Saturday, January 24, 2009

You knOw who yoU are...

salam semua....

rasanya sekarang nie mcm tak sempat jer nak update blog selalu...
macam banyak keje plak sekrang nie...tapi yang sebenar2nya takde keje yang betul-betul kena buat...
tapi, aku yang menyibuk keje orang lain...

equipment still tak ok...lambat nak tunggu supplier dtg betulkan...
so, aku pon menyibuk-nyibuk lah kat unit lain...
ok gak, dari duduk sesaje kan...

aku rase hidup aku sekrang dah bahagia sikit sejak 2 3 minggu lepas...
taknak fikir apa-apa dah...fikir pasal diri sendiri jer sekarang nie...
tapi untuk kawan-kawan yang tersayang, aku tetap ingat kat dieorang...[you know who you are...i don't need to mention here...u all always in my heart]...
kawan-kawan yang kat lab nie sekarang, adalah orang-orang yang banyak membantu aku masa aku down...
they cheer me up...gelak jer kalo dgn dieorang nie...eventhough ada prob ngan ketua makmal kan...hahaha...gelak tetap gelak...

to my dear lovely kakak, thank you very much for all the support and advice...
without you, entah2 saya sendiri pon akan bertindak yang bukan-bukan...

to my dear bro, you give me the inspiration to think...
membuatkan saya rasa saya berhak untuk berkata-kata...

and lastly to my dearest friend, ur advice very useful to me...
walaupun aku tahu 'perasaan' ko dah lama takde, but still u try to understand the situation...
take care of ur health and my future anak sedara yer...hehehe...

blog kali nie memang sengaja taknak letak name of person that i mentioned...
like i said,

You knoW who yoU are....

aku akan bercuti seminggu untuk raya cina nie...
org cina beraya, aku pon beraya jugak...hahahaha...
goiNg back to JB...bestnYa dpt balik umaH...
yooHoooo!!!

aku suKa crite ni dari dulU...

Sebenarnya, crIte ni dah Lama...tapi aku suka the moral of the story...


PAKU DI DINDING


Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.
Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.
"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.
"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.
Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut.
Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.
Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.
Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.
Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.
Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.
Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kisah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatan mu, namun lukanya masih tetap ada.


Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.
Sahabat adalah permata yang sukar dicari.
Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakkan mu ke arah kejayaan.
Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada
kita.


Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda.

Friday, January 16, 2009

15 JaNuarY 2009....

27 years ago....
at 3.20 am...
lahirlah this cute little girl at hospital besar kuala lumpur...
then, her mother brings her to johor...when she was not even 1 month old...
being love by pn.safiah and en.komardin...
and this cute little girl, her mom and dad give her name, E.I.L.D.A.
simple and nice...easy to remember...

sekarang...in 2009...
this cute little girl dah jadi big girl...hehehe...
dah besar panjang gedabak dah anak makcik safiah dan pakcik komardin...
dah boleh kahwin dah...[hehehe...insyaAllah]....

thanks to all of the names below :-
1- Fila : tunang tersayang...
2- ida : si rambai yang sekarang di pahang...kiteorg suka gaduh, pantang jumpa...hehe
3- kak biq : my dearest kakak...yang selalu blur-blur...
4- nabilah : my best fren since kiteorg umur 9 tahun...best friends forever...
5- safura : kawan main keretapi...huhu...rindu lah nak dgr awak cakap "taknak kawan"...
6- mama nurul : the tomato girl...baby izz pon dh ikut pipi tomato mcm dia gak...
7- hannan : my best fren masa uni...bulan depan nak pegi german dah..mengikut suami...
8- ayo : nama betul dia shila...nice name...tapi, tetap nak panggil dia ayo...
9- ellen : my dearest fren...luv u forever my dear...take care tau...[to the both of u]...
10- yana : kawan zaman kanak-kanak...selalu gaduh, tapi dia nie tetap tak serik kawan dgn aku...
11- nana : i will always remember u...and will always miss u...take care my dear fren...and happy always ok...
12- shanim : dulu masa sekolah, suka minum air rock...haha...
13- bay : without this girl name bombay, i will not be the way i am now...thanks darling...
14- jat : my birthday mate...but, u are earlier than me...1st january...new year tu...hehehe...
15 - and also to all my frens kat lab : kak shimah, kak ina, kak mas, kak lia, kak muridah, faeza, shuhada, kak rosnah and kak faridah...
16 - mashi and adib - thanks sebab wish kat friendster...

thanks sebab wish me happy birthday...
and pada kawan-kawan yang mungkin tidak dapat wish, it's ok...saya tak terasa hati pun...
kalau teringat tu, doakanlah yang baik-baik untuk saya yer...

