Friday, May 22, 2009

thaNks edzlin for the inFo...

menurut kata edzlin, aril and akim akan perform untuk majlis adlin esok kan...
tulah,,,
terluPer plaK yang esok 23/5/2009...
majlis perkahwinan adlin & emelda kat ipoh, perak...

so, memang confirm aril and akim takde esok untuk jelajah era...
paknil pon tak join jugak kan...
huhuhu...
tak best...takde mood pon nak pegi...
huhuhu...

semalam edzlin tengok tak trek selebriti AF..?
ada jugak sikit dieorang selitkan cerita paknil kan...
paknil masa di interview tu pun nampak mcm sangat kagum dengan pentas AF tahun nie...
lagie best kalau pakniL jadi pengacaraNya kan...
and tak sangka, paknil pun afundi jugak kan...
tapi, taklah plak disebutnya saper yang dia afundi...
aril koT...hehehe...

walaupun juri menGatakan bahawa lagu toksik itu tak sesuai untuk aril,
tapi aril tetap tidak lupe mengucapkan terima kasih buat pencipta lagu tersebut...
dan juga, dia tetap ingat akan peminat-peminat dia dan juga peminat yang afmasuk kan dia..
tu lah yang membuatkan aku rasa berbaloi memberikan sokongan padanya...

terbaek wokk!

edzlin, kalau ada any info yang menarik lagi, share lah sama eh...
thanks again for the info ok...
kadang-kadang saya sendiri pon tak sempat nak tahu all the info...
so, thanks again...
=)

Tuesday, May 19, 2009

betaPa pentingNya restu ibU bapa...



gambaR ni dirakam sehari sebelum ariL bertolak ke jakarta...
waktu nie, ada temuramah dari astro awani untuk rancangan Gala TV...
bila tgK Gala TV arini, barulah taHu...

dlm interview tersebut, aril beritahu Awani tentang perasaannya yang tidak menyangka memenangi tempat kedua...apa yang difikirkan hanyalah membuat persembahan sebaik mungkin untuk semua peminat-peminat yang menyokongnya...dia juga tahu dan maklum tidak semua orang suka pada dia...tapi, yang penting baginya adalah mereka-mereka yang menyokongnya...

dia juga mengakui bahawa dia perlu belajar lebih dari pelajar lain...sebab telah ketinggalan 2 minggu berbanding rakan-rakannya yang lain...tetapi bagi beliau, rakan-rakan yang lain, isma-yazid-akim-hafiz banyak membantunya dan memberikan tindakbalas yang positif kepada beliau..beliau mengganggap kejayaan ini adalah kejayaan semua...semua finalist adalah juara AF yang sebenarnya...

yang paling buat aku terharu, dia dengan nada yang merendah diri, memohon restu dari ibu bapanya untuk meneruskan kerjaya seninya...aku rasa, aril seorang yang agak manja dengan ibunya...aku suka cara mak aril bercakap...sangat lemah lembut...penuh jiwa keibuan...tidak pernah lupa menasihatkan aril agar jangan tinggal solat...patutlah aril memang manja dengan ibunya...

dalam kehidupan kita, walau ape pun yang kite lakukan, doa dan restu ibu bapa adalah amat penting...
jangan sesekali mengecilkan hati ibu dengan sikap kita yang tidak munasabah...

bangga dengan aril sebab tidak pernah lupa akan ibu bapanya yang tidak jemu-jemu memberi sokongan kepadanya...waktu dia diumumkan masuk semula ke akademi pon, waktu interview dengan sarimah, aril tidak lupa mention tentang ibu bapanya...dahlah kena duduk jauh dengan family sebab keluarga aril telah berpindah ke melaka...tinggallah aril dan abgnya sahaja di KL...

moga aril tabaH menghadapi dugaan mendatang...
dan selamaT berdikari... =)

p/s: masih lagi terngiang-ngiang di telinga kata-kata aril di konsert final...yang lebih kurang begini bunyinya... "ini semua adalah untuk anda yang mengundi aril masuk'...selepas persembahan kedua beliau...
terasa dihargai...sebab aril memang tidak pernah lupa dan lalai dari mengucapkan terima kasih kepada penyokong2 beliau...
aril pon manusia biasa...tidak termampu untuk dia approach setiap peminatnya...tetapi, dengan ucapan terima kasih begitu, pasti sudah cukup bermakna buat peminat2 beliau seperti aku...
macam pakniL, terasa dekat dengan beliau melalui penulisan di blogNya...

inilaH yang edzlin maksudkan kan...

CERITA BELAKANG TABIR FINAL AF7



Segala-galanya telah berakhir. Sesi pengajian AF7 kini telah pun ditutup oleh Principal Tiara Jacquelina selepas Hafiz dinobatkan sebagai juara baru. Bagi yang berada di Stadium Putra Bukit Jalil, mereka dapat merasai suasana gegak gempita yang menyelubungi segenap ruang bak final kejohanan bola sepak.

Apakah perkara menarik yang berlaku di belakang tabir? Jom kita ikuti paparan murai.com.my


Corat-Coret AF7:

# Abang kepada Aril, Izwan Pilus sempat datang ke konsert akhir AF7 tetapi tidak dapat lama berada dalam stadium kerana perlu menghadiri latihan pertandingan Bintang RTM. Izwan turut gembira dengan kejayaan Aril di tempat kedua.


# Berbeza dengan musim lalu, kali ini tetamu VIP dan pihak media diraikan dengan majlis koktel sejam sebelum konsert akhir bermula. Lisa Surihani, Dafi dan Ainul Aishah adalah antara artis yang paling awal datang ke majlis koktel itu.


# Pada sebelah petang, Karnival Gempak Selebriti Astro ditimpa hujan rahmat. Namun ramai peminat tidak berganjak dan sanggup menonton persembahan artis di bawah payung.


# Anita Sarawak atau Kak Nita adalah antara penyokong Hafiz. Melihat kemunculan Hafiz, Kak Nita dan suaminya Abang Mahathir terus menjerit dan bersorak sakan! Kak Nita juga kagum dengan semangat Isma yang masih lincah beraksi walaupun sudah ada anak 5.


# Seorang lagi penyokong setiap Hafiz adalah produser filem Anu Dalam Botol, Raja Azmi Raja Sulaiman atau Kak Mi. Kak Mi memang banyak menghantar AFundi secara pukal kepada Hafiz dan ia tertera dalam pesanan mesej di telefon bimbitnya itu. Malam itu, Kak Mi duduk di sebelah Mak Mah yang juga ibu pengkritik Adlin Aman Ramlie.


# Seorang karyawan filem mengeluh salah seorang tenaga pengajar perempuan AF7 semakin kekwat sekarang sejak wajahnya asyik keluar di kaca TV. "Dulu dia tak macam itu. Jumpa kita dari jauh dah senyum dan menyapa, sekarang, angkat kening pun berat sangat. Biasalah, orang dah mabuk glamour..." kata karyawan yang sangat popular itu.


# Barisan artis Gempak Selebriti Astro seperti Zainal Alam Kadir, Reza, Farhan, Tam Suhaimi, Idayu, Fitri, Hazama, Farish dan Edlin memang kecoh bersorak di tempat mereka. Kemudian datang pula Nana Era yang makin cantik sejak hendak berkahwin ini. Nana juga penyokong kuat Hafiz.


# Ada dakwann mengatakan Kelab Peminat (FC) Hafiz menarik diri pada saat-saat akhir daripada membuka gerai dan centre spot untuk berkumpul ketika berlangsungnya Karnival Gempak Astro di luar stadium. Ini menjadi bahan bualan di kalangan FC finalis lain.


# Sebahagian penyokong Aril datang dengan sepanduk paling besar yang tertulis 'Kami Nak Aril Jadi Juara'. Mereka terpaksa duduk di tingkat atas sebab sepanduk itu terlalu besar dan perlu direntangkan ke bawah.


# Ramai berkata, meskipun Hafiz bergelar juara, tapi Aril yang menang sorak. Dia menerima sorakan paling gemuruh dan meriah sejak mula hingga akhirnya konsert itu. Pada awal konsert, Hafiz mendapatkan sorakan paling gemuruh diikuti Aril dan kemudiannya Akim.


# Ada segelintir peminat meradang apabila tempat mereka telah diambil orang disebabkan kekeliruan nombor tiket. Tapi bila konsert telah bermula, sejak jadi OK. Selain itu, kesian pula pengkritik Raja Lawak 3, Zaibo, yang tersesat mencari tempat duduk sehingga duduk di tempat pihak media.


# Jangan tak tahu, putera dan puteri dari kerabat diraja Brunei Darussalam pun turut berangkat menonton konsert final itu. Terbukti AF program yang sangat popular di Malaysia dan Brunei!


# Ketika lagu Menuju Puncak disampaikan oleh semua pelajar musim ini, Rubisa tidak dapat menari sama kerana kakinya telah terseliuh sewaktu latihan.


# Sewaktu persembahan bekas pelajar Top 20 pula, Lizda pula tidak dapat mengadakan persembahan. Difahamkan, Lizda yang juga isteri pelakon Ezani sibuk dengan perniagaan belacannya! Kesian pula melihat Abang Kelana yang berdepan dengan masalah apabila mula menyanyikan lagu Di Alam Fana Cinta (Fotograf).


# Ketika Aril mendendangkan lagu barunya, Toksik, dia merampas kertas di meja pengkritik dan membuangnya ke lantai. Semasa raptai penuh, dia menjadikan botol air mineral sebagai mangsanya dan ketika melontar hampir-hampir terkena krew Murai!


# Lucu pula melihat Hafiz yang seakan-akan agak bingung (blur) ketika sidang media tengah malam. Mungkin tergamam melihat ramai wartawan dan masih terkejut dengan kejayaan hebatnya itu. Sampaikan Hafiz terpaksa meminta wartawan mengulangi soalan mereka.


# Akim pula 'terlebih ramah' apabila siapa bertanyakan nama wartawan yang bertanyakan soalan kepadanya. Itulah realiti sebenar selepas mereka keluar daripada akademi apabila mula berdepan dengan 1001 cabaran.


# Ramai tidak tahu bahawa lirik lagu Isma, Bisikan... Godaan dicipta oleh Ketua Editor murai.com.my, Roslen Fadzil atau nama penanya Slen. Sebelum ini Slen pernah menghasilkan lirik lagu seperti Nurul Ajai (Cinta Mencintai Kita), Ziana Zain (Lembah Asmara), Dato Siti Nurhaliza (Kembalikan Indah), Dr Fazley (Cerita Asmara), Erema (Pelita Di Bawah Purnama) dan Misha Omar (Sampai Di Sini). Kata Slen, dia tidak tahu lagu itu akan dinyanyikan oleh siapa sehinggalah menerima panggilan daripada komposernya Zul, suami Isma.

# Ada pihak mendakwa Cikgu Siti Hajar adalah ibu saudara Aril. Namun, itu semua tidak benar.

# Pengacara terkenal, Haji Aznil Hj Nawawi sempat singgah ke sidang media dan majlis supper untuk mengucapkan tahniah kepada tenaga pengajar dan barisan pemenang.




My Notes:-
nielaH cerita dalam murai.com yang edzlin maksudkan...
yang dihighlightkan adalah yang menarik bagi aku...
pasal banner yang besar tu, rasanya ada ternampak waktu nak umumkan juara...
memang sangat besar banner tu...so, fans aril tu memang duduk atas sekali...
but, camera dapat jugak capture that banner kat dalam stadium tu...
botol air mineral...? dahsyat sungguh imaginasi aril nie...
but, itulah dia...aku rasa, as he goes along perjalanan dia dlm dunia seni, pasti dia dapat menyesuaikan atau menggunakan material yang sesuai dalam setiap persembahan beliau yang tidak akan mendatangkan mudarat kepada orang lain...samalah kes macam mike stand dulu tu...heheh...aril, aril...
ada jugak cite pasal paknil sikit...sikit jer ker..? huhuhu...takperlah, yang penting tak lupa gak nak mention mantan AF nie...paknil begitulah...tidak sombong dan sentiasa mesra dengan semua orang...

will he be at jelajaH era this saturday...?

ARIL, AKIM TERBANG KE JAKARTA!



KUALA LUMPUR, 18 MEI 2009: Kalau bintang Akademi Fantasia Musim 7 (AF7) mula sibuk memenuhi jadual kerjaya seni mereka di dalam negara, Aril dan Akim pula sudah terpaksa terbang ke Jakarta, Indonesia, awal pagi ini, Isnin.

Kehadiran mereka di sana adalah untuk memenuhi tawaran membintangi sebuah projek drama muzikal yang diterbitkan secara usahasama oleh produksi Malaysia dengan Indonesia. Difahamkan tawaran ini telah diterima ketika mereka masih berada di dalam akademi lagi.

Mengulas tentang pemergiannya ke Indonesia, Aril ketika ditemui murai.com.my di ibu negara, semalam berkata, tawaran itu sungguh menarik kerana bercorak muzikal.

"Saya pergi tidak lama. Cuma seminggu saja. Mudah-mudahan semuanya akan berjalan dengan lancar. Apapun, semua ini adalah satu permulaan kerana perjalanan saya dalam bidang ini masih lagi terlalu jauh," katanya.

Biarpun dihimpit dengan kutukan dan cacian, bintang AF7 yang kini mula menjadi ikon di kalangan peminatnya masih mampu mengukir senyuman serta masih tabah meneruskan kehidupan.

"Kalau hendak diikutkan, saya rasa sedih juga dengan apa yang orang cakap tentang diri saya tetapi inilah cabaran yang harus saya hadapi dalam AF7. Lagipun untuk berjuang dalam industri ini, saya harus menjadi kuat.

"Mujur ramai yang memberikan kata-kata semangat kepada saya termasuklah kawan-kawan dalam AF7 sendiri iaitu Hafiz, Yazid, Akim dan Kak Isma. Waktu saya di AFMasuk, mereka inilah yang banyak memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi buat diri saya.

"Saya juga terharu apabila melihat begitu ramai rakan-rakan serta peminat di luar sana yang menyokong saya sewaktu beraksi dalam konsert final dulu. Selalunya apabila pelajar di AF Masuk mereka akan mendapat sorakan 'booo' tapi ia jadi sebaliknya.

"Jadi saya mahu berterima kasih kepada mereka yang menyokong saya selama ini. Buat yang tidak menyokong dan menolak saya, ia tidak menjadi masalah," katanya.

Tentang kemenangannya sebagai naib juara, Aril berkata, dia sebenarnya terkejut.

"Saya sebenarnya tidak mengharapkan apa-apa. Yang penting, saya ingin membuat yang terbaik pada malam itu khususnya untuk penyokong serta pengundi-pengundi saya. Mungkin inilah yang dikatakan rezeki," katanya.

Sementara itu, Akim pula mengakui sangat teruja untuk memenuhi tawaran membintangi drama muzikal yang sama bersama Aril di Jakarta.

"Penat AF7 belum hilang lagi tetapi saya dan Aril dah kena terbang ke Jakarta. Akim seronok sangat sebab dan lama teringin ke sana. Akim ingin timba ilmu tambahan daripada orang-orang di sana pula," katanya.

Selaku bintang AF7 yang dianggap sebagai underdog, Akim berkata, dia langsung tidak berkecil hati sekiranya ramai yang tidak perasankan kehadirannya dalam AF7.

"Saya makin bersemangat pada minggu-minggu terakhir AF7 kerana melihat sokongan penonton. Tapi semua ini tidak akan berhasil jika saya sendiri yang tidak sanggup mengubah atau memperbaiki kelemahan pada diri saya. Cikgu-cikgu sudah berikan tunjuk ajar mereka, jadi kita kena praktikkan.

Akim juga berkata, jika diberikan tempoh waktu yang lebih lama lagi di dalam akademi itu, dia percaya dia akan lebih mampu menggugat pelajar lain.

"Saya bersyukur dengan kemenangan di tempat ketiga. Bagi saya apa yang lebih penting ialah transformasi yang saya lalui di dalam akademi," katanya.



My Notes:-
dengaRnya pada ari isnin di radio era, juara dan naib juara AF7 akan bersama-sama jelajah era di shah alam sabtu ni...
tapi, bila tengok berita nie di murai.com, tak sure plak will aril be there this saturday...?
tapi, rasaNya kalau berkesempatan dan diizinkan, memang nak pegi shah alam this saturday...just for jelajah era...
hopefully aril will make it there... =)
sangat bangga with both of them...
hope they will make it there...
harumkan nama malaysia di sana ok...

sikiT stoRy about konsert finaL AF yang lepas...






BAYANGKAN final Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) tanpa Aril.
Bagaimana agaknya jika hanya Yazid, Hafiz, Isma dan Akim yang bertanding pada acara kemuncak AF7 itu? Sudah pasti, senario nya tidak sepertimana yang disaksikan semalam.

Keputusan sudah diumumkan dan peserta dari Sarawak, Hafiz membuktikan gelaran juara AF kali ini masih dimonopoli oleh anak kelahiran Malaysia Timur, selepas peserta kelahiran Sabah, Stracie Angie Anam atau Stacy menjuarai AF6 sebelum ini.

Namun, kedudukan Aril sebagai naib juara AF7 seperti dipersoalkan pula. Adik kepada penyanyi Izwan Pilus itu dikatakan menggunakan platform mudah melalui sistem AF Masuk dan terus melayakkan dirinya ke konsert akhir AF7 biarpun sudah tersingkir dua minggu yang lepas. Bukan mahu menidakkan kebolehannya sebagai seorang penghibur, kerana seperti yang dibuktikannya menerusi persembahannya pada final AF7 itu, ternyata keberanian Aril dalam 'menghidupkan' dirinya di atas pentas agak berjaya.
Cuma vokalnya yang agak kurang mantap atau seperti kata juri tetap AF7, Edrie Hashim, vokal Aril 'pancit' menyebabkan timbul persoalan adakah Aril sesuai bergelar naib juara AF7, sedangkan pemenang tempat ketiga, Akim sebenarnya bukan sahaja menonjolkan vokal yang lebih membanggakan berbanding Aril, malah konsep persembahannya juga menunjukkan kelainan.

Dalam hal ini, sudah tentu sistem undian SMS penonton menjadi penyebabnya dan ia segera dikaitkan dengan kemasukan Aril yang bagaikan 'mengacau' Yazid, Isma dan Akim daripada berpeluang meraih tempat yang kini menjadi milik mutlaknya itu.

Namun, gelaran naib juara AF7 yang dimenangi Aril itu tidak dipintanya, bahkan kemasukan semula ke AF7 juga bukanlah keputusan Aril sendiri.
Menurut Aril, kemasukannya semula dan kemenangannya pada final AF7 itu seperti rezeki baginya untuk meneruskan karier seninya.
"Bila saya diterima semula masuk ke dalam AF7, itu pun satu rezeki besar untuk saya dan sedikit pun saya tidak terfikir akan menang.
"Jangan salah faham. Saya bukan pengacau kawan-kawan saya yang lain untuk mendapat gelaran naib juara AF7 kerana bukan saya yang membuat keputusan itu dan bukan saya yang meminta.
"Bila orang kata saya pengacau, rasanya itu bukan saya. Tidak terdetik langsung mahu menggugat kedudukan mereka. Ini semua keputusan produksi Astro dan saya bersyukur dengan rezeki yang saya terima ini," tuturnya minta difahami.

Tambahnya, kemasukan AF Masuk itu juga bukan permintaannya.
Namun perasaan ingin menyertai semula masih ada seperti peserta-peserta lain.
"Perasaan saya memang bercampur aduk bila mendapat tahu bahawa penonton boleh mengundi peserta yang tersingkir untuk masuk semula ke AF7.
"Saya dah rasa duduk di luar akademi selama dua minggu dan impak positif dan negatif yang saya terima agak besar. Tapi bila saya dimasukkan semula, saya rasa seperti inilah peluang kedua saya untuk menunjukkan bakat yang ada dengan sebaik mungkin.
"Kemasukan saya juga kerana masyarakat yang mengundi dan menyokong saya. Saya berharap sangat semua pihak tidak menganggap diri ini sebagai pengacau," ulas Aril yang berazam menjadi ikon kepada para peminatnya.

Selain isu kontroversi impak kemasukan semula Aril ke final AF7, ada banyak kelemahan ketara pada konsert final AF kali ini.
Ia berikutan majoriti lagu-lagu yang dipersembahkan kali ini gagal mengangkat acara itu untuk wujud gah sebagai acara kemuncak AF7.
Paling malang apabila Yazid diberi tanggungjawab untuk mendendangkan lagu popular Dewa 19, Kasidah Cinta.
Benar, lagu-lagu yang didendangkan di pentas konsert AF bukan pilihan pelajar kerana ia dianggap sebagai cabaran untuk mereka mempersembahkannya mengikut cara masing-masing.

Namun, persoalan timbul adakah lagu dari genre broadway itu sudah pun dibuat susunan semula untuk disesuaikan dengan vokal Yazid?
Ini kerana vokal Yazid langsung tidak 'masuk' ke dalam lagu tersebut. Hal seperti ini tidak pernah berlaku dalam final AF sebelum ini.
Sepatutnya pada konsert final, pemilihan lagu perlu mengikut imej dan genre yang sesuai untuk pelajar-pelajarnya.
Persembahan kedua Yazid yang membawakan lagu barunya, Ya Papa juga tidak kena dengan vokalnya, cuma lagu itu lebih bertenaga dan ceria berbanding lagu pada persembahan pertamanya itu.

Nasib yang sama juga menimpa Isma apabila lagu Cinta Adam dan Hawa dendangannya dilihat seperti memberi tekanan kepadanya.
Juri tetap, Adlin Aman Ramli juga merasakan lagu itu kurang sesuai dengan Isma.
"Saya tidak nampak apa-apa istimewanya lagu ini untuk awak," komen Adlin terhadap persembahan Isma menerusi lagu popular Misha Omar itu.

Namun apa yang jelas, menyaksikan konsert akhir kelima-lima pelajar AF7 itu, kesimpulan yang boleh dibuat ialah persembahan mereka gagal mencapai tahap yang memberangsangkan seperti konsert akhir AF musim sebelum ini.
Masih banyak lagi yang perlu diasah dari segi vokal mereka lebih-lebih lagi, Aril dan Yazid.
Namun dari segi persembahan pentas pula, finalis AF7 terutamanya Aril dan Akim hampir mencapai tahap seorang penghibur.

Juara AF7, Hafiz sememangnya berjaya meyakinkan penonton bahawa persembahannya adalah yang terbaik pada malam itu.
Namun, persembahan Hafiz tidak sempurna seratus peratus kerana masih lagi ada kekurangannya.
Banyak yang masih perlu dipelajari Hafiz untuk menjadikan dirinya seorang penyanyi dan penghibur yang lebih baik di masa akan datang.

Bagaimanapun, persembahan Hafiz antara yang terbaik di antara kelima-lima pelajar yang bertanding pada konsert akhir AF7 yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil Sabtu lalu itu.
Dengan gelaran juara yang dimilikinya kini, tiada apa yang dapat difikirkan olehnya tentang masa depan karier seninya itu.
Hafiz memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada pihak Astro untuk merencanakan perjalanan seninya selepas ini.
"Terus terang, saya tidak tahu hala tuju saya selepas ini dan tidak tahu apa yang bakal berlaku terhadap saya di luar akademi nanti.
"Tetapi saya dah bersedia untuk menerima cabaran dunia hiburan walaupun tahu ia penuh dengan dugaan," akuinya.

Pelajar Diploma Pengurusan Hospitaliti dan Pelancongan di Kolej PTPL Sarawak itu memberitahu: "Apa yang penting selepas ini, saya akan berbincang semula dengan pihak Astro mengenai hasrat saya untuk menghabiskan pelajaran saya selama setahun. Bukan berhenti seketika, tetapi mahu menggerakkan pelajaran dan nyanyian pada masa yang sama.
"Ini kerana, sebelum ini saya sudah berjanji pada mama (panggilan untuk ibu Hafiz) yang saya mahu capai impian saya dalam AF, kemudian saya akan capaikan pula impian mama dalam pelajaran.
Bagaimanapun, Hafiz menegaskan dia bakal menukarkan kursus pengajiannya itu kepada jurusan muzik pula, memandangkan karier nyanyiannya kelihatan semakin cerah.

Dalam pada itu, biarpun AF7 pada tahun ini mendapat banyak kritikan mengenai transformasi yang dilakukan, namun graf peningkatan program realiti ini semakin tinggi berbanding musim lalu.
Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Khairul Mizan Shagul, perubahan yang dilakukan dalam AF7 ternyata mendapat sambutan positif daripada penonton dengan peningkatan undian sebanyak 45 peratus.
"Ini menunjukkan AF masih lagi relevan dan diterima ramai lebih-lebih lagi dengan perubahan yang dilakukan.
"Kejayaan transformasi yang dilakukan mungkin akan menjadi lebih baik untuk tahun akan datang dengan pengalaman yang berlaku tahun ini," katanya.

Selain Yazid atau Mohd. Yazid Kamal Ibrahim, 22, yang membawakan lagu Kasidah Cinta dan lagu baru, Ya Papa, pada konsert final AF7 itu, Hafiz atau Mohd. Hafiz Mohd. Suip, 19, mendendangkan lagu Anuar Zain, Kau Bunga Cintaku dan sebuah lagu baru, Masih Jelas.
Sementara Akim atau Afiq Hakim Ahmad, 18, mempersembahkan lagu popular Faizal Tahir, Bencinta, dan lagu baru berjudul, Bengang.
Selain lagu Kasih Tak Sampai, Aril atau Khairil Azam Pilus, 24, pula turut menyampaikan lagu baru, Toksik.
Isma atau Ismaliza Ismail, 30, menyanyikan lagi Cinta Adam dan Hawa dan lagu baru, Bisikan... Godaan.


My Notes:-
satu ulasan yang pada aku hampir lengkap mengenaI konsert final AF...
dan juga hampir tepat setiap ulasan yang diberi mengenai setiap pelajar...
ariL memaNg perlU belajar lebih banYak tentaNg vokaLnya...dan pada masa yang sama memaNtapkan lagi persembahannya...elemen-elemen yang perlu disuntik di dalam persembahannya perlulah diberi kelainan supaya orang tidak akan jemu...kena contoHi cara paKnil...walaupun bidang mungkin tidak sama, tapi pakniL sentiasa memberi sentuhan baru dalam setiap perkara yang dibuatnya...sebab itu dia masih diminati ramai sehingga kini....

peratusan unDi...

ok, just nak share sikit pasal peratusan undi sebelum dan selepas konsert AF...

Kedudukan undian sebelum konsert bermula:-

PELAJAR PERATUSAN (%)

HAFIZ 44
ARIL 22
YAZID 15
AKIM 13
ISMA 6

Kedudukan undian selepas undian ditutup:-

HAFIZ 46
ARIL 22
AKIM 18
YAZID 9
ISMA 5


aril tetap maintain jer...tapi hafiz meningkat...begitu juga akim...yazid dan isma plak menurun...
pada aku, semua persembahan malam final tu memang best...
masing-masing ada kekuatan tersendiri...

just to make myself clear, walaupuN aku sokong ariL, tapi itu tidak bermakna aku tak sokong pelajar lain...
hafiz and akim are also my choice...
cuma, aku lebih suka nak bercerita pasal ariL...
kan itu lebih baik...berceriTa tentang seseorang yang kita minat/suka daripada mengutuk/mengata orang lain...
aku taknak jadi seperti sesetengah fan pelajar lain, yang sokong pelajar lain selain aril and then at the same time kutuk aril jugak...

AF memang telah berakhir but A.R.I.L. is just the beginning...
and i wiLL not stoP story about him...
akan terus menyoKongnya...forever...
he needs our support...

appreciatiOn to...

salam semua pembaca-pembaca blog saya...

well, as u all know this few weeks, memang my post is all about AriL AF7, my newest idol...
i can't stop myselF from updating my bloG with his story...
bloG is all about sharing kan...i love to share with people what is happening to me currently...
so, A.R.I.L. is all about iT...

maybe for soMe peopLe it is quite 'childish' of me for becoming a fanatic faN of ariL...
but, for becoming his fan, my liFe more cheerfuL and i begin to learn 'something' in my liFe...
which is, to loVe someoNe that other peoPle hate...it is noT easY...but, i learN thaT...
it is differeNt with paKniL...everyOne loves paKniL...so, muCh moRe easY for me to loVe him...
but for ariL, it is very difficult...but still, i enjoY so much becoming his fan...
because eventhough i know a lot of people out there hate him so much, but at the same time there is also A LOT of peoPle love him too...i have fouNd thaT community of faNs...
thaT's why i learN so mucH for becoming ariL's faN... =)

dan...the interesting part is...

ada a few of my friends yang willingly to listen to my story about ariL...
i really...really...really...appreciate it...
i knoe, tak semua oraNg leh teriMa...
but for this peoPle that i will mention later, memaNg orang-orang yang sangat sabar dengan all my story about ariL...
tak taHu nak express all those feelings caMne, but memaNg betul2 rasa berteriMa kasiH...
and i hoPe u aLL tidaK akan jeMu dengaN all the stoRy eh...

ok, let's start it...

1- adik suzY
adik, akak taK tahu camne naK berterima kasih dengan adik sebaB adik sudi dan tak jemu-jemu beri comment kat post akak yang tentaNg ariL...mcm akak pernah cakap sebelum nie, akak memaNg sangat happy biLe adik beri all those comment...rasa mcm adik dpt merasai all my feelings towards aril...and eventhough adik tidak mengikuti af, tapi adik cuba memahami all my story...akak betul-betul berterima kasih dengan adik...and thanks juga sebab u happy for me too setiap kali akak rasa happy tentaNg ariL...thaNks so mucH adik...hoPe adik taK jemu dengaN cite ariL nie sebab i will not stoP the story about hiM...

2- kak shimah
kak shimaH, saya tahu akak memang jarang tengok tv kan...tapi, saya betul-betul puji kesabaran akak mendengar cite saya...hehehe...sampaikan setiap kali saya tengok video konsert aril kat YouTube, akak pon join sekali tengok...saya suka bercerita dengan kak shimah pasal aril sebab akak nampak excited...tu yang saya suka bercerita dengan akak...and akak pon sangat memahami sekarang kenapa saya sangat fanatik dengan ariL...kadang-kadang takut gak nak cite lebih-lebih, takut meluat plak jadinya...tapi, akak tidak...thanks kak shimah for being so understanding....

3-adik faeza
dik, akhirnya kita bersama semula dalam satu unit kan...hehhe...love to work with you again...because in my opinion, adik memang raJin and tak banyak cerewet...senaNg nak bawaK berbincaNg...and akak patut berterima kasih dengan faeza bebaNyak sebab sudi dengar akak mengomel, berceloteh pasal aril...sampaikan faeza sanggup tgk YouTube, untuk tahu apalah yang akak suka sangat pasal ariL nie...hehhe...and sampaikaN sudi bermalaM di rumah akak untuk temankan akak tengok konsert final af yang lepas...sama-sama beri pendapat tentang aril, and akak rasa boleh share everything pasal aril dengan faeza...thanks bebanyaK dik...akak reaLLy appreciate it...

nielah antara org-org penting yang sangat-sangat aku berterima kasih...
kesabaran anda sangat saya kagumi...

untuk syana and adik edzlin,
thanks juga sebab sudi tinggalkan comment...especially adik edzlin, thanks for supporting aril too...

i loVe u aLL...
thaNks a lOt...
haNya Allah SWT sahaja yaNg akan membalas segaLa budi baIk anda...

p/s : thaNks to kak aziLa jugak...sebab afundi ariL...hehe...taK sangka plaK saya kak aziLa pon vote for ariL... and not forgetting Andy Sahlam at Facebook for ARIL AF7 FanClub, sebaB wujudkaN the group and tak jemu-jemu menyuruh all ariL's fan teruskaN menyokoNg ariL...



Monday, May 18, 2009

hardstYLe repuBlic...

sekarang nie tengah tengok ulangan konsert final af semalam...
tak puas tengok semalam...hehehe...

apa HARDSTYLE REPUBLIC..?
semalam terlupa nak mention dlm post...

HR @ HARDSTYLE REPUBLIC tu adalah team @ komuniti shuffle aril...
HR buat persembahan opening mlm konsert final mlm tadi...
memang smart, cuma mungkin pentas terlalu besar menyebabkan persembahan tu nampak kurang menyerlah...
but still, tetap best...bila tengok aril pon ada buat dance dgn finalist dan jugak team shuffle dia, memang gempak lak rasa...

suke tengok bile aril dance...tak kiralah shuffle atau menuju puncak...
boleh rasa groove dan energy dia...

dlm banyak-banyak lagu baru finalist, yang paling sedap di telinga aku mendengar adalah lagu yazid...hehehe...walaupun lirikNya kelakar, tapi bestlah jugak...
lagu aril-toksik tu, bila dengar kali ke-2 atau ke-3, barulah dapat rasa beat lagu tu....
kalau diimprove sikit bile nak rakam semula, boleh jadi hit...hopefully...

yang penting, paknil memang cute and hensem mlm tadi...

especially bile camera focus muka paknil time si angelina (kamera yang berckp kat dlm akademi tu pon sibuk gak ada kat konsert final...), kata dia suka uncle aznil...dpt tengok uncle aznil kat konsert mlm nie...memang cute sangat expression muka paknil masa tu...

pastu, ada gak kamera focus paknil masa selepas aril buat persembahan yg kedua...

nape ek..? mungkin dieorang tahu paknil sokong aril kot...hehehe...

ape pon, LOVE P.A.K.N.I.L. & A.R.I.L.

p/s:- 1st episod Jangan Lupa Lirik malam ni...bestlah JLL tahun nie...ada kelainan yang diberi...paknil memang peNgacara utk JLL....kalau tukar pengacara, konfirm tak tengok JLL...sebab takde org lain atau pengacara lain sehebat paknil utk mengacara JLL... Paknil is the BEST!!

Sunday, May 17, 2009

sangaT puas haTi...AWOK NAIB JUARA AF!!!

terbaekk wok!!
itu ajerlah yang mampu aku ungkapkan buat masa nie...
mata takleh nak lelap sekarang nie, sebab happy and puas hati...

secara keseluruhan, konsert final ni bestlah jugak...
tapi, rasanya pemilihan lagu-lagu tahun nie kurang menyengat...
contoh, mcm yazid...kesian lagu-lagu yang dia dapat...tak sesuai dengan vokal dia...
pastu persembahan pelajar yang aku bleh puji untuk konsert final nie, akim dan aril...
akim gempaknya masa persembahan lagu faizal tahir-bencinta...aril plak untuk kedua-dua lagunya...
hafiz dari segi performance, untuk lagu 1st ok, tapi yg 2nd takde apa yang best...hanya vokal jer dipertaruhkan...
paling kesian aku rasa isma...sejak dari awal, undian untuk dia memang melonjak-lonjak jauh meninggalkan pelajar2 lain...tapi, di penghujung final, undian untuknya mula mencorot...sehinggalah memberi kesan pada konsert final nie menempatkannya ke tangga ke-5...

pada aku, secara personally, aku sangat puas hati aril jadi naib juara...susah perjalanan dia dalam akademi nie...setelah tersingkir di minggu ke-7, di afmasuk minggu ke-9, dan menjadi naib juara di minggu ke-10...setelah segala kritikan diterima bertubi-tubi, akhirnya kami penyokong2 dia tetap berusaha menempatkan dia di tangga ke-2 mlm nie...ada baiknya jugak dia tak dapat juara...nampak aril sangat happy dengan keputusan mlm nie...sebabnya kalau dia juara, konfirm konfirm kena lagi selori kutukan-kutukan yang tak mampu nak ditepis dan menyakitkan hati...
itupon kat @15, dah menang pon kena kutuk jugak...kata aril naib juara dirancang, septtnya no.2 is akim...satu jer persoalan kat sinie...kalau akim bagus and fans dia punyalah ramai kat stadium tu, awat tak vote bnyk2 utk akim...? takyahlah nak persoalkan kenapa akim no 3 dan aril no 2...terima ajerlah keputusan yang telah ditentukan...itukan rezeki memasing...walaupun AF dah berakhir, tapi sebenarnya perjalanan mereka baru nak bermula...sekrg nie kita tengok saper plak yang bleh survive kat luar...

untuk persembahan pertama aril, lagu kasih tak sampai-padi...aku sebenarnya tak berapa gemar lagu nie sebab lagu nie slow sangat...tapi, lagu nie lagu fav aril...so, dia berjaya membawa lagu nie dengan baik and aku dpt rasa his feel in this song...
untuk lagu kedua, lagu baru tajuknya toksik...terus terang aku cakap lagu nie tak best...ntah mana tang chorusnya...melody lagu pon mcm tak best didengar...kesian aril dpt lagu mcm nie...but, pada aku dia berjaya membawa lagu tu dengan baik...eventhough terlupa lirik sikit (tapi pandai cover line, tak nampak gabra pon...lagu nie pon liriknya cam susah jer...)
persembahan kedua paling baik, sebab ada aksi dramatik...melompat dari stage ke bawah, guling2 sampai kat meja juri...nampak perfect, takde cacat cela pon aksi tu...memang terbaek wok lah!!
komen juri pon semuanya ok...especially komen dari adlin...

masa nak umumkan nama pemenang tu, ya Allah! berdebarnya rasa...
especially time nak umum no 3...tutup telinga sebab taknak dengar nama aril...
bila ac sebut akim no 3, menjerit aku jap...sebab konfirm aril top 2...dan masa tu yang pasti, aril mesti no 2...nak jadi juara mcm mustahil, sebab vote hafiz jauh meninggalkan aril...lagipun hafiz memang layak jadi juara...nasib baik hafiz jd juara...kalau aril jd juara, mesti aku dah pengsan dah...hehehe...pengsan sebab tak percaya...huhu...

so, lepas nie dah takde apa nak tgk kat tv sebab af dah habis...
susah lagi nak tengok aril...sebab dia akan terikat dgn jadual astro...
tapi, walau aperpon, aku akan tetap sokong ariL...
of course TERBAEKKKK WOKKK!!

apa lagi yang menarik di mlm konsert final nie...?

1- Ada paknil kat mlm konsert af nie...paknil berjaya juga dtg...berseri jer nampak muka dia...syukur alhamdulillah nampak dia sihat camtu...suka tgk bila paknil happy...rasa sweet sangat bila teringat paknil sokong aril...paknil, paknil tidak silap menilai orang...saya yakin satu hari nanti aril akan berjaya...seperti paknil juga =)

2- Persembahan bonus, lagu revolusi...memang best...lagu tu pon memang gempak...tu yang rasa best sangat...

3- Ada persembahan dari pelajar2 yang tersingkir waktu orientasi...boleh tahan jugak suara-suara dieorg nie...

4- Persembahan dari pelajar2 af yang telah tersingkir...yang tetap boleh dipuji, Qhaud...lagu seruan tu memang lagu terbaik dia...oh ya! sorang lagi is Zizi...vokal dia memang power...kalau zizi pegi final, mesti dia dapat jadi juara mengatasi hafiz...

5- Stacy membuat persembahan juga...tak dinafikan, dia memang bagus menari tu semua...tapi, sorry to say...aku rasa masa juara lagu tu, jauh lebih hebat dari mlm nie...aku pun slh seorang peminat stacy, tapi pada aku setakat menari tapi menyanyi tak dengar sangat pon, baik takyah buat persembahan menyanyi...buat menari jer lah...rasa agak kecewa dgn persembahan stacy mlm nie...sebab terlalu banyak tarian, sampaikan aku rasa aku tgk pertandingan tarian, bukannya persembahan stacy menyanyi...bila lagu sikit tapi tarian lebih, pastu selang seli plak tu, mcm mengganggu penghayatan penonton nak tgk...biarpon semua org kata persembahan stacy bagus, tapi pada aku agak menghampakan...

6- Tarian menuju puncak...memang best koreograph yang final nie...tapi, belum pon pelajar2 final buat lebih sikit, dah tetiba masuk semua pelajar2 lain...mmg tak salah, nak having fun, tapi mcm terganggu sikit konsentrasi nak tgk pelajar final menari...pastu, aku rasa kelainan tarian kali nie is pada openingnya...tapi, frust betul bila camera fokus dari jarak jauh and tak fokus bebetul masa opening tu...memang camera nie tak peka langsung...time konsert mingguan, bleh plak fokus dekat..time final, gatal plak nak fokus dari jauh...mmg frust lah...

oklah, mata aku baru nak start mengantuk nie...
boleh lah malam nie tido dalam senyum...hehehe...

we love u arIL...
tahNiaH and terbaekkk wokk!!
we all proud of u...

we know you have tried the best to perform tonite...
walaupun ariL nampak tertekan sebelum memulakan persembahan, but u have done the best!!

thank you aril sebab berikan kiteorang persembahan terbaek...
kiteorg tahu aril buat semua ini khas untuk peminat-peminat yang afmasuk aril...
tak sia-sia usaha kiteorg gerak gempur afundi aril...

all the best ariL!!

Friday, May 15, 2009

sedihlah...pasti ada sesuaTu berlaku..apa laGi salah dia...?

sedih...
itu ajer yg mampu aku rasa mlm ni lepas tengok diari af...
apa yang aku sedih...?
banyak...banyak sangat....

aku rasa, pasti ada sesuatu yang berlaku kepada aril di akademi...
tapi biasalah, tv mungkin tak tunjuk...
aku rasa, mesti ada kaitan dengan kata-kata si asrul RA tu pada yazid...
asrul tu marahkan yazid, sebab hilang fokus & suka main-main...
menurut katanya, 2 minggu 'dia' takde, yazid ok...fokus...
tapi, bila 'orang tu' masuk balik, yazid banyak main-main...tak fokus...
saper yang '2 minggu takde' & 'org tu masuk balik'??? mestilah ariL kan....
aper plak nak salahkan aril...? kalau yazid takleh nak fokus, salahkan diri sendiri lah...aper plak nak babitkan aril...? sikit sikit aril...sikit sikit aril...
ntah apa-apa lah dieorang nie...
memanglah mata dan telinga nie dah kebal dengar segala kutukan, tapi bila kutukan tu dtg dari dalam akademi, geram lah jugak...eeeee...kalau dah takleh fokus, salahkan diri sendiri lah...RA tahun nie memang poYos...lebih poYo dari segala-galanya...especially RA lelaki, si asrul tu...tak best langsung!!!!!!!!!!!!!

kita lupakan pasal kes RA poyo tu...
back to crite aril...

kat dalam diari mlm nie, nampak aril very unhappy...tak ceria mcm selalu...
mungkin dia nak fokus lebih untuk buat persembahan terbaik mlm final nanti, tapi plg nampak ketara unhappy faces of aril masa pelajar-pelajar flashback transformasi...time akim, yazid, hafiz dan isma, semua gelak seronok jer...tapi, bila time aril, semua orang mcm senyap semacam...aril pon tak gelak, senyum jer...tapi, that is not usual aril...bleh terasa mcm ada sesuatu yang berlaku pada aril membuatkan dia nampak different...nampak unhappy...

kedudukan afundi terkini, aril tetap sama...no 3...tapi dah sama peratusan dengan yazid...
kena terus afundi lagie nie...

arini memang banyak sangat benda tak puas hati...sedih...

1- paknil : baca blog dia bertajuk sampai hati...disebabkan paknil lama tak update blog, ada plak yang doakan dia dah mati sebab dah lama tak update... TAKDE OTAK PUNYA ORANG! kalau ikut hati, nak je cakap, "ko lah yang mati dulu sebab otak dah takde...otak duduk kat lutut...sebab tu sengal nak berfikir"... tapi, paknil tak ajar kita jadi biadap...paknil tak marah pon kat org yang doa dia cmtu...cuma dia berharap tiada lagi orang yang berdoa bukan-bukan untuk dia...tapi, takleh lah nak dengar org kutuk atau cakap yang bukan-bukan kat paknil...
patutlah pon, kat riuh pagi era, suara paknil tak seceria selalu...mungkin paknil terlalu penat agaknya dengan tugas-tugas harian...jaga diri bebaik yer paknil....

2- kerja : yang ni susah nak explain...tapi, sedih bila org tak hormati kita as sepatutnya kita dihormati..bukan nak suruh hormat sampai junjung ke langit, tapi sekurang-kurangnya pekalah dengan perasaan orang lain...dahlah yang bercakap tak guna otak nie, sama-sama pegawai gak...kalau staff bawahan, aku tak amik hati sangat...nie pegawai yang berlagak mcm pandai semua, tapi sebenarnya habuk pon takde...lagi mau cakap besar...

3- aril : yg mcm aku crite kat atas tadilah...he look unhappy...tak bestlah bila tengok aril mcm tu...tak ceria...kalau sebab dia terlalu penat berlatih utk final, takpelah....kita semua faham...but, if ada kena mengena dengan kes yazid and RA tu, memaNglah nyaMpah sesangat...aril jadi mangsa keadaan sebab afmasuk....bukan dia minta, tapi itu dah rezeki dia...mudah-mudahan segala kutukan-kutukan terhadap aril tu akan jadi seribu rahmat buat aril...

apa lagi yang aku sedih..? badan sakit-sakit, penat, mengantuk...semua ada...pon sedih jugak...tak sabar nak tunggu ahad...boleh rileks sikit...

TERBAEKKKK WOOOKKKKKKKKKKKKK!!

saper yang dengki sangat tu, sendiri mau ingatlah...
saper yang berlagak pandai tu pon, sendiri mau ingat jugak...
saper yang suka mengutuk tak sudah tu pun, sentiasa mau ingatlah....

LU FIKIR LAH SENDIRI...
OTAK KAT KEPALA...
BUKAN KAT LUTUT...
KALAU KAT LUTUT, NAMANYA SENGAL TAHAP CIPAN!!!

HATI MAU BERSIH...
BARULAH MUKA NAMPAK BERSERI...
TAKLAH HITAM MCM BONTOT KUALI...

SEKALI LAGI, LU FIKIRLAH SENDIRI SAMPAILAH LU SENDIRI DAH TAKLEH NAK FIKIR DAN DIRI TELAH PON DITELAN BUMI!!
TIME TU, TAK GUNA NAK MENYESAL LAGI...
HANYALAH AMALAN DI DUNIA JADI BEKALAN DIRI...
LU JAWABLAH SENDIRI....!!!!



Wednesday, May 13, 2009

nak lepaS geraM...bleh tak...?

wahh! bernanaH mata dan telInga bila tengok org-org kutuK ariL seh...
kat chaNnel @15 tu, bukaN main lagi sedaPnya meNgata ariL...
aper laH yang tak Puas ati sangat tu...?

sebenaRnya org-org yaNg tak senang atau dok kutuK ariL jer tu, adalaH org-org yaNg sebenaRnya takNak ngaKu ataU cuba menafikaN bakat semulajadi ariL...
macaM jugak org-org yaNg mengutuK yazid, pun taK mengaKu yaNg yazid tu sebenaRnya produK yang dah ditRansformasi oleH AF...


kalaU nak peganG pada perkataan 'transformasi' tu, pelajar yang dah ditransform adalah aril, yazid dan akim...dari tak pandai menyanyi, tak pandai menari, suara sumbang mambang, sekarang dah pandai semua...macam isma and hafiz, dieorang memaNg dah konsisten sejak dari mula...cikgu-cikgu kat akademi tu cuma menambahbaik jer keadaan dieorang tu...

masing-masing finalist tu, ada peluang untuk jadi juara...
siapa yang akan tentukan..? of course lah peminat-peminat dieorang...
so, afundi lah...
yang nak pegi kutuk pelajar-pelajar lain tu buat ape...?
sokoNg jerlah pelajar yang sendiri minat...
masih ramai juga lagi yang tak puas hati dengan kemasukan semUla ariL ke dalam akademi...
cakap ariL juara diraNcaNg lah...
kalaU dah rezeki ariL nak jadi juaRa, alhamduliLLah...
terIma ajerlaH hakikaT...
tapi, kalau ariL tak jadi juaRa pon, kaMi peminat-peminaT dia dah berpuas hati sebab dah berusaha masuKkan dia semula ke AF untuk bagi dia peluaNg kedua beraksi di penTas...

sekarang nie, untuk peminat-peminat yang sokong aril, kenalaH afundi dia bebaNyak...
jaNgan mengulanGi kesilapaN dulu sehiNgga dia terkeluar...
buaT mereKa yang tak senaNg dengaN ariL, biaRkaN mereka dengan bodoH somboNg tu...
hahahha...
dieoraNg semUa jeles ngaN ariL sebenorNya...kah kah kah...
lagi baNyak orang kutuK ariL, lagi muraH rezeKi dia..
biaRkan org-org yaNg ngaTa aril sekaraNg nie, masa akaN dataNg mereka-mereka ini akan kunyah sendiri kata-kata dieorang tu...hahahaha...

go ariL...go ariL...

terbaeKkk wokkkkkkkkkkkkkk!!

p/s: berita terkini, hiburan sensasi...aril 3rd place sekarang...so, marilaH AFundi AriL lagi...yooHoooooo!!

