Thursday, February 19, 2009

BloG azniL hebaT...

sebenarnya cerita nie dah lama jugak lah...
awal bulan nie...
aku terbaca artikel nie di utusan malaysia mingguan...

eventhough dah lama, aku tetap nak share this artikel...
for me, it is very very interesting...
sekurang-kurangnya ada juga org yang perasan tentang kehebatan blog aznil...
bukan hebat dari segi rekabentuk, canggih ker, banyak ikon ker, tapi hebat yang dimaksudkan wartawan ini adalah hebat blog aznil dari segi kandungannya...

aku terjebak dengan dunia blogging nie pon sebab terbaca blog paknil...
sejak tu, aku rasa ala-ala terbuka hati nak buat blog sendiri...
aku bukannya pandai sangat dunia blog nie, tapi aku cuba-cuba...
dan alhamdulillah, cubaan aku berhasil...
aku sayang blog aku nie, eventhough pernah satu ketika aku rasa blog aku tercemar dengan crite&kata2 yang tak best...

itu semua dah berlalu, yang penting sekarang, just enjoy ur life...be happy always...

so, enjoy the artikel k...
and feel free to singgah and nilai, betul tak kata wartawan ini tentang blog aznil...

http://aznilnawawi.blogspot.com/


Minggu lepas Siti tulis pasal blog minggu ini juga Siti nak tulis pasal blog lagi. Ketika banyak orang kena serang fenomena blog, eloklah Siti pun tulis banyak-banyak pasal blog. Tapi minggu ini Siti rasa bahagia sangat sebab terbaca blog yang cerdik oleh pengacara nombor satu, Aznil Nawawi. Membaca blog Aznil membuatkan Siti rasa lapang dada dan fikiran sebab bahasa yang molek-molek, isinya baik dan sudah pastilah buat Siti berselera apabila membacanya.

Sebenarnya tidak ada pengacara atau selebriti yang lebih popular daripada Aznil. Kalau ada yang mendakwa, itu satu pembohongan dan patut disumbat dalam longkang. Blog Aznil menunjukkan dia seorang yang berperibadi tinggi. Orang yang dimuliakan kalangan rakan-rakan dan peminat-peminat.

Siti fikir tak lama lagi blog Aznil akan meletup. Pelawat akan berpusu-pusu ke blog Aznil kerana popularitinya yang hebat. Untungnya Aznil, blog dia boleh dibaca oleh kanak-kanak kerana kita tidak bimbang adanya perkataan maki hamun, menghina orang dan macam-macam lagi perangai buruk. Siti sokong Aznil buat blog sendiri kerana dia boleh memberikan sesuatu kepada peminat dan masyarakat.

Kalau nak tau, inilah satu-satunya selebriti kelahiran Universiti Malaya selepas Sudirman yang hebat. Yes, Aznil bekas graduan ekonomi Universiti Malaya dan orang tengok dia pun akan percaya dia dilahirkan oleh universiti paling prestij di negara ini. Aznil telah menaikkan nama Universiti Malaya tapi kita kena ingat juga bukan semua orang keluar Universiti Malaya boleh “menjadi orang”.

Sekarang ini sana sini orang bercakap pasal blog Aznil, Siti cuba masuk ke dalam blog dia, fuh memang hebat. Inilah blog cerdik yang dihasilkan oleh seorang selebriti. Maka tak sia-sialah Astro mengikat kontrak yang lama terhadap Aznil, sebabnya tak nak kehilangan pengacara yang memang hebat. Tapi yang mendakwa hebat memanglah banyak, sebenarnya tak ke mana pun.

Kalau kita salah pilih blog, silap-silap boleh jadi mental block. Sebab selebriti yang tulis blog bukan semuanya mempunyai pemikiran setanding dengan kedudukan mereka. Siti nak pesan, baca blog yang disahkan piawaiannya, kalau nak tau yang mental block atau tidak, silalah tanya Siti.

