Sunday, March 15, 2009

huhu...

bile baca post en.sazly tentang terkenang-terkenang tu, tetibe dlm kepala mcm ada flashback....

2 tahun di hub halal...pastinya kenangan yang paling indah dan tidak dapat dilupakan...

mula-mula masuk jakim, ada 13 orang FT baru...tak kenal sesapa, semuanya kawan-kawan baru...
hampir 2 bulan jugak melangut takde keje...ops! bukan takde keje, tapi tak tahu nak buat apa...
siap kena perli lagi sebab asyik duduk dlm bilik mesyuarat...
disebabkan kiteorg terlalu ramai, meja pon takde...so, kenalah pandai-pandai cari tempat sendiri...
di situlah bermulanya sidang meja bulat...hehehe...dahlah meja kecik, dok plak reramai...camno tu...
the 1st senior yang kiteorg kenal, kak min...mula-mula lagi dah bagi warning pasal org-org tertentu...[lu fikirlah sendiri siapakah orang-orang itu]....pastu barulah kenal en.sazly and en.din...
en.sazly biasalah...1st impression, kerek gila...berbeza dengan en.din...lebih friendly...[at that time ok, sekrg tidak kerek lagi..hehehe]...

lepas dah mula menyesuaikan diri dgn keadaan di jakim tu,[dengan pandangan ustaz dan ustazah lain yang pandang kiteorg semcm jer], kiteorg pon dibahagi-bahagikan ikut unit...sape yang pegi unit PP, dah terpisah...huhu...sebab dieorang kena pegi ilim kat bangi...sedih betul masa tu...tapi, nak buat camne...
so, mostly yang selebihnya kiteorg nie ditempatkan di KP, dan bermulalah kerja-kerja mengaudit di kilang...
ikutlah senior-senior pegi mengaudit...belajar cara-cara mengaudit....
banyak ilmu yang dapat dari senior2 nie...masing-masing ada cara tersendiri nak mengaudit...kita yang junior nie kenalah pandai mengkombinasikan ilmu-ilmu yang dapat...

hari berganti hari, bulan berganti bulan...hubungan persahabatan makin rapat...
banyak suka dan duka ditempuhi bersama...chewah! ayat skema...hahaha...
but, that is the truth........
dari berkongsi cerita hal kerja, mula berkongsi hal peribadi...
sama-sama pegi makan sarapan pagi, tengahari, sama-sama pegi shopping kat d8, sama-sama sibuk cari parking kat bawah d8 tu...sama-sama tolak kereta bila kena block...
pastu selalu lah sama-sama pegi kursus kat ilim, kat shah alam, kat melaka kursus induksi dan gmp, kat pahang kursus btn, pegi perhimpunan bulanan jakim kat d8, sama-sama mengaji ngan us.hassan, meeting panel lah [tak best bila ada gabungan 3R tu], meeting unit lah...dan macam-macam lagi aktiviti...

kalau nak cerita all the details, memang leh buat novel...haha...
tapi, yang pasti semua kenangan tu masih terpahat di kepala dan minda...
kadang-kadang, bila ketidakwarasan datang, rasa terkilan kenapa hub halal jadi macam nie...?
tak sempat pon nak timba ilmu halal lebih lagi...dah mula orang-orang yang tidak tahu erti sebenar perjuangan halal tu sibuk nak uruskan halal...to be spesific dari segi pensijilan...

tapi, bila kewarasan plak yang datang, mula terfikir...
setiap yang Allah SWT dah tentukan tu, pasti ada hikmahnya...
apa pun, aku tetap bersyukur dengan segala rezeki yang diberi olehNya...

untuk kawan-kawan FT, janganlah sesekali melupakan rakan-rakan yang lain...
walaupun dah berbeza tempat kerja, tapi kite tetap di bawah satu kementerian yang sama...
pasti akan berjumpa juga...
walaupun mungkin ada di antara kita yang kurang bertanya khabar satu sama lain [especially saya lah], harap jangan dilupakan orang-orang seperti ini kerana mereka tidak pernah sekali pon melupakan yang lain...



zwani.com myspace graphic comments
Graphics for Friends Comments

demaM dah berMula ker...?


haaa!!
demam dah beRmula ker...?
huhuhu...
malam semalam konsert AF yang pertama...
punYalah ramai student tahun nie...
sampai 14 orang plak tu...jenuh gak nak tengok sorang-sorang menyaNyi...
bolehlah dikataKan suara semua ok-ok...
yang paling ketara vokal [kalau ikut kata juri lah], isma yang bagus...
dia pon setakat nie dapat vote yang paling tinggi...
kita tunggu dan lihat...siapa yang juara...

