Friday, May 08, 2009

More on AriL...



Aril Masih Berahsia Tentang Ju!

Sejak Aril Pilus berada dalam Akademi Fantasia 7 (AF7) dan kini tersingkir, nama seorang gadis, Ju, mula digosipkan dengannya. Adakah dia teman rapat atau kekasih Aril?

Apabila ditanya soalan ini, Aril, 24, masih lagi cuba berahsia dan hanya mendedahkan sedikit informasi tentang Ju.

"Ju masih lagi berada lagi di bawah tanggungan ibu bapanya. Dia masih lagi menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi. Dia suka makan laksa dan asam-asam. Itu saja yang dapat saya katakan tentang Ju setakat ini," kata Aril.

Aril berkata, dia masih lagi mengejar impiannya menjadi artis dan menganggap perjuangannya baru hendak bermula. Jadi dia enggan memikirkan sangat soal cinta dan lebih suka menjalinkan persahabatan.

Ditanya tentang perasaannya apabila tersingkir daripada AF7, Aril berkata: "Aril sedar semua ini bergantung kepada undian peminat. Masa dalam akademi dulu setiap minggu Aril bersedia untuk disingkirkan. Tapi Aril selalu berkata pada diri Aril, kalau tersingkir biarlah dengan persembahan yang terbaik.

"Secara jujur Aril belum puas beraksi dalam konsert mingguan AF7. Aril memang jenis orang yang sukakan pentas. Bagi Aril pentas itu adalah medan untuk menyanyi, bergolek dan menunjukkan pelbagai aksi."


Apa pula komennya tentang AFMasuk?

"Aril anggap ia sebagai satu pintu rezeki buat Aril dan semua kawan-kawan yang dah tersingkir. Tapi Aril rasa serba salah juga kerana tidak mahu ada pihak menganggap kami telah mengganggu peluang rakan-rakan yang masih berada dalam akademi. Aril pasrah saja kerana sama ada terpilih masuk semula atau tidak, Aril akan tetap mengejar cita-cita menjadi penyanyi," katanya.

Ditanya adakah Marsha menjadi punca dia tersingkir, Aril berkata dia sendiri tidak tahu apa yang penonton nampak di kaca TV kerana baginya, Marsha bersikap baik kepada semua pelajar.

"Semua ini berbalik kepada rezeki. Kalau Tuhan nak bagi, ia akan datang dengan apa cara sekalipun. Aril hanya mendokan yang terbaik untuk diri Aril dan kawan-kawan. Tentang Marsha, Aril suka dengan sikapnya yang periang itu," kata Aril lagi.

Mengulas tentang abangnya, Izwan Pilus, Aril tidak nafikan Izwan banyak mengajarnya tentang cabaran menjadi artis.

"Aril sayang sangat Abang Izwan. Dia memang rock. Selain abang, Aril juga anggap Abang Izwan macam kawan. Kami memang selalu berkaraoke di rumah. Kalau ada peluang, Aril mahu juga duet dengan dia," ujar Aril.


Menarik tentang Aril

Masih belum fikir sama ada menggunakan nama Aril AF7 atau Aril Pilus. Namun, Aril tidak kisah kalau nak panggil Aril Awok.
• Aril berkata bantal yang dibawa hos AC Mizal ketika konsert AF7 lalu itu bukannya bantal busuk tetapi bantal peluknya. Kalau tak percaya, dia mencabar sesiapa saja untuk mencium bantal itu!
• Walaupun disamakan imej dengan Rain atau artis dari Korea Selatan. Aril akui lebih suka gaya artis Jepun.
• Nakal, selamba dan Happy-Go-Lucky adalah perkataan yang sesuai dengan Aril.
• Hari lahir Aril dan Claudia adalah sama - 5 November 1985.


peTikan nie diambil dari laman web MuRai...
pernaH tengok dia dalam eraTV, cara dia menjawab soalan Nana tidak sedikit pon menyinggung perasaan orang lain...
walaUpun dia poYO...tapi, setiap tutur kata dilontarkan dengan baik dan berhati-hati...
majalaH AKSI untuk minggu nie banyak bercerita pasal ArIl...
ariL birthday 5/11/1985...pakniL 6/11/1962...
berkongsi bintang yang sama, patuTlah perangai nampak lebih kurang...
itulaH istimewanYa mereka berdua ni di dalam hidup aku...
walaupun mereka suka berjenaka, sense of humor yang poyo, tapi tutur kata atau percakapan yang dilontarkan itu penuh berhemah dan berhati-hati...bahasa senangNya, sedaP telinga mendengaR...
kalaUpun rezeki ariL tak dapat masuk semUla AF (sebab undiaN aishah mengejar dengan lajunya), tapi akU percaya kerJaya ariL tidak akan berakhir...AF tu bukanlaH segala-galaNya...mungkin dia akan menumpang populariti abgnya (atau mungkin juga dia akan lebih glamer dari abgnya...hehehe...), tapi tak kisaHlah kan...itu satu perkemBangan yang positiF...(mcm saiDa sekrang, dah ada pon videO kliP sendiri pun...)
yang pentiNg, ariL perlu taHu cara terbaIk untuk dia memaJukan diriNya sendiri...
seMoga idoL aku yang berdUa nie akan terus maJu dalaM duNia seni masiNg-masiNg...
aMIn...
LoVe P.A.K.N.I.L & A.R.I.L

No comments: