Tuesday, April 28, 2009

AjaM @ AriL...akaDemi fantasia 7...Konsert ke-7....


Ok, dah baca kan post yang sebelum nie...
so, sekrg barulaH crite sedih yang aku nak luahkaN...
semUanya berlaKu pada hari yang sama iaitU 25/4/2009...

untuk sesiapa yang mengikuti AF7, pasti saat ini dah mengetahui siapa yang tersingkir pada minggu ke 7 yang lalu...
akademi fantasia ke-7..
minggu ke-7..
7 pelajar yang tinggal..
Dan tidak disangka-disangka, di samping no keramat 777 tu, aril adalah pelajar yang tersingkir minggu nie...
Salah siapa? Yang mengundi tak cukup? Atau yang minat dan suka aril tapi tidak mengundi?

Aku memang sangat tak menyangka aril tersingkir sabtu tu...
Sangat berharap aril dapat pegi final...
Nak jadi juara af mungkin tak setinggi itu harapan aku, tapi sekurang-kurangnya personally i think he deserved to be in the final...

Aku tahu, kat luar tu ramai tak suka aril...
Dan luahan aku kali nie memang khas pasal aril...so, utk sesiapa yang tak suka dan taknak baca, takyahlah baca yer...tak paksa pon korang baca...

Walau seramai mana pon tak suka aril, aku percaya masih ramai lagi penyokong aril...
Aku percaya, aril akan Berjaya jika dia benar-benar serius dlm bidang seni...
Mcm adlin kata, he got the package of super star....ego, sombong, gatal,suka main-main, poyo...memang ada pada aril...tapi, itulah sikap dia sebenar...apa yang ditunjuk di diari tu pon, itu lah perangai aril yang sebenar...dia tidak berpura-pura...kalau dia baik nak tolong kawan-kawan, mmg dia ikhlas nak tolong...tapi, selalu disalahertikan...
Pastu, kalau dia baik dgn cikgu-cikgu pun, biarlah kat dia...sebab perangai dia yang ada sense of humor tu and semangat nak belajar tu tinggi membuatkan cikgu-cikgu senang dengan dia...

Aku pon rajin jugak tgk channel astro @15...sebab kat situ chatters banyak bercerita pasal af...
Ramai gak chatters yang tak suka tgk aril...tapi, tetap ramai jugak yang sokong aril...
Saying that aril is the best...
Saper yang tak suka kat aril tu, sebenarnya jeles...
Sebab aril disenangi oleh rakan-rakan akademi dan cikgu-cikgu...
Dan sejak persembahan duet, estranged dan seterusnya sabtu lepas, he’s getting much much better...dengan stunt2 yang berani dia buat waktu menyanyi, yang mana student lain tak buat pon (mcm isma tu, langsung takde apa-apa gimik pon masa menyanyi...sama jer stail every week)...tu yg buatkan org jeles...come on lah...terimalah hakikat pada mereka-mereka yang tak suka aril...sepoyo-poyo dia pon, he’s not being hipokrit...he’s being himself...and he’s creative (sebab tu keje dia graphic designer), setiap kali persembahan mesti ada sesuatu yang menarik yang boleh kita semua tengok...(like faizal tahir, pon kreatif jugak...)