Friday, March 13, 2009

a very tiring week...

arghhhhhhhhhhhhhhhhh!!....
finally, arini dah jumaat...the end of the weekdays...walaupun minggu nie 4 hari jer bekerja, tapi rasa cam lama jer...aku rasa minggu nie is the very tiring week for me...balik jer kerja, mesti rasa tak larat nak buat benda-benda lain...

supposely, hari nie pon ada banyak keje nak settlekan...tapi what i do now...? BLOGGING!...hehe...
kena cari mood dulu pagie nie, baru leh nak setelkan everything...
selalunya dari rumah, dah set mind dah apa nak buat...tapi bila sampai jer lab,bleh terus lupa apa nak buat...isk isk...aku rasa kritikal gak jiwa aku sekarang...

nasib baik sekarang nie, di saat jiwa aku yang agak terseksa sekrg nie, kat astro ria 104, ada ulangan macam-macam aznil yang the latest...haa! remember? that is my LAUGH THERAPY!.... sukanya aku...sekurang-kurangnya taklah tension sangat...bleh gelak kuat-kuat lagie...dahlah dok umah sesorang kan...mesti org ingat apa hal lah budak nie gelak kuat-kuat...ah! lantaklah...asalkan hati aku senang, tak ganggu org lain...

raja lawak pon ada ulangan...lagielah bertambah-tambah gelak aku...kumpulan Sepah memang best and selamba!! they deserve to win...malam tadi pon tengok cite knight rider kat channel 711...best plak cite tu...sebab Kitt tu dah sangat pintar sekrg...best kan kalau kereta kita sendiri bleh cakap-cakap and jadi kawan baik...sekrg nie, aku jer yang bercakap dgn kereta, tapi kereta jer yang tak bercakap dengan aku...hehehe...

apa lagi nak story eh...?

drama sebabak edisi khas kat radio era minggu nie last...sabtu nie (esok ler tu), dieorang buat final kat maju junction mall...nak pegi tengok...tapi, tak dapat nak pegi...huhuhu...sebab tak tahu jalan nak pegi sana...hehehe.. *ada tak sesapa nak bawakkan..?*...hehehe...

esok pon, konsert sulung AF7...best ker tak eh? ntah...aku pon jarang tengok diari sekrg...mcm mood nak tengok AF belum ada sangat sekrg nie...tak tahulah kalau dah minggu 2 atau 3 atau seterusnya baru ada mood nak tengok...

apa lagi rncangan best kat tv sekrg nie yer...?

aku sekrg rajin tengok tv jer kejenya...dok kat rumah weekend, kalau tak main game kat labtop, baca magazine...kalau tak baca magazine, apa lagi, tengok tv lah...kadang-kadang sambil main game kat labtop, tengok gak tv...

selera makan aku pon dah agak kurang sekrg nie...
iskk...tak best...
cuma dlm banyak-banyak selera makan tu, ada satu jer yang tak kurang...hahaha...
COKLAT!! tak kisahlah apa bentuk makanan pon, asalkan ada rasa coklat, mesti tak kan lepaskan peluang punya...hehehe...ntah kenapa, sekrg nie suka makan makanan yang ada unsur coklat...tapi, coklat bar mcm kurang...lebih kepada mcm air susu coklat ker, aiskrim coklat ker, ice blended coklat ker...uishhh!! sedapnya...yum yum...

oklah, dah panjang dah post...mcm dah ada mood sikit...
so, let start working...huhuhu...



zwani.com myspace graphic comments
Graphics for Work Comments

Tuesday, March 10, 2009

doaKan saya yer...

haRI ni...aku dah jumpa my head lab...
aku submit borang permohonan pertukaran aku ke JB...

sebelum masuk nak jumpa tu, rasa berdebar-debar...
takut nak terima apa reaksi dia...

bila dah masuk, dah mukadimah apa yang patut...
dah mendengar apa yang perlu didengar...hahaha...[tahu jerlah en.ghani]...
akhirnya, my bos sign gak my borang pertukaran...
alhamdulillah...1st stage dah lepas...

sekarang nie, aku cuma kena tunggu kak ros kat lab johor untuk minta sign bos dia...
then, kena bawa ke jkn, pastu barulah leh submit ke kkm...

kawan-kawan, doakanlah yang terbaik untuk saya yer...
of course, diri sendiri pon kena doa juga...takleh berdiam diri...
harapan aku besar nak balik jb...
bukan sekadar mengambil peluang yang ada, tapi lebih dari itu...
mudah-mudahan niat baik aku dimakbulkan oleh Allah SWT...
amin...

p/s : to syana and shanim, thanks for all the support...really appreciate it and will practice it too...love u 2 ppl so much...miss ya...take care...