Tuesday, May 12, 2009

sayaNg paKniL sebab paKniL sokoNg ariL...

pagi tadi, aku dengar radio era...biasalah time nak pegi keje...
jom debat, topikNya tentang siapa juaRa AF7 sabtu ini...? biasaLah telahan manusia...dahLah kedudukan afundi terkini tak dapat ditengok sampai konsert...uishh, tension gak lah wei...huhuhu....


pastu, masa sorang caller call kata dia sokong akim, paknil cakap dia sokong aril...
sebab aril ada pakej yang lengkap...boleh menari, menyanyi pon suara sedap (paknil yang cakap yer...) Ya Allah! Masa tu siap menjerit sesorang dlm keta, sayaNg pakniL!!
tapi kan, memaNglah aku sayaNg pakNiL...pakNil tetaP no.1 di hati..ariL no.2...


sorrylaH yer buaT kekawaN yang follow blog aku nie...sebab aku still cerita pasaL ariL...
this weeK, i wiLL cerita pasaL ariL jer...hahaha...sampaIlah konsert sabtu nie...
after thaT, barulaH aku crite beNda laIn plak lah yer...hehehe...


semlm tengok diari, ariL is baCk...bebudak yang lain siap konoNnya nak 'dera'lah pelajar baru nie...tapi, bila aril sampai jer kat akademi, aril, hafiz, akim ngan yazid muLalah buat 'lompat budak-budak' tu...hehehe...comeL sangat dieorang...yazid lah org paling happy...sebab awal-awal pagi dah bangun dgn semangaT sebab taHu ariL akan kembaLi ke akademi...so sweeT...


betuL kata cikgu Fati...aril naMpak makin kurus...kaTanya sejak familY dia (kecuali abg dia) pindah melaka, rumah baru kunci tak dapat lagie (tak pasti plak rumah baru yang mana), so dia menumpang di rumah kawannya...so, ala-ala hidup terurus lah sikit...tu yang makan pon tak tentu, badan pon terus menyusut...tak lawa lah dia bila kurus sangat camtu...huhu...


so, semalam semua orang dapat lagu baru...semua dengarNya mcm best...
ariL plak, lagu mcm best, but stiLL dia sama ada nak improvised atau nak buat arrangement yang mana...coz dia nak lagu yang orang akan ingat sampai bila-bila...dia bukan nak jadi wannabe...


confirm punya, kat channel @15, saper yang tak suka aril akan kutuk teruk punYalah bila aril bersuara tentang lagu sendiri...dahlah sekrang nie, bernanah mata tengok dieorang kutuk aril...kata, dah keluar buat apa nak masuk balik...? yang nak salahkan aril buat apa...salahkan lah pengetua dan produksi af...saper suruh buat af masuk? kalau takde afmasuk, aril pon takkan masuk semula...kalau yang lelain tu, nak tgk pelajar lain yg masuk, undilah banyak-banyak...nape perbezaan undi antara aril (1st) dengan aishah (2nd) jauh beza sampai 30%...? lu fikirlaH sendiri....lagi mau salaHkan ariL...sebab aril yang masuk balik, sebab tu salaHkan aril...cuba kalau aishah ker, claudia ker, qhaud ker yang masuk balik, agak-agak ada tak yang nak kutuk...?


apa pon, pada fikiran aku...tak salah ariL memberikan komen atas laguNya sendiri...
dia sendiri kata, dia takleh nak buat benda yang dia memang takleh buat...
dia kata lagu tu kurang sesuai dengan jiwa dia...
yang dipersoalkan tu pon, lagu dia...bukan lagu dia...
dia juga ada hak untuk memberikan pendapat kreatif dia tu...sebab selama nie dapat lagu, kalau yang tak sesuai dengan jiwa dia pon, dia tetap cuba buat yang terbaik...tak komen lelebih pon...
so, this time dah kata lagu dia sendiri, mestilaH nak lagu yang sesuai dengan jiwa dia...
kalau stacy dulu,org bleh cipTa lagu yang memaNg sesuai dengan dia, takkan af7 tak bleh kot...?
tgk riz af6 sekarang, sinGlenya ntah ke mana...tak glamer pon mcm lagu nubhan...sebab pada aku, lagu riz dulu tu, tak sesuai dengan riz...tak mcm lagu nubhan ngan stacy...memaNg power...


so, for the whole week, mood aku sangat baik...
smiling all the way...
mcm ada semangat baru gitu...
memang minggu yang sangat menggembirakan untuk aku...
dan juga sangat berdebar menunggu sabtu nie...


harapan aku agak tinggi untuk persembahan aril mlm sabtu tu nanti...
tapi, takut gak letak harapan tinggi-tinggi sangat...
makLumlah manusia nie kan tak sempurna...
tapi, aku percaya ariL tidak akan menghampakan peminat-peminatnya...


gooD lucK ariL...

Sunday, May 10, 2009

i'm still smiLing...and smiLing...hehe


baru jer lepas tgk konsert ulangan AF7 yang ke-9 daN diari INT...
masih lagi rasa happy sebab awok tersenaraI untuk ke final...
aku rasa, masa tu mesti dia tak terfikir pon dia akan pegi final...
his face tells everything (biarpon MEMANG ada org akan mengata aril kononnya buat-buat tak caya diri sendiri masuk final, TAPI...aril bukan org yang suka berpura-pura...sesiapa yang betul2 fans aril, pasti tahu how is ariL...he's not hipokrit)....

aku nie, masa ariL terkeluar aku nanGis...
ariL dapat masuk final pon, aku nanGis gak...hehehe...menangis kehappyan...
baru aku tahu, mcmane rasanYa bila kita susaH payah afundi / afmasuk seseorang pelajar, and pelajar tu terpilih lah plak...
dan yang penting, ariL tak pernah lupa pada peminat2 dan pengundiNya...
itu yang membuaTkan fans dia rasa dihargai...

teruskaN perjuanganMu ariL...
do your best at the finaL, biarpon tidak menjadi juaRa...


alhaMdulillah,,,ariL is goiNg to finaL...

Pengumuman tiada penyingkiran pada malam ini nyata cukup menggembirakan. Ini bermakna, kesemua pelajar yang beraksi pada malam ini akan melangkah ke Konsert minggu hadapan. Aril yang diserap semula berdasarkan undian AFMASUK menjadikan lima (5) pelajar akan beraksi di Konsert Akhir Akademi Fantasia 7

Pada konsert kesembilan ini, pelajar masing-masing diuji dengan dua buah lagu tugasan, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Kesemua mereka bagaikan menggunakan peluang terakhir sebaik mungkin dengan mempamerkan persembahan terbaik sebelum melangkah ke konsert akhir.

Isma tampil dengan aura tranformasi membuka gelanggang minggu ini dengan lagu Aku Pasti Datang nyanyian asal Bunga Cinta Lestari. Namun pengkritik tetap malam ini, Edrie Hashim, Ning Baizura dan Adlin Aman Ramlie jelas lebih menyukai persembahan kedua menerusi lagu Hot & Cold nyanyian asal Katty Perry

Yazid meneruskan momentum dengan lagu Where The Street Have No Name nyanyian asal kumpulan u2 sebelum tampil sekali lagi dengan lagu Aku Skandal nyanyian asal kumpulan Hujan. Walaupun kurang menyerlah, dia dikatakan jauh telah berubah daripada persembahan di minggu-minggu terawal AF7

Lagu Laskar Pelangi nyanyian asal kumpulan Nidji dikatakan tidak mencabar kemampuan Hafiz sepenuhnya walaupun dibantu oleh kanak-kanak di atas pentas. Namun, dia berjaya membuktikan kemampuan sebenar dengan menggamatkan Dewan Sri Putra menerusi lagu I Believe I Can Fly nyanyian asal R kelly

Kedudukan pelajar sebelum undian ditutup:

PELAJAR dan PERATUSAN (%)

YAZID – 32
HAFIZ – 28
ISMA - 25
AKIM – 16

Kedudukan pelajar selepas undian ditutup:

PELAJAR dan PERATUSAN (%)

HAFIZ – 34
ISMA - 25
YAZID – 22
AKIM – 18

Kedudukan pelajar undian AFMASUK setelah undian ditutup

PELAJAR dan PERATUSAN (%)

ARIL - 52.45
AISHAH - 26.6
ZIZI - 6.87
SIDI - 5.84
CLAUDIA - 4.59
QHAUD - 1.71
RINI - 0.86
RUBISA - 0.48
OBRI - 0.34
ADILA - 0.26

Masa berjalan begitu pantas. Tanpa sedar, AF7 kini berada di minggu terakhir. Seorang 'superstar' pasti akan lahir setelah mengalami proses transformasi sepanjang berada di Akademi. Kini, andalah yang berhak sepenuhnya untuk memilih Juara AF7...


sumber berita dari laman web astro :
http://www.astro.com.my/akademifantasia


sekarang, barulah ada semangaT baru nak tengok AF semula...
baruLah syoK tengok diaRi...
tak sia-sia aku AFMASUK ari-ari...
pasni kena kerja keras untuk AFUNDI plak...
terbaik woKK!!