Aku rasa af kali nie, mcm konsert sabtu lepas...masa pelajar lelaki nyanyi lagu Fiona, memang best...tapi, bila pelajar perempuan nyanyi lagu untukmu, hancus! Tak sedap langsung...bak kata edrie hashim, sumbang mambang...
Hakikatnya, yang betul-betul transform dari segi persembahan adalah pelajar lelaki...
Mereka sepatutnya lebih layak pegi final...
Bukan sahaja aril, hafiz, akim dan yazid semuanya bagus...
Nampaklah dari tak pandai berinteraksi dengan penonton, dah berani buat stunt mcm akim...
Hafiz plak lagielah patut pegi final...bukan setakat final, patut jadi juara...dahlah lagu yang dia dapat tu susah gila, dpt juga dia lakukan dengan baik...
Yazid, pon dah pandai mengekspresikan perasaan dia dalam persembahannya ari sabtu lepas berbanding yang sebelum nie...
Senang cerita, pelajar2 lelaki lebih layak pegi ke final...
Aku rasa AF nie, kalau nak kata transformasi, dah mula patut fikirkan, cara terbaik dalam memilih performer...bukan hanya bergantung pada undian penonton 100%, tapi kena ambil kira juga markah dari juri....barulah adil...
Nie tak, pelajar-pelajar yang bagus mcm zizi, qhaud, aril dah terkeluar awal dari af...
Yang tak berapa nak transform, atau bahasa kasarnya tak best pon, mcm aishah, isma masih lagi dlm af....dieorang tak best pon, terutamanya aishah...persembahan tak konsisten...isma plak bosan tgk dia...sebab persembahan dia every week takde apa pon yang menarik...yang buatkan penonton tertunggu-tunggu nak tengok....

Ada jugak aku tengok kat @15 tu yang salahkan marsha...
Kan last week dia jadi RA kat akademi...
ntaH apa-apa laH produksi af nie...yang beria-ia sangat nak gosipkan aril dgn marsha tu pehal?
Aku tgk, aril tu mcm tak berapa senang dgn kehadiran marsha...
Yerlah, dia masuk af sebab nak jadi penyanyi...dahlah minggu ke-7....final dah makin dekat...fokus pon kenalah lebih kan...
Tapi, gangguan yang pada aku tak munasabah tu jugaklah yang dieorang nak bawa masuk dalam akademi...memanglah kononnya untuk latihan pelajar-pelajar bila berhadapan dengan situasi luar....tapi, tak sesuai lah....
Kononnya sarimah kata, marsha jadi RA pon sebab ada misi tertentu...kononnya hjg minggu lepas kita semua akan tahu apa sebab marsha jadi RA...tapi, sampai hjg minggu tu, takde pon dieorang cakap apa sebab marsha jadi RA kat akademi...
Takkanlah misi dia nak menyingkirkan aril supaya dia dpt jumpa aril di luar?
Ceh!! Tak berakal langsung....
Pada aku, sedikit sebanyak kehadiran marsha dlm af minggu lepas ada mempengaruhi juga undi aril minggu nie...dahlah ramai tak suka marsha, pastu tergedik-gedik dlm af, dahlah ada jugak yang tak suka aril, tu yang jadi undian aril berkurang....memang patutlah peminat2 aril salahkan marsha...termasuklah aku...sebab dia memang sangat mengganggu aril minggu lepas...

org kat luar nie plak tak menilai pelajar dari segi mutu persembahan, tapi lebih kepada perangai dan rupa...tak professional langsung!!
Yang tunjukkan diri yang sebenar mcm aril tu, orang tak suka...
Yang plastik dan berpura-pura baik tu lah yang orang suka....

Masa pengumuman penyingkiran aril tu, memang dah mula rasa tak sedap hati bila ac kata keputusan yang mengejutkan...pelajar yang tersingkir adalah pelajar yang sering mendapat sorakan yang kuat....
Bila dia pegi kat aril dan peluk aril, lagilah rasa tak sedap hati....
Bila ac kata, “aril, selamat tinggal...anda tersingkir....” dengan kesebakan suara ac, air mata aku pon otomatik mengalir....
Sangat terkejut!!
Aku rasa mcm tak percaya, pelajar yang aku afundi tu tersingkir....ARIL yang TERBAIK WOK! Tersingkir.....sampai aku dah tak beri perhatian pada ucapan aril...masa tu masih berharap ac akan kata itu semua hanyalah drama semata atau gimik semata...
Tapi, bila tengok aril salam semua cikgu-cikgu, barulah aku berpijak di bumi yang nyata...aril adalah pelajar yang tersingkir....
Walaupon aril tersingkir malam tadi, pada aku dia keluar dari af dengan penuh gaya & style....
Bukan sebab dia tak bagus, tapi sebab pengundi di Malaysia nie belum pandai memilih...
Meskipun dah banyak rancangan realiti kat Malaysia nie, tapi dieorang nie tetap tak pandai nak menilai....saper yang bagus dan saper yang tak berubah apa-apa pon....