T.H.A.N.K.S. A. L.O.T. M.Y. D.E.A.R. F.R.I.E.N.D.S.




Tuesday, January 13, 2009

ChermiN...

apa yang korang akan fikir bila kita sebut “cermin”..?
hari-hari kita tengok cermin…sebelum pegi keje, balik keje, nak tido, dlm bilik air pon kekdg ada cermin…
tapi, pernah tak kite tgk diri kita bebetul dlm cermin tu?
Apa yang korang nampak…?

Dalam hidup nie, kekadang kita kena ‘cermin’ dulu diri kita sebelum menilai orang lain…
Ada juga yang kata hidup kita nie macam roda…kejap di atas, kejap di bawah…
Dan ada juga pepatah mat salleh atau omputih yang cakap “what u give, u get back”…
Kesimpulannya, dalam hidup kita nie memang ada macam-macam dugaan…
Kena banyak bersabar…
Dan setiap perkara yang berlaku dalam hidup kita pasti ada hikmahnya…
Dan setiap yang buruk berlaku pada kita adalah disebabkan salah kita sendiri sebenarnya…sebab yang baik tu datang dari Allah jua dan yang buruk tu dating dari kita…

Sebenarnya……

Aku rasa terpanggil untuk menyatakan sesuatu di blog ini…
Mengenai kenyataan LiTTle StAr @ my best fren, acah mengenai T.R.U.S.T…
Oleh kerana isu ini menggunakan blog sebagai media, so rasanya adillah jika aku pon menggunakan media yang sama….

Aku rasa, isu yang ko post kan tu mcm dah redha sikit dari komen-komen yang pada aku kekdg tak membina langsung sebab dtgnya dari anonymous yang bachul tak berani nak letak nama dan tak tahu apa-apa pon sebenarnya…tapi takpe, memasing ada hak nak menyatakan sesuatu kan…

Acah,
Walaupun ko tak mention nama sesiapa pon dlm post ko tu, tapi macam yang ko kata..saper yang terkena pada batang idung sendiri akan terasa…di sini aku ambil kesempatan ini untuk mohon maaf andai ada tindakan aku yang secara tidak sengaja telah menyinggung perasaan ko sebenarnya….aku takde niat pon nak overshadow atau being proud because I’m the only one that already know…Cuma memandangkan kita semua dh mcm sedara, so I’m just being excited cos my good frens have a very good news…

Walau apa pon, aku faham maksud ko pasal trust tu…eventhough sebenarnya ada banyak misunderstanding yang sepatutnya ko tanya dan selidik terlebih dahulu sebelum ko menyatakan apa-apa…

Aku pon faham, ko menggunakan blog ini sekadar melahirkan rasa tidak puas hati sahaja…tapi, memandangkan ko pon dah menekankan bahawa menganggap aku dan kawan-kawan lain sebagai sedara, kenapa tidak diselesaikan dengan cara yang lebih baik dari blog?... aku rasa, tak salah untuk ko bersemuka sendiri dengan aku atau sesapa lagi yang ko tak puas hati and cakap jer terus-terang tanpa perlu melibatkan umum seperti sekarang…? Kalau rasa takleh bersemuka, bleh gunakan sms, email atau apa-apa cara lain secara tertutup demi menjaga maruah kawan-kawan…?

Nak komen jugak sikit pasal boikot-memboikot nie…tak pernah pon antara kita nie yang berniat dengan sengaja nak boikot ko…aku rasa waktu tu, mcam ko yg menjauhkan diri dari kiteorang…kiteorg pon terpinga-pinga, tertanya-tanya apa salah kiteorang sebenarnya…? So, end up nampak mcm kiteorg yang boikot ko…tapi hakikat sebenarnya, tak pernah pon buat mcm tu…buruk mana dan baik mana pon seseorang tu, kami tetap terima mereka seadanya….