Friday, May 08, 2009

moRe and more about ariL...



Aril AF7 ‘dilamar’ KRU?

PROGRAM realiti Akademi Fantasia (AF) musim ketujuh belum pun melabuhkan tirainya, salah seorang pelajar AF7 yang tersingkir pada minggu ketujuh lalu, Aril atau Khairil Azam Pilus dikhabarkan akan ‘dilamar’ menyertai KRU Studios.

Malah, Aril tidak perlu tunggu AF Masuk untuk meneruskan bakat besarnya. Dia sudahpun mendapat perhatian syarikat rakaman yang berminat untuk menyediakan 'platform' untuknya mengasah bakatnya.

Berita ini turut disahkan oleh Ketua Kumpulan KRU Studios, Norman Abdul Halim ketika majlis pengumuman kerjasama antara KRU Studios dan Telekom Malaysia Berhad bagi filem 'Jin Notti', semalam.

Sambil tersenyum Norman berkata ‘dalam perancangan’ dan enggan mengulas lanjut tentang Aril.

Dia berkata KRU akan membuat satu pengumuman mengenai hal itu apabila tiba masanya nanti.

“Kami hanya mengikut putaran masa dengan bakat yang ada. Kami sudah ada kerjasama dengan artis lain seperti mengambil Adam dan Dafi sebagai artis rakaman, menggubah lagu Demam untuk Candy, dan Mawi (lagu Sujud).

“Dalam industri ini, kita perlu bekerjasama dengan banyak pihak dan saling percaya antara satu sama lain bagaikan satu ikatan,” kata Norman.

Tambahnya, KRU Studios bukan sahaja bekerjasama dengan pihak Astro malah pernah bekerja dengan Media Prima Berhad untuk program Gangstarz dan TM.

“Saya lihat KRU mempunyai keserasian dengan Astro seperti menerusi program AF. Tetapi semuanya bergantung kepada mereka.

“Namun begitu, kami kurang berminat dalam bidang pengurusan artis tetapi lebih kepada bidang rakaman dan persembahan,” ujarnya.

Ditanya tidakkah KRU berminat untuk mengambil peserta wanita AF bernaung di bawah syarikatnya, Norman berkata, “Insya-Allah..kami berharap untuk mengambil artis wanita tetapi terpulanglah.”

Penyanyi Anita Sarawak merupakan satu-satunya penyanyi wanita yang bernaung di bawah label KRU sehingga sekarang dan kali terakhir penyanyi wanita berkhidmat dengan KRU adalah Ezlynn.

biodaTa on ariL...




NAMA SEBENAR: Khairil azam bin Pilus

TARIKH LAHIR: 5 nov 1985

TEMPAT LAHIR: hospital pusat rawatan islam kuala lumpur

TINGGI: 175

BERAT: 62kg

ZODIAK: scorpio

HOBI: mereka grafik, shuffle dance, berjenaka, chill out yeahhh!!

PROFESION: project graphic designer (jentayu emas sdn bhd)

STATUS: bujang

ADIK BERADIK: 3 dari 4 orang adik beradik

SEKOLAH: sekolah menengah taman tasik ampang

CITA-CITA/IMPIAN: menjadi seorang usahaan Berjaya dan menjadi icon kepada remaja di Malaysia..last skali dah tentu2 la nak berjaya dalam hidup dunia dan di akhirat..

ALBUM: album gambar banyak la..Khahaha

PENCAPAIAN: seorang pelajar akademi fantasia musim ke-7 yang cacat otak! Hahahahha menjuarai pertandingan international dance festival 2007 di time square, tarian apa? Hish takkan dangdut! Mesti la shuffle wookkkk!!!!

WARNA KEGEMARAN: putih, hitam hijau daun pisang

MAKANAN KEGEMARAN: makanan yang sedap2 la kecuali makanan laut! Hahaha nanti bibir bengkak hehehe

MINUMAN KEGEMARAN: vanilla coke

JENAMA KEGEMARAN: pull and bear, nike, puma and top shop

PENYANYI PUJAAN: faizal tahir, bryan adams, hyde larc en cial, once dewa 19

PELAKON PUJAAN: jim carey, adam sandler, Johnny depp

SIRI TV KEGEMARAN: aril sangat suka cartoon okey! Anime la yang paling best skali GTO, gun grave, naruto, CSI, niptuck, af7 buley tak wok? hahahaa

FILEM YG DIMINATI: pirates of carribean, LOTR, ICE AGE, BRUCE ALMIGHTY
Dan banyak lagi la..

LAGU YANG DIMINATI: KASIH TAK SAMPAI-PADI , SEMUA TAK SAMA-PADI, ANDAI-GIGI, JAWAB-ARMADA BAND, COBA-FAIZAL TAHIR, AKHIR RASA INI-SAMSONS, ON BANDED KNEE-BOYZ II MEN,

CIRI2 LELAKI/WANITA IDAMAN: STYLO HAHAA, BIASE JE, SIMPLE, COOL, CHUMEL, BIJAK DAN SEORANG YANG DI TERIMA OLEH IBU BAPA SAYA DAN YANG PENTING DIA TU MENERIMA SAYE SEADANYA „ JAWAPAN STANDARD..HAHAHAHA AKCELI SEMUA ORANG MESTI NAK SESEORANG YANG MENJADI PASANGAN KITA ITU SEMPURNA TETAPI KESEMPURNAAN ITU BUKAN PADA MATA SETIAP MASYARAKAT..SENDIRI MAU INGAT WOK!

SIKAP YG TIDAK DISUKAI: HIPOKRIT, TIDAK JUJUR, TIKAM BELAKANG..KALU BERANI TIKAM DEPAN LA, KHAHAHAHA WEK WEK!

TEMPAT YG DIGEMARI: RUANG TAMU YANG SELESA DAN BEST KILLER WOK, LENGKAP DENGAN SEGALA KEMUDAHAN YANG BEST2 LA, TAPI TEMPAT TU SAYA SORANG LA YANG PUNYA..HAHAHA TAK BOLEH KONGSI HA..KORANG G CARIK RUANG TAMU SENDIRI WEK WEK!

TEMPAT YG INGIN DIKUNJUNGI: JEPUN!! ARGGGHHHH!!!!!! I LOVE JAPANG!!

MUZIK YG DIGEMARI: JAPANESE ROCK, HIP HOP, RNB, MODERN FREE ROCK, SEMUA PON BOLEH LA,

PENGALAMAN YG TAK BOLEH DILUPAKAN: EKSIDEN MOTO DAN PATAH KAKI MAIN BOLA, SAKIT WOK!

TENTANG SAYA: SAYA TAK ENSEM..SAYA NAKAL..SAYA CACAT OTAK..SAYA NI TELINGA CAPANG ASTRO PUNYE SIARAN TIME HUJAN MESTI LEH DAPAT DOWH! HAHAHAHA! LAWAK JE..AKCELI ARIL MACAM BIASA JE..ARIL PERIANG..HAPPY GO LUCKY, SUKE BERKAWAN, SUKE CHILL2, SUKA BUAT LAWAK, ORANG KALU NENGOK ARIL MESTI SAKAP ARIL POYO LA HAPE LAH..ARIL TAK KESAH CUZ ARIL PUN MACAM 'AIMAN' JUGAK, TAK KESAH JE MEMANJANG, TAPI YANG PENTING KITE JUJUR DAN TIDAK 'HIPHOPKRIT' ERMMM, KORITE APE LAGI EH? OH! KITE KENAL ORANG DULU BARU KITE BOLEH NILAI OKEY =)

E-MEL: KHAIYOSHI_KREKO@YAHOO.COM

UCAPAN UNTUK PEMINAT:
OKEY, ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA PEMINAT- PEMINAT ARIL *ADA PEMINAT KE?* HAHAA..1ST ARIL NAK UCAPKAN TERIMA KASIH BANYAK2 YANG TIDAK TERHINGGA ATAS SOKONGAN ANDA DARIPADA MULA SAMPAI BILA NANTI INSYAALLAH KALU ADA REZEKI ARIL YE..ARIL TAK TAU LA MCM MANA NAK BALAS BUDI BAIK SEMUA PEMINAT2 ARIL NI. SEMOGA ALLAH MEMBERIKAN RAHMAT DAN KESEJAHTERAAN KEPADA ANDA SEMUA DAN HARAP PERJUANGAN DALAM HIDUP ANDA DITERUSKAN DAN BERJAYA HENDAKNYA INSYAALLAH..I LOVE U GUYZ, SO MUCH KORANG SEMUA TERBAEKK WOOK!!!!!!!!! YEAAAHHHH!!!!!! YOU ROCK!!!! ARIL DOAKAN KEJAYAAN ANDA SEMUA DAN KEBENARAN AKAN MENYEBELAHI KITA INSYAALLAH..YEAAAHH!!! KITE KASIK PECAH INI INDUSTRY DENGAN PENYANYI2 YANG HEBAT..INSYAALLAH =)

More on AriL...



Aril Masih Berahsia Tentang Ju!

Sejak Aril Pilus berada dalam Akademi Fantasia 7 (AF7) dan kini tersingkir, nama seorang gadis, Ju, mula digosipkan dengannya. Adakah dia teman rapat atau kekasih Aril?