Sekarang nie, takde mood dah nak tengok af...
Dah takde apa yang menarik di dalam diari untuk tengok...
Dulu, ada aril dan yazid yang memang ngam berdua...suka menyakat rakan-rakan...
Bila tgk diari int mlm ahad tu pun, yazid lah kawan yang aril akan rindui...sebab sama gila-gila...
Teringat kat diari minggu lepas, masa dia dgn yazid nak nyakat marsha, aku memang gelak sungguh2 tgk dia dgn yazid...hehehe...
Dalam diari, pada aku, aril lah yang menceriakan suasana semua orang....
Lepas nie, takde apa yang menarik yang aku nak tengok dlm diari....

Bila aku fikir-fikir balik, mcmane aku leh jadi se’aura’ aril mcm nie yer...?
Hehehe...
Mungkin sebab aku suka org-org yang berpewatakan seperti itu...good sense of humor loyar buruk, suka menyakat org lain dan helpful...
Macam aku suka paknil....macam tu jugaklah aku suka aril...
They have the common attidude yang mcm aku cakap tadi...
Cuma dari part sombong atau tidak, aril aku tahu camne dia di luar...
Macam pakNil, dah terbukti dia memang tak sombong bila di luar...

Apa-apa pon, aku akan tetap sokong ARIL....
Untuk ke sekian kalinya aku cakap, aku tetap yakin aril boleh Berjaya...
Yang penting, dia perlu berusaha dan tidak mudah lupa diri....

I Love you ARIL!!
yoU are the best!!

TERBAEEKKKKKKKKK WOOOOOOOOOOOKKKKKKKKKKKKKKKKKK!!

Bye awok....i will miss you...good luck....

p/s: tetap mengalirkan air mata setiap kali tengok penyingkiran konsert ke-7....tak kira berapa kali tengok pun...especially bila time ac sebak....huhuhu....


rentetan selepas konsert ke-7 :-
masa tengok diari af minggu ke-8 hari pertama, memang rasa tak best lah....
macam sunyi jer rasa...
macam ada yang kurang dalam diari tu....
sampai ke hari nie pon, masih lagi terasa ke'hilang'an aril dalam af...
tapi, bila difikir-fikirkan balik, af nie bukan lah segala-segalanya...
bukan bermakna bila terkeluar, terus termati di situ jugak....
Aril telah pon membina namanya sendiri....yang penting sekarang usaha dari dia dan juga org lain yang bergiat aktif dalam bidang seni nie...
aku tetaP akan sokoNg dia...
TERBAEKKKKKKKKKKKK WOOOOOOOKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK!!
p/s II - pakniL pon tahu pasal 'wok-wok' nie kan...wooooo! seronok lah....hehehe...

before the saD story...



news nie aku dapat dari laman web astro...
this is all about, the sad story of mine...
sebelum aku luahkan kesedihan aku tu, meh kite baca dulu story nie...


Sorakan peminat mahupun pujian juri bagaikan tidak memberikan impak kepada undian penonton. Malah penonton di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil seakan tergamam apabila AC Mizal selaku pengacara Konsert AF7 mengumumkan bahawa Aril adalah pelajar yang terpaksa meninggalkan Akademi Fantasia 7 setelah mendapat undian terendah seperti yang disiarkan di Astro Ria (saluran 104) sebentar tadi.

Aril atau nama sebenarnya Khairil Azam bin Pilus, 24 malam ini menyanyikan lagu Nakal nyanyian asal kumpulan Gigi. Pujian daripada pengkritik tetap Datuk Khatijah Ibrahim, Adibah Noor dan Adlin Aman Ramli gagal meraih undian penonton terhadap pelajar berbakat besar ini. Tiada siapa yang menyangka konsert ketujuh merupakan yang terakhir padanya yang menduduki tangga keempat sebelum konsert bermula