Siti harap selepas ini pengacara nombor dua terhebat, Roslan Shah pula akan membuat blog. Sudah pasti akan meletup kerana Roslan duduk di belakang sikit saja dari Aznil. Lepas itu Siti pula nak buat blog, mudah-mudahan menjadi blog yang baik, ejaan betul dan bahasanya indah.

SITI JARUM: Jangan dok mai block tak tentu pasai.

new BegiNNing...


huhu...
itu lah expression yang aku leh bagi bila cerita pasal CSI Vegas latest season semalam...
season 9...

warrick kena shot...sedihlah rasa...
mungkin sebab dah lama mengikuti CSI nie, dah rasa dieorang nie mcm satu family...
bila warrick mati sebab kena shot dgn org polis jugak, tu yg rasa sedih sangat kot...
mcm tak lengkap gitu tgk CSI if casting asal dah takde...
kalau tgk kat websitenya, Grissom pon akan tinggalkan CSI..
no wonder lah tagline dieorang, new season change...banyak perubahan rupanya...

tapi kan, puas hati sebab dieorang dpt tangkap gak org yang bertanggungjawab tu...
pandai jerk buat cite tipu...
kadang-kadang terfikir, dlm kehidupan realiti kita sekrang kan, org-org berpangkat besar mcm tu lah agaknya yer...??? boleh buat sesuka hati, sebab dia berpangkat besar...mcm CSI NY pon, dah mula masuk isu politik dlm siri dia...
bosaNlah tengok org-org besar yang hanya tahu menggunakan kuasa yang mereka ada semata-mata nak tutup kesalahan dieorang...

aku rasa, politik kat malaysia sekrg ni pon, tak stabil...
kadang-kadang tu bosan...kadang-kadang tu nak tergelak pon ada...ntah apa-apa perangai 'kebudakan' yang keluar...mcm nie ker org yang berpelajaran tinggi akan react..???

lu fikirlah sendiri ok...hahaha

Friday, February 13, 2009

ceria di pagi haRi dan petang hari...



haa...

nielah dia orang-orangnya yang menceriakan aku di paGi hari dan petang hari...
RIUH PAGI ERA & JAWA RANGERS
kat riuh pagi era, memang best...at the beginning dieorg ke udara, mmg terfikir gak...best ker gandingan 2 orang nie...? paknil aku tak doubt, sebab rancangan paknil 10-1 dulu tu pun best...cuma bila bergandingan dengan din beramboi, adakah pagi era akan jadi the no 1 show kat malaysia mcm kieran dengan krill (K&K) dulu..? WOW!! tak disangka-sangka, aku memang sangat suka dengar riuh pagi era...dlm banyak-banyak segmen, aku paling suka 'drama sebabak'...hahahah...memang kelakar bangat...din beramboi sangat spontan dalam mengeluarkan dialog...hehehe....apa pun org nak kata kalau din beramboi tu merapu yang bukan-bukan, sekurang-kurangnya aku boleh gelak besar dlm keta on the way nak pegi keje...kdg-kdg tu, kena jeling gak kiri kanan kot-kot ada org perasan aku gelak sorang-sorang dalam keta tu...hehehe...
itu cerita nak pegi keje...
bila balik keje plak, jawa rangers menceriakan perjalanan petang...maklumlah, bila balik keje petang, jalan lebih banyak kereta dan kerenah berbanding pagi...so, bile dengar jawa rangers [ag & kieran], kepala taklah rasa serabut sangat...sebab dengar dieorang gelak jer, aku pon tak tahan perut nak gelak jugak...hahaha...dah lah aku suka kieran dari dulu, zaman dia jadi dj era...masa dia buat segmen pagi dengan krill tu, memanglah paling best...AG pon aku suka gak...sebab orang johor kot...hehehe...tapi yang aku suka tang AG nie, ke'selambaan'an dia...masa mengacarakan jom ronda pon, kelakar gak si AG nie...hehehe...spontan & selamba...
all the best to the 4 of them...
it's not easy to make people love & like all the programme in the radio, but u all did it...
BRAVO!!..