So, aku harap selepas ini segala yang menjadi pertanyaan dah terjawab….
Ko boleh nilai sendiri apa yang perlu dibuat lepas nie…
Memandangkan aku adalah orang yang dah tak boleh dipercayai lagi, can’t be trusted, so terpulanglah pada ko…
Sebab ko juga yang cakap, once u broke the promises, never ever people will trust in you…
Aku terima ajer kalau ko dah tak percaya kat aku pon…
Itulah lumrah hidup….ada orang suka kita, ada orang tak suka kita…
So, kita pon takleh paksa orang lain untuk suka pada kita….

And I believe, for me things will never be the same again after this…
I’m not being childish here…but, mcmane ko rasa hurt becoz of me, mcm tu juga i will hurt becoz of you…
Luka yg nampak cepat leh sembuh…tapi luka yang tak nampak nie, makan masa untuk sembuh….so, biarlah masa ajer yang menentukan semuanya…

Lagipon, after this ramai antara kita yang dah ada komitmen masing-masing….
Dah mula nak fikirkan apa yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga…
So, I will also start to think what should I do now…
Dan yang pastinya, aku takkan putus berdoa dan berharap I will not stay in selangor forever…I have to go out from here…for good…

So my dear fren acah…good luck for your future…
Aku terima segala teguran dan kritikan daripada ko…
Dan aku harap ko juga dapat terima teguran aku seperti di atas tadi…memandangkan ko juga kata perlu berfikiran terbuka dan bersedia menerima apa-apa jua kritikan secara positif…tidak perlu orang tengah…sebab masalah seperti ini sebenarnya boleh diselesaikan dengan baik jika kena dengan caranya…

U did the right thing [for all the delivery of dissatisfaction] but not the right way [many other way than blogging]

No hard feelings…

Assalammualaikum…

“cermin-cerminkan diri…dan selamat beramal”
………………………………………………………………………………………………………………

Monday, January 12, 2009

welcoMe 2009...

2009....

1st post in this year...

lama jugak rasanya tak menulis blog...since kat mkkm nie internet tak ok, aku pon tak lah update blog...

apa yang aku harapkan pada tahun 2009...?

aku harap perjalanan hidup aku akan lebih baik pada masa akan datang...baik dari segi kerja mahupun keluarga...
hopefully aku dpt pindah keluar dari selangor nie...there's nothing for me here...sekrg nie cuma nak kumpul pengalaman sebanyak-banyaknya kat lab nie...harap sangat-sangat aku dapat mohon bertukar ke tempat selain dari selangor nie...

aku rasa, its time for me untuk tumpukan perhatian pada perkara-perkara lain...
seperti kerja aku sekarang...my parents, future family...and so on...

apa pun yang berlaku kepada kita, hanya keluarga sahaja tempat kita mengadu...
bila fikir-fikir balik, siapa ajer yg aku ada...? cuma mak dan ayah yang jauh di mata...tu lah salah satu sebab kenapa aku perlu balik kepada mereka dan bukannya selama-lamanya menetap di selangor ini...

aku bersyukur sebab dapat [insyaAllah] pasangan hidup yang sangat memahami aku...
tanpa dia, aku rasa aku pon tak kuat nak hadapi semua dugaan...
aku sedar, kekadang aku nie taklah sebaik mana pon...
tapi, sekurang-kurangnya dia belajar menerima aku...aku bersyukur sebab ada orang yg sudi menerima aku seadanya...

as for my friends, yang di lab sekarang nie...dieorang memang best...
alhamdulillah, semuanya baik dan sudi menolong kalau aku ada masalah...

to kak biq, thanks for being my sister all this while...saya takkan lupa berdoa utk kakak seperti yg saya pernah bagitau...

to en.sazly, thanks jugak sebab sudi anggap saya seperti adik sendiri...en.sazly pon dh balik ke kg halaman, so takde apa dah di sini buat saya...

as to all my foodtech friends, u are the very best friend in the world...
akan aku ingat sampai bila-bila...

untuk kawan-kawan yang lain...thanks for being my friend...doakan aku yang terbaik yer...

selamat tinggal 2008...

selamat datang 2009...