Selain Aril, konsert ketujuh malam ini menyaksikan peningkatan hampir kesemua pelajar lelaki terutama Yazid menerusi lagu berbahasa Inggeris, With Or Without You nyanyian asal U2 dan Akim yang menyanyikan lagu Situasi milik asal kumpulan Bunkface. Hafiz pula seperti biasa hebat dengan persembahan berunsurkan hip hop dengan lagu Kau yang Punya nyanyian asal Malique bersama Najwa

Namun, hampir kesemua pelajar wanita seolah-olah hilang fokus pada malam ini. Diakui juri, pelajar wanita bagaikan ada masalah lain yang dibawa ke pentas konsert ketujuh ini. Bermula dengan Claudia dengan lagu Avril Lavigne, When You're Gone, Aishah (Flora Cinta - Min Malik) sehinggalah peserta yang membuat persembahan terakhir malam ini, Isma menerusi lagu Tak Mungkin Kerna Sayang nyanyian asal Alyah

Berikut adalah kedudukan pelajar sebelum dan selepas konsert.

Kedudukan pelajar sebelum undian ditutup:

PELAJAR dan PERATUSAN (%)

ISMA - 24
YAZID - 19
HAFIZ – 14
ARIL - 12
AKIM - 11
CLAUDIA - 10
AISHAH - 10


Kedudukan pelajar selepas undian ditutup:

PELAJAR dan PERATUSAN (%)

HAFIZ - 17
ISMA - 17
AISHAH – 15
YAZID – 15
AKIM – 14
CLAUDIA - 11
ARIL – 11

Monday, April 27, 2009

haJi AzniL haJi Nawawi...at AEON Jusco Bukit Tinggi....



sorry to all my frens...

disebabkan masalah-masalah teknikal yang tak dpt dielakkan, so terlambat sikit nak update cite happy and sad aku tu...
to syana, don worry...everythings fine...bukan masalah besar pon, masalah budak-budak jer...hehehe....

Ok, lets start with the happy story first....
Macam tak percaya, pada sabtu lepas (25/4/09), aku dapat jumpa paknil secara live kat jusco bukit tinggi....
YA!!!
itulaH selama nie yang aku mimpi-mimpikan dah menjadi kenyataan...
memaNg rasa mcm nak pengsan bila Nampak paknil kat jusco tu...
selama nie Cuma tgk pakniL kat tv jer...
selalu berfikir, bilalah agaknya dpt jumpa paknil live nie kan...?
tak sangka, dpt jumpa paknil dlm keadaan yang agak santai, tanpa ada protocol majlis ker, apa-apa ker...nampak dia depan mata, boleh sentuh dan pegang, boleh tengok dia secara dekat, boleh tengok dia dlm keadaan yang sempoi...

sebenarnya, paknil ada di jusco bukit tinggi tu untuk basuh kereta secara percuma...
kan krew riuh pagi era kalah dengan petang era...
tu yang kena basuh kereta tu...
tapi, bukan setakat krew pagi era jer yang ada, adi, ray & burn pon ada turut ada memeriaHkan suasaNa...
selain era fm, kat situ pon ada mix fm dan my fm...
tapi, akhirnya era fm kalah juga dengan mix fm dan my fm dalam cabaran membasuh kereta terbanyak...
but, personally i think, kalau takde krew era kat situ, mesti tak meriah pon function kat sana...
sebab yang memeriahkan suasana pon dj-dj era, khususnya paknil dan pakdin lah...hehehe....

mcmane aku leh ke jusco bukit tinggi tu plak kan...?
sabtu tu, sebenarnya aku keje...tapi, disebabkan perasaan yang membuak-buak (chewah!) nak jumpa paknil, aku keluarlah awal...aku pegi dgn kak mas...mujur juga kak mas sudi temankan aku...ada gak member kan...nasib baik juga en.ghani tak dtg...kalau tak, mesti susah nak keluar...tu pon, minta izin dgn kak shimah...(thanks kak shimah for letting us go...kalau tak, mesti kempunan tak dpt jumpa paknil)....dahlah jusco bukit tinggi tu dkt dgn ofis...maunya kalau tak pegi, rasa ngalat gile...berbaloi lah aku kuar awal semata-mata nak jumpa paknil...

