Thursday, February 19, 2009

BloG azniL hebaT...

sebenarnya cerita nie dah lama jugak lah...
awal bulan nie...
aku terbaca artikel nie di utusan malaysia mingguan...

eventhough dah lama, aku tetap nak share this artikel...
for me, it is very very interesting...
sekurang-kurangnya ada juga org yang perasan tentang kehebatan blog aznil...
bukan hebat dari segi rekabentuk, canggih ker, banyak ikon ker, tapi hebat yang dimaksudkan wartawan ini adalah hebat blog aznil dari segi kandungannya...

aku terjebak dengan dunia blogging nie pon sebab terbaca blog paknil...
sejak tu, aku rasa ala-ala terbuka hati nak buat blog sendiri...
aku bukannya pandai sangat dunia blog nie, tapi aku cuba-cuba...
dan alhamdulillah, cubaan aku berhasil...
aku sayang blog aku nie, eventhough pernah satu ketika aku rasa blog aku tercemar dengan crite&kata2 yang tak best...

itu semua dah berlalu, yang penting sekarang, just enjoy ur life...be happy always...

so, enjoy the artikel k...
and feel free to singgah and nilai, betul tak kata wartawan ini tentang blog aznil...

http://aznilnawawi.blogspot.com/


Minggu lepas Siti tulis pasal blog minggu ini juga Siti nak tulis pasal blog lagi. Ketika banyak orang kena serang fenomena blog, eloklah Siti pun tulis banyak-banyak pasal blog. Tapi minggu ini Siti rasa bahagia sangat sebab terbaca blog yang cerdik oleh pengacara nombor satu, Aznil Nawawi. Membaca blog Aznil membuatkan Siti rasa lapang dada dan fikiran sebab bahasa yang molek-molek, isinya baik dan sudah pastilah buat Siti berselera apabila membacanya.

Sebenarnya tidak ada pengacara atau selebriti yang lebih popular daripada Aznil. Kalau ada yang mendakwa, itu satu pembohongan dan patut disumbat dalam longkang. Blog Aznil menunjukkan dia seorang yang berperibadi tinggi. Orang yang dimuliakan kalangan rakan-rakan dan peminat-peminat.

Siti fikir tak lama lagi blog Aznil akan meletup. Pelawat akan berpusu-pusu ke blog Aznil kerana popularitinya yang hebat. Untungnya Aznil, blog dia boleh dibaca oleh kanak-kanak kerana kita tidak bimbang adanya perkataan maki hamun, menghina orang dan macam-macam lagi perangai buruk. Siti sokong Aznil buat blog sendiri kerana dia boleh memberikan sesuatu kepada peminat dan masyarakat.

Kalau nak tau, inilah satu-satunya selebriti kelahiran Universiti Malaya selepas Sudirman yang hebat. Yes, Aznil bekas graduan ekonomi Universiti Malaya dan orang tengok dia pun akan percaya dia dilahirkan oleh universiti paling prestij di negara ini. Aznil telah menaikkan nama Universiti Malaya tapi kita kena ingat juga bukan semua orang keluar Universiti Malaya boleh “menjadi orang”.

Sekarang ini sana sini orang bercakap pasal blog Aznil, Siti cuba masuk ke dalam blog dia, fuh memang hebat. Inilah blog cerdik yang dihasilkan oleh seorang selebriti. Maka tak sia-sialah Astro mengikat kontrak yang lama terhadap Aznil, sebabnya tak nak kehilangan pengacara yang memang hebat. Tapi yang mendakwa hebat memanglah banyak, sebenarnya tak ke mana pun.

Kalau kita salah pilih blog, silap-silap boleh jadi mental block. Sebab selebriti yang tulis blog bukan semuanya mempunyai pemikiran setanding dengan kedudukan mereka. Siti nak pesan, baca blog yang disahkan piawaiannya, kalau nak tau yang mental block atau tidak, silalah tanya Siti.

Siti harap selepas ini pengacara nombor dua terhebat, Roslan Shah pula akan membuat blog. Sudah pasti akan meletup kerana Roslan duduk di belakang sikit saja dari Aznil. Lepas itu Siti pula nak buat blog, mudah-mudahan menjadi blog yang baik, ejaan betul dan bahasanya indah.

SITI JARUM: Jangan dok mai block tak tentu pasai.

4 comments:

Anonymous said...

Try baca blog azwan ali..mcm org x skolah jer ayat dia..

Anonymous said...

btol ckp kakak eil...huhu..
sejak first time sy bace blog aznil, sya trus berminat nk meneruskan penulisan blog saya..kalo x..blog saya empty jelaa...

lagi satu Fareez bley bagi tak alamat email si mulut ****k*** azwan ali tue kt sy k...saya tnggu..tq

Anonymous said...

dadar ku sayang,

*hugs*. visit me at hubbsnmoi.wordpress.com

c u!

-syana-

Peri Ungu said...

dadar,

saya rindu kamu! amat. Bila mau ketemu??