkuan masyarakat, barulah wartawan hiburan berpeluang berjumpa dengan Aril secara lebih dekat lagi.


Daripada komen wartawan hiburan di luar sana, Murai Batu bangga kerana ramai sekali menyenangi dan memuji sikap sebenar Aril. Dia seorang yang sangat peramah, pandai menghormati orang, manja dan lekas mesra. Bukan itu saja, Murai Batu sendiri telah beberapa kali melihat Aril dan bukan nak puji, wajahnya sangat comel dan tidak hairanlah gadis remaja mula tergila-gilakan Aril.

Nampak gaya, tidak salahlah apabila pengkritik-pengkritik AF7 seperti Adlin Aman Ramlie, Dato' Khaty, Edrie Hashim dan Adibah Noor memuji personaliti Aril dulu kerana sebagai artis mereka telah nampak elemen-elemen bintang dalam jiwa Aril dan potensi yang dimilikinya itu.

Tapi Murai Batu berharap, Aril pertahankanlah perangai yang baik itu sampai bila-bila. Murai Batu faham Aril dibesarkan dengan baik oleh keluarganya dan seorang yang penyayang serta menghormati ayah dan ibu. Bagus Wok, sejuk perut ibu mengandungkan Wok.

p/s : sumber berita nie dari murai.com...thank you... harap-harap aril tidak akan mudah lupa diri dan tidak mudah alpa dengan dunia seni nie...memang betul kata wartawan nie...aril dibesarkan dalam keluarga yang baik-baik...saper yang memang mengikuti perkembangan aril, pasti tahu bagaimana keadaan keluarga aril...mak dan ayahnya adalah org-org yang sopan dan baik budi bahasa...especially mak aril...lembut jer orangNya..

Tuesday, June 02, 2009

June 2, 2009 - Tuesday

I LOVE U ALL
ehehe...
whuddup semua harap sehat yok!
agagagagaga~~
harap korang kat sini semua sehat2 dan happy2 selalu yok!
aril nak say sorry atas kelewatan aril join forum ni...
cuz takde kesempatan nak gune labtop or pc...
ni bile da kat umah sendiri baru la rase selesa skit nak pakai...

okey got to go!
take care ur self...
aril sayang semua fans2 aril lover, aril fc!!!
u guyz rawk dowh!
ahahaha...
terbaek wokkKK!!!!!
salam..

1:02 PM


aku dapat dari myspace punyer blog...
serius best!!
ariL memaNg terbaeK wokk!!
memang tak salah aku menyokongnya...just like paknil...never forget his fans...

lamaNya tak update blog...

lamanya rasa aku tak update blog...

sejak AF dah habis...

sejak ariL dah menaNg naib juaRa dan terus ke Jakarta...

sejaK pakniL tidak ke udara di pagi era pada 2 minggu lepas...

sejak rasa rindu yang hebat kat Fila...

semuanya....membuatkan aku takde mood nak update blog....

kepala rasa blank...kosong...tak tahu apa nak update....

BUT....

this week i feel much more better...

sejak paknil dah kembali ke udara di pagi Era...
sejak ariL dah kembali ke Malaysia...
tapi, rindu kat fila tetap sama...dah hampir 3 bulan tak jumpa dia...really really miss him...

kenapa aku jadi sangat 'fanatik' of becoming the fan of paknil and ariL...?
sebab i don't want to think much of how i really miss Fila...
hanya Allah SWT sahaja Maha Mengetahui bahawa aku sangat rindukan dia...
rindu yang tertanggung...

tapi, aku kuatkan juga semangat...make myself buzy 'missing' other people...
so, aku takkan rasa terlalu teruk...

lagi satu reason kenapa aku dah jarang update blog sekarang adalah becoz of my busy day at work...
sejak aku diarahkan untuk membantu unit mikro, keje aku bertambah...
setiap hari buat analisis...sentiasa ada keje...
so, kat ofis memang tak sempat pon nak surf internet...
sebab sentiasa di lab doing my work...
bila malam plak, kat rumah selalu tido awal...sebab penat siang hari kan...
cuma malam nie jer, aku bertahan sikit sebab nak tengok edisi ariL kat 104...hehehe...

rinduLah kat awok...
dapat tengok dia kat era TV minggu lepas really mengubat rindu...sebab tahu dia buat rakaman era TV tu lepas aril balik dari Jakarta...
and dapat tengok trek selebriti aril...memang best...sebab dapat tahu life dia serba sedikit...
paling sempoi dia ni, bila dia tak segan silu pon nak crite or bagitau result upsr, pmr atau spm dia...memang sempoi dan selaMba laH...hehehe...terbaek wok!!

hopefully, aku dapat terus selalu update blog nie...
aku sebenarNya lebih suka blog dari facebook sebab di blog, i can tell everything...
it is a place for me to release my tension...
tapi, tulah...masa aku sekrg menyebabkan betapa hadnya waktu yang ada untuk aku nak update blog...

btw, thanks untuk kawan-kawan yang sudi jenguk blog saya ini...
i really appreciate it...
thank you so much...
take care ya...