aku sampai kat jusco tu dalam pukul 11 lebih...orang taklah ramai sangat nak menghala ke jusco tu...mujur juga tak ramai...sampai jer, terus pegi tgk kat booth tempat basuh kereta tu...hati berdebar-debar nie...agak-agak dpt tak Nampak paknil...Ya Allah! Bila Nampak paknil depan mata, haPPynya tak tahu nak ungkap camne...dengan kak mas sekali pon excited jugak...dapatlah tengok gelagat dia sepnjg membasuh kereta tu...mcmane aku selalu tengok gelagat dia dlm MMA, macam tu jugaklah dia di luar...kelakar, selamba, spontan dan memaNg kecoH...dan jugaK suka menyakaT...hehehe...

betuLLah apa yang seperti org katakan tentang paKnil...yang dia tak sombong, sudi melayan peminat, mesra dengan peminat, patutlaH org cepat mesra dengan paKnil...walaupun dia tgh bekerja, kalau ada org nak ambil gambar, dia takkan tolak...kalau dia tolak pon, secara baik...mcm dia cakap, “kejap yer bang”...dia buat keje dia jap, then dia pegi kat org tu semula utk bergambar...bukan setakat org melayu jer yang suka kat paknil tu...ada gak org cina yang sibuk nak ke depan nak tengok paknil...dlm hati, terdetik rasa bangga...sebab paknil yang aku hormati dan sanjungi diminati oleh golongan bangsa lain selain org melayu....seperti biasa juga, paknil pantang Nampak budak-budak...kalau ada anak-anak kecil yang nak bergambar dengan dia, pasti paknil takkan tolak...ada jugak tu, sebab paknil perasan ramai yang ambil gambar dia, siap bagi posing baik punya utk semua org ambil gambar dia...hehehe...

ada lah lebih kurang sejam jugak aku di situ memerhatikan gelagat paknil...lepas sejam tu, waktu kat booth kereta yang dilap, aku Nampak semua org bertumpu ke situ utk bergambar dengan paknil...aku masa tu, memang tgh fikir...”kalaulah aku dpt pegi sana...”....thanks to kak mas sebab dpt membaca fikiran aku...dia lah yang push aku utk redah jer pegi ke situ...tanpa berlengah masa, terus tercegat berdiri depan paknil...sebelum sempat paknil pergi ke tempat lain, aku dgn kak mas terjerit kecil, “paknil, nak amik gambar”... paknil dengan tersenyum menjawab, “ok, marilah”...baru nak posing, ada plak kereta yang baru dibasuh nak masuk kat booth tu...aku, kak mas ngan paknil terpaksa beralih ke tepi sikit untuk bergambar...paknil mmg betul-betul sporting lah bila nak bergambar dengan dia...terasa mcm dah kenal lama jer dengan paknil...lepas amik gambar tu, dpt jugak aku salam cium tangan paknil...ops! jgn salaH anggap...aku dah anggap paknil tu mcm pakcik aku sendiri...memang umur dia sebaya pon dgn pakcik aku...aku salam dia sebagai tanda hormat...

lepas bergambar dgn paknil, kiteorg masuk dalam jusco dulu...sebab nak beli makanan...dlm dkt-dkt kul 1, sebelum kiteorg balik ofis, tengok paknil dulu jap...dieorang dah habis basuh kereta, dah nak wrap up the majlis sebelum dieorang semua bersurai...abis jer majlis, paknil pon terus naik mpv dia, dan aku pon mengiringi paknil balik dengan mata jer...hehehe...kire dpt tgk paknil sampailah dia hilang dari mata aku....

apa pun, aku sangat berpuas hati dpt jumpa paknil sabtu lepas...
sampai ke saat blog ini ditulis, masih lagi rasa mcm mimpi dan mcm tak percaya yang aku dah jumpa paknil secara berdepan...
satu kenangaN manis yang takkaN dpt aku lupakaN sampai bila-biLa....

i Love yoU paKniL...because you love us Too....




haPPy and saD...on satuRday

Ok, yang mana satu sebenaRnya yang perlu aku start dulu nie...?
Dua-dua cerita pon paNjang berjela naK aku luahkan kat sinie...
taK kisahlaH saper yang suKa atau tidak nak baca....
yang aku nak buat hanya meluaHkan rasa yang terbuKu di dalam dada nie...
huhu...

raseNya, better aku start dengan crite happy dulu, pastu barulah aku ceriTa yang sedih plak....

here we go.............................................................................................