Saturday, March 07, 2009

wat is happenin' to me...?

huhhh...

berat tul rasa kepala sejak beberapa hari nie...
sejak balik dari kampung aritu, macam-macam rasa...

bermacam-macam perkara yang bermain di kepala dan jiwa...
dari satu hal ke satu hal...

mostly, pasal kerja aku sekrang...
eventhough tempat kerja sekrg much more better than hdc dulu, tapi mcm banyak jer lagi benda yang aku tak tahu...
berbeza bila kita keje dari segi technically dan management...
management, boleh belajar in short time period...
tapi technically, amik masa bertahun kot baru leh expert...
diam tak diam, dah 6 bulan aku kat lab...tapi, kdg-kdg rasa mcm apa yang aku dpt in 6 months tu...?

apa yang aku leh buat sekrg, sedaya upaya aku berfikiran positif...
aku paksa diri aku agar cepat berfikir, learn more to adapt the environment in lab...
nasib baik ramai kawan-kawan membantu, cuma aku tetap kena berusaha sendiri untuk pandai...
kalau nak harapkan ketua makmal, payah....
itu lah kadang-kadang kita terlepas pandang, memandang ringan bahawa memilih ketua yang benar-benar ketua adalah penting untuk sesebuah organisasi...salah pilih ketua, memang akan hancurlah sesebuah organisasi itu...kalau tak hancur pun, nama baik sesebuah organisasi atau institusi itu akan tercemar...

cuti 3 hari nie, aku nak betul-betul rehat...
clearkan betul-betul my mind..
make it fresh agar bila naik keje nanti selasa nie, mind aku akan lebih tenang dan segar...

mudah-mudahan semuanya akan berjalan lancar buat aku...
amin...


waLaupun terlaMbat sikit...

hmmm...

walaupun mungkin terlambat sikit aku nak ulas pasal hal nie, tapi aku tetap nak komen...
artikel nie aku dapat dari blog kawan-kawan jakim, ustaz nasir dan arrahman...
dan aku percaya mungkin ramai lagi yang dah tahu berkenaan artikel ini...
sejauhmana kesahihannya itu tidak berapa pasti, tapi yang aku nak tekankan di sini adalah aku sangat menyokong tindakan bahawa halal sepatutnya diserahkan kepada JAKIM semula...

kita semua (terutama rakan-rakan yang berjuang di hub halal jakim dahulu) pasti masih lagi sayangkan halal kita...
kita tak mahu, orang-orang yang tidak bertanggungjawab hanya tahu nak mengaut keuntungan dari perkembangan halal di malaysia dan juga tak lupa di dunia...

mudah-mudahan doa-doa kami semua akan termakbul...
biarlah hanya yang berhak dan benar-benar ikhlas memperjuangkan agama sahaja yang akan mengendalikan halal...supaya kita semua tidak berterus-terusan bersubahat dengan hal-hal yang tidak menuju kebenaran...wallahualam...


KEMBALIKAN PENSIJILAN HALAL KEPADA JAKIM

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Seorang Anggota Parlimen meminta kerajaan mengembalikan semula kuasa sepenuhnya untuk mengeluarkan sijil halal kepada Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM) yang kini diberi kepada sebuah syarikat swasta, Halal Development Corporation (HDC).

Taib Azamudden Md Taib (PAS-Baling) berkata sijil halal yang dipamerkan di beberapa premis perniagaan di medan selera, kopitiam dan restoran pada masa ini boleh diragui kerana ia dikeluarkan oleh pihak swasta yang didakwanya berorientasikan perniagaan semata-mata.

"Saya mendesak kerajaan pulangkan balik kuasa halal haram ini sepenuhnya kepada JAKIM. JAKIM yang berautoriti supaya tidak ada syarikat yang ambil kesempatan untuk mengaut keuntungan," katanya ketika membahaskan usul Menjunjung Kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Katanya, logo halal pada masa kini mudah didapati dengan hanya membuat pembayaran sebanyak RM2,000 hingga RM3,000.

Taib Azamudden berkata ketiadaan Akta Halal turut menyukarkan pengguna Islam membuat pengaduan.

Beliau turut membangkitkan penggunaan ayat-ayat Al-Quran secara berleluasa di restoran-restoran milik bukan Islam yang digunakan semata-mata untuk menarik pelanggan beragama Islam.

"Umat Islam melihat keadaan ini dengan cukup sensitif. Apa yang saya faham tidak ada Akta yang melindungi kesucian ayat-ayat ini. Ayat-ayat Al-Quran juga bebas dicetak oleh orang lain yang tidak tahu bagaimana untuk memelihara kesucian ayat-ayat itu," katanya.