Apabila ditanya soalan ini, Aril, 24, masih lagi cuba berahsia dan hanya mendedahkan sedikit informasi tentang Ju.

"Ju masih lagi berada lagi di bawah tanggungan ibu bapanya. Dia masih lagi menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi. Dia suka makan laksa dan asam-asam. Itu saja yang dapat saya katakan tentang Ju setakat ini," kata Aril.

Aril berkata, dia masih lagi mengejar impiannya menjadi artis dan menganggap perjuangannya baru hendak bermula. Jadi dia enggan memikirkan sangat soal cinta dan lebih suka menjalinkan persahabatan.

Ditanya tentang perasaannya apabila tersingkir daripada AF7, Aril berkata: "Aril sedar semua ini bergantung kepada undian peminat. Masa dalam akademi dulu setiap minggu Aril bersedia untuk disingkirkan. Tapi Aril selalu berkata pada diri Aril, kalau tersingkir biarlah dengan persembahan yang terbaik.

"Secara jujur Aril belum puas beraksi dalam konsert mingguan AF7. Aril memang jenis orang yang sukakan pentas. Bagi Aril pentas itu adalah medan untuk menyanyi, bergolek dan menunjukkan pelbagai aksi."


Apa pula komennya tentang AFMasuk?

"Aril anggap ia sebagai satu pintu rezeki buat Aril dan semua kawan-kawan yang dah tersingkir. Tapi Aril rasa serba salah juga kerana tidak mahu ada pihak menganggap kami telah mengganggu peluang rakan-rakan yang masih berada dalam akademi. Aril pasrah saja kerana sama ada terpilih masuk semula atau tidak, Aril akan tetap mengejar cita-cita menjadi penyanyi," katanya.

Ditanya adakah Marsha menjadi punca dia tersingkir, Aril berkata dia sendiri tidak tahu apa yang penonton nampak di kaca TV kerana baginya, Marsha bersikap baik kepada semua pelajar.

"Semua ini berbalik kepada rezeki. Kalau Tuhan nak bagi, ia akan datang dengan apa cara sekalipun. Aril hanya mendokan yang terbaik untuk diri Aril dan kawan-kawan. Tentang Marsha, Aril suka dengan sikapnya yang periang itu," kata Aril lagi.

Mengulas tentang abangnya, Izwan Pilus, Aril tidak nafikan Izwan banyak mengajarnya tentang cabaran menjadi artis.

"Aril sayang sangat Abang Izwan. Dia memang rock. Selain abang, Aril juga anggap Abang Izwan macam kawan. Kami memang selalu berkaraoke di rumah. Kalau ada peluang, Aril mahu juga duet dengan dia," ujar Aril.


Menarik tentang Aril

Masih belum fikir sama ada menggunakan nama Aril AF7 atau Aril Pilus. Namun, Aril tidak kisah kalau nak panggil Aril Awok.
• Aril berkata bantal yang dibawa hos AC Mizal ketika konsert AF7 lalu itu bukannya bantal busuk tetapi bantal peluknya. Kalau tak percaya, dia mencabar sesiapa saja untuk mencium bantal itu!
• Walaupun disamakan imej dengan Rain atau artis dari Korea Selatan. Aril akui lebih suka gaya artis Jepun.
• Nakal, selamba dan Happy-Go-Lucky adalah perkataan yang sesuai dengan Aril.
• Hari lahir Aril dan Claudia adalah sama - 5 November 1985.


peTikan nie diambil dari laman web MuRai...
pernaH tengok dia dalam eraTV, cara dia menjawab soalan Nana tidak sedikit pon menyinggung perasaan orang lain...
walaUpun dia poYO...tapi, setiap tutur kata dilontarkan dengan baik dan berhati-hati...
majalaH AKSI untuk minggu nie banyak bercerita pasal ArIl...
ariL birthday 5/11/1985...pakniL 6/11/1962...
berkongsi bintang yang sama, patuTlah perangai nampak lebih kurang...
itulaH istimewanYa mereka berdua ni di dalam hidup aku...
walaupun mereka suka berjenaka, sense of humor yang poyo, tapi tutur kata atau percakapan yang dilontarkan itu penuh berhemah dan berhati-hati...bahasa senangNya, sedaP telinga mendengaR...
kalaUpun rezeki ariL tak dapat masuk semUla AF (sebab undiaN aishah mengejar dengan lajunya), tapi akU percaya kerJaya ariL tidak akan berakhir...AF tu bukanlaH segala-galaNya...mungkin dia akan menumpang populariti abgnya (atau mungkin juga dia akan lebih glamer dari abgnya...hehehe...), tapi tak kisaHlah kan...itu satu perkemBangan yang positiF...(mcm saiDa sekrang, dah ada pon videO kliP sendiri pun...)
yang pentiNg, ariL perlu taHu cara terbaIk untuk dia memaJukan diriNya sendiri...
seMoga idoL aku yang berdUa nie akan terus maJu dalaM duNia seni masiNg-masiNg...
aMIn...
LoVe P.A.K.N.I.L & A.R.I.L

Tuesday, May 05, 2009

ariL is leading wiTh AF MasuK...

wohOooooo!!

haa...sorry yer pd kekawaN yang maYbe bosaN dengan posT yang dok cite pasaL AF nie kan...
tapi, i can't help it...hehehe...
biLa ada AF Masuk nie, lagielah aku conCern kan...hehehe...

my dear chanim...
sejak bila cakap ngan aku guna 'kite kite' nie...? hehehe...memang skemalaH ko nie...hehehe...
aku pun rasa lah, dia berlakon...
tapi, percaya atau tidak, aku nie boleh tahan gak termakan lakonan dia tu...hehehe...
yang kat dalam diari tu, yes...memang real...
dia memang emotionally involved pon dengan student...si isMa siap pengsan lagi tu...sebab terkejut sangat...
so, we continue to see the drama eh...
tak sabar nak tunggu saturday nie punYa konsert...

dear sYana...
ala..ala..bucuk...
sorrylaH yer...tak berniat nak risaukan ko pon...
sepatutNya post yang selepasnya tu nak dipost cepat...
tapi, ada masalah teknikal....tu yang lambat post...
hehehe...
btw, aku ok...takde masalah...
cuma sejak demam AF nie, adalah sikit jiwa kacau...hehehe...
u are rite, kalau ariL dpt masuk final, memang aku lah org paling happy...hehehhe...
ntahlah syana...aku nie life tak banyak benda yg interesting mcm life org lain...
tu yang dari boring memanjang, mehlah involve kan diri dlm rncgn2 realiti ni...hehehe...
adalah sikit benda yang aku nak fikir....
selaluNya aku tengok rancangan realiti nie, takdelah 'emotionally involve' kan...
tapi, aura si AriL nie lain sikit...
so, ko layaN jerlaH akunyer peranGai nie eh...
dlm facebooK pon, what type of person are me, dia kata aku 'dreamer'...hahahha...
thank u syana sebab sudI layaN kerenah akU nie...

hai adik suzY...
confirM dik ada AF Masuk kali nie...
votiNgnya staRt dari semlm (4/5/09) 10pm sampai sabtu (9/5/09) 9.00pm....
sekrg nie ariL tgh leaD....
adIk boleh tgk websiTe nie for more info...if adik suKalaH...hehehe...
http://www.astro.com.my/akademifantasia
dik,
masa time saida dulu, auRa dia tak sekuaT mcm ariL kat AF7 kali nie...
kalaU ariL tak bagus, setakat harap muka jer cute, akak rasa org stiLL takkaN vote dia...
nie mmg bleh teNgok dia pUnyer traNsformasi, week by week dia improve...
masa koNsert ke-7 tu, mmg satU keputusaN yang menGejutkan biLa ariL tersingkir...
sebab bukaNNya dia taK bagus...
sekurang-kuraNgnya, tak menaNg AF7 pon, boleh pegi ke finaL...
setiaP persembahaN dia memaNg dinanTikan sebaB dia selalU buaT kejutaN dgn aksi-aksI yang pelajar AF lain tak berani pon nak buat...kecuali akim aritu lah...naik atas kerusi...hehhe...
sebab aUra ariL terlalu kuaT, and principaL tiara tu taKleh terima hakikaT yang aishah&claudia terkeluar last week, tu yang dia gunakan kuasa dia untuk adakan AF Masuk...
btw dik, thaNks yer sebaB sudi jer layaN 'demam' akak nie kan...
hehhehe...

harap-harap, ariL akan masuk semula..
i'm hoping for the best...
nak menang AF tu, mungkin sedikit mustahil...
but, who knows kan...hehehe...
i will make sure ariL go to the final...
i know he can do it...takkan menghampakan semua peminatnya....

terbaik wok!!

awoKK is d best!!

Sunday, May 03, 2009

AFMASUK...???

wah...
tak sangka ada plak AFMasuk kali nie...

bila principal Tiara umumkan ada AFMasuk, semua org mostly nak salahkan ariL...
kononnYa nak masukkan balik aril cepat...

but, bagi sesaPa yang tengok penyingkiran konsert ke-8 aritu, rasa-rasanya if u all bijak pandai di luar sana, sebenarnya lebih untuk siapa...?

masa aril terkeluar tu, tiara tak pon sedih mcm masa aishah & claudia terkeluar...
naluri perempuan, dia mesti lebihkan pelajar perempuan walau mcmanepon dia beri perhatian pada pelajar lelaki...

so, untuk penyokong-penyokong aril, kite pon rebutlah peluang ini untuk afmasuk aril...
memanglah harapan tinggi nak dia menang, tapi terus terang cakap memang mustahil...
but, at least kite kena cuba masukkan aril semula and make him go to the final...

untuk ariL's fan, we have work to do...

terbaek wok!!!!!!