Monday, April 20, 2009

luahan hati ariL...istimewa dari aKim...


hmmmmmm...

aku rasa demam AF dah melanda kat aku...
hahaha...
tapi, cuma konsert sabtu lepas jer...konsert ke-6...
especially persembahan ariL dan akiM...


nak kata best mcm Estranged, memang lah tak sama...
tapi, sekurang-kurangnya taklah menghancurkan lagu fav aku tu...
dahlah lagu Aurora dgn Yang Pernah tu lagu fav gila aku...so, sebelum konsert start, berdebar gak...
takut sumbang ke laut...hahaha...

tapi, perseMbahan 2A tu memanG best...power...especiaLLy ariL...dgn aksi dramatik tu, i think he can be a good performer...dahLah cuTe...hehehe...


tak kisaHlah aper pon skandal dia dgn Qhaud...
kadang-kadang aku rasa, org yang buat crite-crite nie tak tahu pon keadaan sebenar...
apa yang kita naMpak tu, tak semestInya itulah hakikaT...
bukaN nak beLa ariL, tapi itulah realiTi hidup kite sebenaRnya...

ok, bukan nak cite pasal skandal ariL kat sini...
put that aside...
tapi, just nak komen pasaL bakat ariL...
he's improve a lot...dah tak berapa sumbaNg...kalaU dia serius dan keje keras lagi, mungkin dia boleh pegi ke final...

selain ariL, hafiz pon best jugak...
terhibuR setiap kali tengok persembahaN dia...
he's like ariL, take seriuslY every persembahaN every weeK...
u can Look from the way they perform and the jurys comment...

apePon, all of them have their own unique way of performing...

aku...?

AFUNDI ARIL!!!!
hehehehe...
jgn marah yer...







Wednesday, April 15, 2009

after 1 moNth i'm not updating bloG...

assalammualaikum...

wah! lama dah rasanya tak update blog nie...bukan takde story, tapi masa dan kesihatan tak mengizinkan...

apa yang aku tengah buat sekarang? ops! bukan apa tengah buat, tapi di mana sebenarnya aku berada sekarang...? haaa...aku kat seri cempaka service suites kat cheras, kena menghadiri this kursus on metodologi penyelidikan...apa tu ek? alaa...kursus nie mcm nak bagi kite cara-cara macamane nak buat sesuatu research dgn cara yang betul...seminggu woo aku kat sinie...bukan tak suka pergi kursus nie...of course utk sesuatu ilmu, kite takkan menolak...tapi, yang tak bestnya kena PAKSA RELA come up with a research proposal yang memang kena buat betul-betul...uishhh!! jenuh nie...tak pasal-pasal kena buat research while we are not readily to do research for the time being....tapi, dah tak boleh nak berpatah balik pon...kena jugak buat sama ada suka atau tidak, bersedia atau tidak...huh! paksaan sungguh lah dieorang nie....

takper, we leave first that story...aku nak story sikit apa yang berlaku ke atas aku sejak sebulan yang lepas...yang menyebabkan aku dah lama tak update blog aku nie...

pada 25/3 yang lepas, embah aku (mak kepada ayah) telah pun pergi menyahut seruan Ilahi sebab sakit tua...aku dapat call dari ayah aku pada pukul 2 ptg...dahlah baru je lepas buat labwork (thari pon tak pegi lunch, kirim jer kat kak shimah)...masa tu, ayah aku berada di KL sebab dia terlibat dengan perhimpunan agong UMNO kat PWTC...kepala aku blur......terkejut pun ya...tak sangka, mak aku baru jer cerita pasal keadaan embah aku yang memang tak sihat, tapi taklah nazak sangat...cuma, memang mak cite mmg embah dah nampak tak larat...so, bila kepala dah tak berapa blur, aku makan lunch dulu sikit, solat zohor dulu, inform pada ofis yang aku kena cuti emergency 2 hari, then terus amik time-off 2 jam...3.30 aku kluar ofis, aku kena fetch ayah aku kat tol kajang (aku tak tahu nak amik dia kat pwtc, tak expert pon jalan2 kat kl nie)... lepas amik ayah aku, pegi putrajaya jap sebab nak kluarkan duit from the atm, then balik rumah untuk kemas-kemas baju...6pm terus drive balik jb dengan ayah aku sekali, sebab nak amik mak aku plak kat sana...sampai jb kul 10pm...rehat jap, mandi, solat, then kul 12tgh malam, bertolak plak balik ke kg di bt pahat, johor...embah aku meninggal di rumah che jo (adik bongsu ayah) kat parit yusof, bt pahat...arwahnya plak tak dapat nak dikebumikan hari yang sama sebab katanya takde org nak galikan kubur...ntahlah, wallahualam...so, aku sampai umah che jo tu kul 2am...badan nie tak tahu nak cakap, mmg penat gila...sebab i do all the driving...from klang-bangi-jb-batu pahat...tapi, mlm tu mata aku takleh nak tido....dekat kul 4 gak baru mata aku leh lelap, tu pun tertido kat kerusi...hampir kul 6 terjaga, pegi umah ucu plak (adik mak aku) untuk solat subuh, pastu barulah balik semula ke rumah che jo...dlm kul 10am, barulah dapat dikebumikan arwah embah dengan selamat....

aku stay kat batu pahat sampailah ari ahad 29/3...ahad petang barulah aku balik ke bangi...hari isnin aku keje, tapi not feeling very well...ari selasa aku amik emergency leave sebab pagi tu, aku takleh nak bangun...kepala aku rasa berat sangat...then, the next day, aku kena demam...pagi tu pegi klinik, aku dapat mc 2 hari...dan bermulalah hari-hari yang agak payah bagi aku sepnjang aku demam dan tak sihat...badan aku sakit-sakit, selera makan takde, badan aku takleh nak bangun, kepala aku rasa pening sangat, takleh disentuh kulit kepala, rasa ngilu dan sakit, batuk, selsema...lepas mc 2 hari pon, masih tak ok...ari jumaat tu, aku kuatkan diri utk pegi klinik lagi, untuk amik mc...Ya Allah! dugaanMu sangat berat utk aku hadapi...segala sakit menimpa-nimpa dalam satu masa...tapi, aku tetap redha...cuba bertahan dengan segala dugaan...jumaat mlm sabtu tu, barulah demam berkurangan...tetiba ari sabtu tu, gastrik plak menyerang...mungkin sebab sepjg aku sakit, mkn tak teratur...tu yang sampai kena gastrik...ari ahad mlm isnin tu, barulah rasa kurang sikit gastrik...alhamdulillah, badan dah rasa sihat sikit...boleh pegi keje isnin tu...

then, ada masalah lain plak...aku jadi susah nak tido malam, kepala aku kdg-kdg rasa pening tanpa sebab, dan badan aku plak sangat banyak angin...ubat gastrik dah makan, angin pon dah keluar...tapi, angin dlm badan mcm tak habis-habis...disebabkan angin tu lah, aku sering rasa nak muntah...sebab makan pon takleh nak makan banyak...kalau makan banyak, rasa nak terkeluar balik makanan tu...

akhirnya, mak dan ayah aku, menghantarkan air ubat untuk aku rabu lepas....ubat cara kampung...barulah sekrang rasa sihat sikit...tapi, angin dlm badan aku masih ada lagi...so,sekarang nie mak aku tak galakkan aku travel jejauh...nak balik kampung kat bt pahat pon mak aku tak galakkan dulu buat masa sekarang nie...biarlah aku dah sihat betul-betul, barulah boleh aku pegi mana-mana....

aku masih berharap dan tak putus berdoa agar Allah SWT dapat beri aku kesihatan yang baik...
amin...